DALAM MEMAHAMI
POLITIK ATAU APA SAJA
JANGAN LUPA MENCARI APA PUNCANYA
AMIN
TIMUR TENGAH BERGOLAK
KERANA ADA ZIONIS ISRAEL
AMIN
DUNIA GAWAT
KERANA ADA KOBID
AMIN
APA PUNCA KRISIS
POLITIK MALASYIA
HARI INI?
SILA TANYA DIRI
AMIN
Darurat tamatkan drama sebulan politik negara?
PADA 23 September, Anwar Ibrahim menggemparkan negara apabila mengumumkan ada sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.
Presiden PKR itu juga menerusi kaca TV nasional mendakwa kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sudah tumbang, seterusnya membuka jalan untuknya menjadi perdana menteri kesembilan Malaysia.
Pengumuman Anwar itu berlaku hampir tujuh bulan selepas Muhyiddin membawa keluar parti diterajuinya, Bersatu, daripada Pakatan Harapan (PH), menumbangkan blok politik itu di Putrajaya.
Muhyiddin kemudian naik menjadi perdana menteri kelapan Malaysia, yang jika mengikut pelan asal PH adalah milik Anwar.
Bagaimanapun, sebulan selepas pengumuman Muhyiddin sudah tumbang, usaha Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson untuk menjadi perdana menteri baharu Malaysia, nampaknya makin hilang momentum.
Rabu lepas, bekas rakan seperjuangan yang kini jadi Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata partinya akan melakukan gencatan politik dengan Bersatu.
Ketika itu, semuanya seolah-olah sudah berakhir.
Tetapi, 10 hari sebelum Parlimen kembali bersidang, Muhyiddin nampaknya memberi nyawa baharu kepada dakwaan Anwar yang “Abah” sudah hilang majoriti, apabila dalam mesyuarat Kabinet semalam memutuskan untuk melaksanakan perintah darurat bagi menangani ketidaktentuan politik dan pandemik Covid-19.
Muhyiddin dan rombongan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Kuantan, Pahang petang semalam, tetapi selepas pertemuan lebih dua jam, Putrajaya tidak membuat sebarang pengumuman.
Sekiranya perintah darurat dikuatkuasa dalam masa terdekat, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diberi kuasa penuh meluluskan pelbagai rang undang-undang penting seperti Belanjawan 2021 tanpa melalui Parlimen.
Muhyiddin juga tidak lagi perlu berdepan usul tidak percaya yang difailkan ramai wakil rakyat kerana Dewan Rakyat tidak akan bersidang. 24 Oktober, 2020.
Aki aku cakap zaman 60an dulu darurat sebab komunis buat kacau...sekarang nk darurat pulak sebab ada bekas banduan nk rebut jawatan..atuk aku cakap lagi bekasan tu kalau di iran pasti kena hukum sula dah...tapi kat malaya ada hati nak jadi pm..kelam kabut satu malaya...
BalasPadamHilang punca bila anak anak ikan semua hilang pun kira punca jugak ke tt?saja tanya jangan marah.duduk tanah melayu ni tension sbnrnya elok elok dapat gomen baru tiber ada orang nak angkut sampah
BalasPadamNak Jadi PM = Kerajaan Jatuh
BalasPadamNak Jadi PM = Darurat
Nak Jadi PM = Menyusahkan Rakyat
jadi cadangannya masuhkan jawatan PM..
yang nak jadi PM .. hantar tanjung rambutan
kah kah kah kah
Macam ni, kalau nak selesai masalah, rembat Anwar kembali dalam penjara. Malaysia aman.
BalasPadam