Jumaat, 9 Oktober 2020

BERITA BAIK - UMNO BERGADUH

 


BERITA BAIK

GEROMBOLAN 

MULA BERGADUH

AMIN

SERANG SANA

SERANG SINI

KAH KAH KAH



Marahnya Umno pada Perikatan

BIBIT kemarahan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermula seawal keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada bekas presidennya Najib Razak, kata penganalisis.

Menurut Ilham Centre pemimpin Umno itu kecewa kerana keputusan itu menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak membela Najib sedangkan berada dalam yang sama.

Ketua eksekutif badan kajian itu Hisomuddin Bakar berkata, api kemarahan pemimpin Umno tidak padam malah makin memuncak sewaktu pilihan raya negeri Sabah berlangsung.

Umno berasa tidak dilayan dengan adil dalam agihan kedudukan dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan melihat perjanjian untuk memegang portfolio tertentu cuba dimungkiri, katanya.

“Kemarahan kumpulan pemimpin pertengahan ini sudah tak dapat dikawal oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Tekanan ini diberikan kepada beliau untuk menilai situasi semasa yang akar umbi Umno mula bersuara tidak ada untungnya Umno dalam kerajaan Muhyiddin dan dalam PN.

“Dalam keadaan itu timbul suara menyatakan perlunya Umno menarik diri daripada kerajaan kerana mereka tidak memperolehi keuntungan politik,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.

Paling lantang, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan yang menggesa parti itu mengkaji semula kedudukan mereka bersama PN.

Beliau melihat partinya dikesampingkan kerana keputusan PRN Sabah menunjukkan parti Melayu itu dikesampingkan selepas 27 tahun memerintah Sabah.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki juga berang kerana Bersatu menganggap parti itu lebih kuat walaupun baharu setahun jagung.

Ia ekoran kenyataan rakan sejawatnya daripada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Wakal yang juga membangkitkan mengenai legasi Umno dan isu kepercayaan masyarakat ke atas parti tersebut

Mengulas pertentangan tersebut, Hisomuddin melihat kemarahan di pihak Umno semakin marak apabila ia tidak cuba diredakan pemimpin tertinggi parti.

“Atas semua faktor tersebut, pemimpin pertengahan Umno seperti ketua bahagian, ketua pemuda, mereka balik dari Sabah dengan keadaan tidak puas hati dan perkara ini dilepaskan melalui media sosial dan juga perkongsian mereka dengan ahli akar umbi.

“Dalam tempoh seminggu ini kemarahan Umno tak reda malah makin memuncak kerana tiada tindakan langsung daripada Muhyiddin mahupun pemimpin PN untuk mententeramkan kemarahan ahli Umno ini sebaliknya mereka ambil pendekatan berdiam diri,” kata Hisomuddin.

Penentangan akar umbi itu katanya jelas sehingga mana-mana pemimpin Umno yang mempertahankan kerajaan PN turut menerima tempias kemarahan ahli parti itu.

“Mana-mana pemimpin Umno yang membela kerajaan akan dibalas dengan kritikan yang keras.

“Setiausaha Agung Umno Annuar Musa juga ditempelak. Itu menggambarkan aspirasi Umno sekarang sangat tak gembira terhadap layanan dalam kerajaan kecuali pemimpin yang dapat laba politik dalam kerajaan Muhyiddin,” katanya.

Beliau mengulas kritikan ke atas Annuar apabila menteri wilayah persekutuan itu tampil mempertahankan pelantikan Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri baharu Sabah.

Menjawab persoalan sama, seorang lagi penganalisis, Awang Azman Awang Pawi berkata, PRN Sabah juga menunjukkan kelemahan Bersatu dalam setia kawan dan kejujuran dalam perjanjian.

Pensyarah Universiti Malaya itu melihat situasi menang-menang tidak berlaku dalam perundingan antara Umno dan Bersatu.

“Ini soal kejujuran, setiakawan, dalam PN, bukan perebutan kuasa, ini yang sebabkan sentimen akar umbi Umno kuat sekali menolak kerjasama dengan Bersatu,  kerana Umno rugi Bersatu untung.

“Apabila Umno menegaskan sesuatu dalam berunding terdapat tuduhan Umno sombong dan tak belajar dari kesilapan,” katanya.

Awang Azman juga mengakui kemarahan itu juga disebabkan Muhyiddin mengumumkan Hajiji akan dilantik sebagai ketua menteri jika PN menang tanpa perbincangan dengan Umno

“Apabila PN menang, ada perjanjian pelantikan pemimpin Umno akan pegang portfolio tertentu cuba dimungkiri Hajiji,” katanya lagi.

Selain isu membolot jawatan utama di Sabah, pemimpin Umno juga menyerang Muhyiddin kerana melihat populariti dan prestasi kerajaan Perikatan mula merudum.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata apabila kelemahan itu mula terserlah tempoh bulan madu tamat.

Rakyat pula mula melihat populariti Muhyiddin hanya bergantung kepada pengurusan pandemik Covid-19, katanya.

“Bila kepemimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri hanya bersandar kepada pengurusan Covid-19 juga dipertikai rakyat maka orang rasa Umno dan BN dah tak boleh lagi menyokong buta-buta kerana sokongan kita pada Muhyiddin setakat Pilihan Raya Umum ke-15.

“Makin lama kita terikat dengan kelemahan Bersatu dan Muhyiddin, kita akan sama-sama terkait dan terbabit,” kata Nur Jazlan.

Beliau berkata, perbalahan soal calon ketua menteri Sabah dan kedudukan portfolio menteri menunjukkan kerjasama dibentuk sudah retak.

“Selepas PRN Sabah tempoh hari juga menunjukkan kerajaan tidak stabil akhirnya sudah berlaku perbalahan antara BN dan PN terutama sekali dalam kes pelantikan jawatan.

“Maknanya kerajaan di Sabah pun tak kukuh, dari segi politik nampak keretakan antara PN dengan BN apabila kerjasama melalui perjanjian cuba untuk diketepikan,” kata Nur Jazlan.

Beliau juga berkata, keadaan itu turut menyedarkan pemimpin Umno sendiri.

“Sebab itu saya kata dari dulu aset Bersatu cuma perdana menteri… Parti tanpa akar umbi. Lepas apa yang berlaku di Sabah dah terbukti mereka tiada kekuatan politik.

“Pemimpin BN pun dah sedar, makin lama kita pun akan merosot sama-sama. Jadi sebab itu sekarang kita kena buat kritikan membetulkan keadaan,” kata Nur Jazlan.

Exco Pemuda Umno Bastien Onn berkata, akar umbi juga kini marah apabila mereka dituduh mengakibatkan penularan wabak Covid-19 kembali melanda.

Memburukkan lagi keadaan apabila pemimpin Umno menjadi antara indvidu terawal yang disahkan dijangkiti virus tersebut semasa berkempen di Sabah.

Katanya, Umno dituduh gila kuasa susulan krisis selepas PRN Sabah dan dilihat seperti bertanggungjawab menyebabkan gelombang kedua Covid-19 menyerang.

“Sedangkan bukan Umno yang nak adakan PRN Sabah… Itu keputusan Shafie Apdal,” katanya, merujuk bekas ketua menteri Sabah.

Pilihan raya negeri itu diadakan selepas Shafie membubarkan DUN Sabah bulan lalu bagi menghalang Umno dan Bersatu membentuk kerajaan baharu bersama wakil rakyat yang berpaling tadah. – 9 Oktober, 2020.

BILA UMNO

GADUH RAKYAT

SUKA HATI

AMIN

BIARKAN UMNO

SERANG BERSATU

KAH KAH KAH

BERSATU AKAN

TIBAI UMNO KAU KAU

KAH KAH KAH



1 ulasan:

  1. Tim. Presiden UMNO, Mohammad Hassan dan yg bising-bising tu tak ada jawatan dlm kerajaan, kalau sumbat mulut mereka dgn jawatan dan sedikit kuasa pasti mereka diam dan semuanya OK

    BalasPadam