Isnin, 5 Oktober 2020

BERKHALWAT 202

 



BERKHALWAT 202

SENIN 5/10/2020

KITA MASUK KE HARI 202
BERKHALWAT

KEADAAN BERTAMBAH GAWAT
SERANGAN KOBID MAKIN GALAK
KITA MENJADI GUSAR
RISAU KACAU

BUKAN KITA SAJE
SATU DUNIA KACAU
TRUMP ANAK BINI PUN
SEDANG DALAM HOSPITAL

INI LAGI BAHAYA
PEMILIHAN PRESIDEN
DAN
TRUMP DALAM HOSPITAL
TAK TAHU APA AKAN TERJADI
SIAPA BERKUASA
DI RUMAH PUTEH

PAGI INI HOKKIEN CERAH
TAK LECAH
MATAHARI DAH KELUAR
GUA RASA TENGAH  HARI PANAS
TAPI MUNGKIN HUJAN PETANG

BULAT AIR KERANA PEMBETONG
BULAT MANUSIA KERANA MUFAKAT

WAWASAN TANPA TINDAKAN
HANYA ANGAN ANGAN
AKSI TANPA WAWASAN
BAWA BAHAYA

LEBIH BAIK
DILEMPANG OLEH KEBENARAN
DARI DICIUM OLEH PENIPUAN

KAWAN YANG BAIK
AKAN DIKENALI
BILA KITA DALAM KESUSAHAN

KITA AKAN HILANG SESUATU
UNTUK DAPAT SESUATU

ANGKUH BERDIRI DENGAN KUASA
RENDAH DIRI BERDIRI
 DENGAN KEBENARAN

LUKA DI BADAN AKAN SEMBUH
KATA KATA KESAT
TAK SEMBUH SEMBUH

DENGAR APA ISI CAKAPAN
BUKAN SAPA YANG BERCAKAP

KOPI DAN CINTA
MEMANG TERBAIK 
KETIKA PANAS

TAKUTI MAT BEBAL
DARI TAKUT PADA HARIMAU

APA YANG INDAH
PASTI TAK LENGKAP

HATI YANG TERUS BERCINTA
SENTIASA MUDA

KITA INI PELBAGAI BENTUK
DARI APA YANG KITA CAKAP

HENDAK SERIBU DAYA
TAK HENDAK SERIBU DALEH

JIKA KAMU MEMIKIR HANYA DIRI KAMU
KAMU DILAHIRKAN  SIA SIA

PEGALAMAN IALAH 
GURU AGONG
TAPI HARGANYA AMAT MAHAL

TIDAK ADA BANTAL 
SELEMBUT HATI YANG SUCI

BILA TERSEPAK
ITU TANDA  
JANGAN JATUH

KALAU TAK DAPAT
APA YANG DIKEHENDAKI
CUKUP LAH DENGAN
APA YANG ADA

BUKAN SEMUA 
KEBENARAN ITU
PERLU DIUCAPKAN

CINTA ITU BUTA
TAPI JIRAN TETANGGA NAMPAK

CARA TERBAIK UNTUK
MENDAPAT KAWAN
IALAH MENJADI KAWAN


JANGAN WUJUD
MENGHABIS KAN OXYGEN
JANGAN WUJUD
MENGOTORKAN ALAM
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT







Tiada ulasan:

Catat Ulasan