Jumaat, 9 Oktober 2020

BERKHALWAT HARI KE 206

 



KHALWAT 206

JUMAAT 9/10/2020 
KITA MASUK  KE HARI 206
BERKHALWAT

PKPP MASIH BERJALAN
ADA KAWASAN MERAH
PKP DI JALAN KAN
ADA KAWASAN BAHAYA
PKD DI JALANKAN

KITA GAWAT
DUNIA GAWAT
INILAH BAHAYA DATANG
DARI CHINA MERAH
MENYEBAR VIRUS CCP

PAGI INI HOKKIEN MALAP
TAPI CERIA
CENGKERIK UNGGAS
SAHUT BERSAHUTAN
SAEKOR KENG KENG
BERLAGU HINGGA RIUH
SATU GAUNG
JANTAN BERKOKOK
TERKUKUR BERLAGU
TAPI
PIPIT UBAN TAK ADA
SAWAH YANG DIRACUN
MEMASTIKAN 
MEREKA BERPINDAH

HIDUP INI HITAM DAN PUTEH
TERPULANG PADA  KITA SENDIRI
UNTUK MENAMBAH WARNA

SUSAH KAN HATI KAWAN
DENGAN MEMBAWA KEBENARAN
JANGAN SESEKALI
GUMBIRAKAN HATI KAWAN
DENGAN PEMBOHONGAN

KAU PIJAKLAH BUNGA ITU
BEBERAPA KALI
IANYA AKAN TUMBUH KEMBALI

KADANGKALA
PEKARA YANG AMAT KECIL
MENGAMBIL RUANG YANG
AMAT LUAS DALAM HATI KITA

JANGAN TANAM BUNGA
DI LAMAN ORANG
KERANA IANYA TIDAK ADA
SESIAPA AKAN MENYIRAM AYER

SALAH SATU PEKARA
YANG AMAT SUSAH DALAM HIDUP INI
IALAH MELUPUSKAN
NAMA SESEORANG DARI HATI 

KITA MENGUBAH HIDUP
DENGAN MENGUBAH HATI KITA

TIDAK ADA PERJUANGAN
MAKA TIDAK ADA KEMAJUAN
TANPA PENCERAHAN
KEMAJUAN GAGAL

PEKARA YANG INDAH CANTIK
TAK PERLU DIIKLANKAN

UNIVERSITI YANG HEBAT
TAK PERLU DIIKLAN
DI PLUS HIGHWAY

KADANGKALA LANGKAH KECIL
DALAM HIDUP INI
BOLEH MEMBUKA 
LANGKAH BESAR DALAM HIDUP

HIDUP YANG KREATIF
BUKAN MENJADI PAK TURUT
BUKAN IKUT CARA HIDUP 
YANG RAMAI ORANG BUAT
KUNCINYA  HIDUP KREATIF
JIWA  TAK TAKUT

SEMUA PEKARA INI PENTING
WALAU PUN PADA KITA ENTENG

HIDUP  JANGAN DIASASKAN
DENGAN FAKTA  TIPU
TANPA KEBENARAN HAKIKI
YANG BOLEH DISELIDIKI
BOLEH DIBUKTIKAN
OLEH ILMU  ILMIAH

CUBA GAGAH SADIKIT
UNTUK MENCARI KEBENARAN
UNTUK JADI GAGAH
PERLU MENERIMA
HAKIKAT KETIKA INI
KITA LEMAH

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

JAGA DIRI
SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan