HARI JUMAAT 16/10/2020
KITA MASUK KE HARI 213
BERKHALWAT
BERKHALWAT
KITA DALAM GAWAT
DUNIA DALAM GAWAT
MAT KOBID
MASIH LAGI MENYERANG
GUA SUDAH TIGA HARI
TAK KELUAR RUMAH
PAGI PETANG KE HOKKIEN
MAKANAN TELAH KURANG
ESOK SABTU
GUA WAJIB KE PASAR
UNTUK BELI BAHAN KEPERLUAN
GUA DIFAHAMKAN
ADA POLIS HALANG JALAN
UNTUK MEMASTIKAN
KUALA LUMPUR TAK SIBUK
HANYA YANG PERLU
DIBENAR LINTAS DAERAH
PAGI INI HOKKIEN CERAH
TAPI TAK CERIA
MATAHARI TERLINDUNG
YANG SIBUK BISING
TIONG
INI KERANA RUMPUT DIBAKAR
BANYAK BELALANG CENGKERIK
KELUAR
MAKA TIONG KENDURI
PADANG RUMPUT
SEMAKIN KERING
ADA KAWASAN DAH DIBAKAR
MAKA PIPIT UBAN HILANG
TAK MUNCUL MUNCUL
GUA TAK TAHU
KEMANA MEREKA PINDAH SAWAH
JIKA KITA INGAT
KITA INI TERLALU KECIL
UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN
CUBA TIDUR BERSAMA NYAMUK
BAGIMANA KITA
MENGGUNAKAN WAKTU KITA
ITULAH HIDUP KITA
KITA TAHU APA RASANYA
JIKA KITA TINGGALKAN
KERJA TERBENGKALAI
TAPI
KITA TIDAK TAHU
APA RASANYA JIKA DISELESIKAN
JANGAN BENARKAN
SOSOK YANG TAK BANTU KITA
UNTUK MENGGAGU
JIWA DAN PERASAAN KITA
DALAM HIDUP INI
ADA DUA HARI
DIMANA KITA TIDAK BERGERAK
TIDAK MELAKUKAN APA APA
HARI PERTAMA KELMARIN
HARI KE DUA ESOK
HARI INI KITA BERGERAK
UNTUK MERAYAKAN
KEHIDUPAN
PERANGAI TABIAT
KITA BERPULUH TAHUN TERKUMPUL
MUSTAHIL
LUPUS DALAM SEHARI
BRO JANGAN RISAU
KALAU RISAU KITA HILANG MASA
KUMPULKAN MASA KERISUAN
JUMLAHNYA KITA
HILANG BERTAHUN TAHUN
JIKA SILAP BETULKAN
LATIH DIRI UNTUK JANGAN RISAU
RISAU TAK MENGUBAH APA APA
BUKAN BERAT
YANG MENJADI BEBAN
MERUNTUHKAN KITA
TAPI BAGAIMANA CARA
KITA MEMBAWA BEBAN ITU
LEBIH BAIK KITA TERSENYUM
JANGAN JADI SOSOK
YANG TAK PANDAI
MEMBALAS SENYUM
GUA TERLALU SIBUK
MENYUBUR HIJAUKAN
KEBUN GUA
LALU GUA TAK NAMPAK
KEBUN LU LEBIH HIJAU
KEJAYAAN INI BUKAN DIMILIKI
KEJAYAAN DISEWA
SEWANYA WAJIB
DIBAYAR SETIAP HARI
PEKARA YANG PALING TRAJIK
IALAH GUA JADI
MACAM ORANG LAIN
INI MEMUALKAN
ADA YANG BERKATA
FALSAFAH HARI HARI
TAK MEMBANTU
KALAU BAGITU KENAPA
KITA MANDI TIAP HARI
JANGAN KITA UKUR
KEJAYAAN SESEORANG
DENGAN BERAPA TINGGI DIA MENCAPAI
TAPI
BERAPA TINGGI DIA MELAMBUNG
SATELAH JATUH GAGAL
KAPAK KAYU SENDIRI
DIA AKAN MEMANASKAN
DUA KALI
MASANYA IALAH HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan