Jumaat, 23 Oktober 2020

BERKHALWAT HARI KE 220

 



KHALWAT KE 220



JUMAAT 23 /10/2020
KITA MASUK KE HARI 220
BERKHALWAT

PAGI INI HOKKIEN CERAH
KUALA LUMPUR AGAK BERKABUS
PAGI YANG INDAH
TAPI OKESTRA UNGGAS KURANG
SIMPONI CENGKERIK BIASA

MUNGKIN
UNGGAS  JUGA ADA PKPB

JIKA KITA TELAH DIPENUHI
DENGAN KEMEGAHAN
MAKA
TIDAK ADA LAGI RUANG
UNTUK KEBIJAKSANAAN

PERTENGKARAN BOLEH SELESAI
TAPI KATA KATA KESAT
TIDAK LUPUS

KITA MENUNJUKKAN
WATAK SIAPA KITA
DENGAN MELIHAT
APA YANG KITA KETAWAKAN

MAT BEBAL DAN AIR
AKAN MENGIKUT LORONG
KEMANA SAJA DIARAHKAN

MELIHAT BERBEZA
DARI MENDENGAR

LAUT TENANG
TIDAK AKAN MENJADI
GURU YANG BAIK
UNTUK PELAUT

MENARI DIBAWAH CAHAYA MATAHARI
MEMBELAKANGI AWAN

JANJI IALAH AWAN
PENUNAIAN JANJI
 IALAH HUJAN

TAK TAHU MEMANG TAK BAIK
TAPI LEBIH BURUK
JIKA TAKADA LANGSUNG NIAT
UNTUK  TAHU

JIKA ADA SESIAPA
SAYANG PADA KITA
TERKENTUT PUN OK

MATAHARI
TIDAK  AKAN MELUPAKAN
KAMPONG KITA
WALAU PUN KAMPONG
KITA KECIL DI ULU

SELAMA MANA PUN
MALAM BERGELAP
SUBUH TETAP SAMPAI

MATA TIDAK AKAN LUPA
APA YANG TELAH DILIHAT
OLEH HATI

JIKA KITA
PUTUSKAN TALI PENGIKAT
KITA AKAN BEBAS
JIKA KITA
PUTUSKAN AKAR UMBI
SEJARAH BANGSA
KITA AKAN MATI


CARA TERBAIK
UNTUK MENANGKIS
BUDAYA DAN PENGARUH LUAR
YANG MENGANCAM
IALAH MENGHAYATI 
BUDAYA SENDIRI

MASANYA HARI INI
DETIKNYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan