RABU 7/10/2020
KITA MASUK KE HARI 204
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 204
BERKHALWAT
KEADAAN GAWAT
SERANGAN MAT KOBID MELONJAK
KELMARIN PERTAMA KALI
MELINTASI 600 +++
DI KEDAH DI SABAH
JADI KAWASAN MERAH
RAKYAT ORANG RAMAI
MARAH PADA POLITIKUS
YANG MENJADI TUKANG SEBAR VIRUS
RAKYAT JUGA MARAH
DENGAN KENYATAAN MUHYIDDIN
MALAM KELMARIN
KERANA
ISINYA TAK ADA APA APA
RAKYAT MAHU POLITIKUS
SAMA DIDENDA MACAM ORANG RAMAI
BERITA JUGA MELAPORKAN
TRUMP DAH KELUAR DARI HOSPITAL
TAPI
PASTI SI TRUMP INI
MEMBAWA VIRUS
MENJADI PENYEBAR
PAGI INI KUALA LUMPUR KELAM
HOKKIEN TAK CERIA
BARU GUA SEDAR BAHAWA
HOKKIEN TELAH DIRACUN
MAKA PIPIT UNGGAS YANG LAIN
CENGKERIK JUGA SENYAP
CABUT LARI UNTUK SELAMAT
RUMPUT SEMUA MENGUNING
GUA HANYA TUNGGU MASA
UNTUK MEMBAKAR
BILA KITA
PANJAT POKOK ITU
KITA WAJIB JUGA TURUN
DARI POKOK ITU
ILMU YANG BAIK
SUSAH UNTUK DIDAPATI
JANJI AWAN KEPADA KITA
IALAH HUJAN
NILAI SESEORANG ITU
BERGANTUNG PADA
DUA BENDA YANG AMAT KECIL
HATI DAN LIDAHNYA
KATA KATA YANG MANIS
ULAR PUN AKAN
DATANG MENDENGAR
KERJA AMAL KEBAIKAN KITA
LUPUS
BILA KITA MULA BERGEBANG
TENTANGNYA
SUMPAH SERANAH
DAN MAKI HAMUN
YANG TUKAR TIUB TERIMA
TIAP HARI
TIDAK AKAN MENKOYAK
BAJU TUKAR TIUB
SETIAP HARI DALAM HIDUP INI
IALAH SATU MUKA SURAT
UNTUK SEJARAH
NASIB SENTIASA MENCINTAI
KAKI LAWAN
BERI KEMAAFAN
IANYA LEBIH BERNILAI
DARI DENDAM
BRO JANGAN LUPA
SESIAPA SAJA YANG
NAK JUAL MARUAH DIRI
PASTI RAMAI PEMBELI
BANYAK PERGADUHAN
HANYA BERMULA
DENGAN SATU AYAT
KITA SEMUA INI
TIDAK LAHIR SEBAGAI WIRA
KITA MENJADI
DALAM HIDUP INI
HANYA
ADA TIGA PEKARA YANG PASTI
LAHIR MATI DAN PERUBAHAN
KATA DARI HATI
AKAN SAMPAI KE HATI
KATA DARI MULUT
AKAN SAMPAI KE TELINGA
KITA AKAN TERLUPA
BERSAMA SAPA KITA KETAWA
TAPI KITA TAK AKAN LUPA
BERSAMA SAPA KITA MENANGIS
PEMBOHONGAN
IALAH PENYAKIT
KEBENARAN IALAH UBATNYA
KUNCI KEPADA SEMUA
IALAH KECEKALAN
BOHONG HANYA
HIDUP BEBERAPA JAM
KEBENARAN AKAN HIDUP
SEPANJANG MASA
KETIKA MENCARI MADU
JANGAN LUPA
SEGATAN LEBAH
MASANYA IALAH SEKARANG
SAATNYA IALAH HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Tu lah ceritanye ..perang belum habis General dah jadi Field Marshall, Prebet dah jadi Lance Kopral. Tapi ..tapi yang lawaknye Si Abam dah banyak kali perang dah cocok, mancot depan belakang ..tapi masih lagi KEMPUNAN nak jadi PM. Semalam(selasa) Agong dah bagi LAST WARNING terakhir ..titah bagindo "nek tayim no tipu-tipu .."
BalasPadamKETIKA MENCARI MADU
BalasPadamJANGAN LUPA
SEGATAN LEBAH
jika kita rasa bersedia nak bermadu
kita harus bersedia sengatan antara madu-madu-madu tersebut
tt tak termasuk dalam hal ini kerana
jika boleh terus minum susu mengapa perlu susah payah membela lembu?
kahkahah