WAJIB SOKONG
NAJIB
PEMIMPIN ISLAM
SYUMUL WARAK
ALIM SUCI
AMIN
INILAH CONTOH
PEMIMPIN MELAYU
YANG ISLAMIK TAKDA TOLOK BANDING
AMIN
Najib masih kuasa besar Umno,
kata penganalisis
NAJIB Razak masih kuasa besar dalam Umno walaupun mencadangkan yang parti nasional Melayu itu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, kata penganalisis.
Mereka percaya cadangan Najib adalah tindakan politik yang bijak dan berani walaupun menerima tentangan beberapa pemimpin lain pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Isnin lepas.
Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata Najib masih mempunyai sokongan besar dalam parti dan tidak akan teragak-agak mengatur langkah Umno seterusnya.
“Najib masih ada pengaruh dan pasti akan lakukan tindakan tertentu bersama kelompok Umno yang masih bersamanya,” kata Awang Azman kepada The Malaysian Insight.
Profesor madya sosio budaya itu berkata Najib lebih realistik tentang situasi semasa dalam kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan menyuarakan pandangannya walaupun sedar beliau pasti dikecam.
“Najib lebih dinamik dan realistik dalam berdepan masalah dihadapi Umno yang dilihat terpinggir dalam PN. Cadangan Najib agar kerjasama dengan Anwar yang dikaitkan dengan DAP sesuai dengan realiti politik dalam masyarakat majmuk negara,” kata Awang Azman lagi.
Najib mencadangkan Umno menjalinkan kerjasama dengan Anwar atau parti lain sekiranya pilihan raya umum masih tidak dapat diadakan kerana wabak Covid-19 yang melanda negara.
Beliau bagaimanapun bertegas yang tiada ruang untuk DAP dalam kerjasama Umno dan Anwar.
MT Umno yang bermesyuarat malam Isnin lepas, bagaimanapun, memutuskan untuk terus kekal bersama PN dan bersetuju mengadakan perdamaian nasional dengan parti politik lain, termasuk pembangkang.
Najib bukan ahli MT Umno..
Susulan keputusan parti, Najib menerusi Facebooknya menegaskan yang kesediaannya berkerjasama dengan Anwar tanpa melibatkan DAP, hanyalah salah satu cadangannya, malah setia dengan PN juga adalah cadangannya.
“Majlis Tertinggi Umno telah putuskan bahawa kita teruskan kerjasama dalam kerajaan PN tapi dengan gesaan kerjasama ini perlu berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus. Ia juga perlu ada keseimbangan yang jelas.
“Keputusan ini juga satu dari tiga cadangan yang saya sebut semalam,” tulisnya di Facebook, semalam.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pekan itu memberi amaran yang jika Umno terus terpinggir dalam PN, akar umbi dan rakyat akan menganggap Umno lemah dan kesannya akan dirasai parti pada pilihan raya umum akan datang.
“Sebagai orang parti, saya bimbang bahawa kuasa sementara yang sedang dikongsi dan jawatan sementara yang sedang dinikmati Umno/BN dalam kerajaan PN akan menyebabkan kekalahan lagi teruk dalam PRU15.
“Sedangkan trend sebelum kita bentuk kerajaan PN ialah Muafakat Nasional akan menang besar dalam PRU15,” katanya.
Penganalisis juga percaya Najib mungkin mendedahkan dirinya kepada kecaman berterusan kerana cadangan terbarunya, terutama sekali daripada pihak yang masih menyalahkannya kerana BN tumbang di Putrajaya pada 2018.
Pengarah Strategi Kumpulan KRA Amir Fareed Rahim berkata sebaik sahaja Najib membuat cadangan itu, beliau sudah hilang kekebalan sokongan akar umbi yang diperkukuhkan sejak jadi pemimpin tanpa jawatan.
“Ia menunjukkan walaupun populariti dan pengaruh media sosialnya besar, pengaruh sebenarnya dalam hieraki parti mula pudar. Ia bukan dan tidak pernah mutlak,” kata Amir kepada The Malaysian Insight.
Amir menjelaskan yang Anwar adalah susuk ngeri yang dibenci ramai akar umbi Umno dan cadangan kerjasama Najib mencalarkan imejnya sendiri.
“Desakannya mengenai agenda (kerjasama) Anwar nampaknya tidak diterima baik oleh penyokongnya sendiri.
“Kewibawaan dan komitmennya kepada perjuangan Umno akan dipersoalkan oleh penyokong setia parti. Najib, yang selalunya bijak membaca pergerakan politik, mungkin salah tafsir sentimen anti Anwar dalam Umno kali ini,” kata Amir.
Dr Oh Ei Sun, felo kanan di Institut Hubungan Antarabangsa Singapura pula berkata kenyataan Umno yang ia sedia bekerjasama dengan semua parti dalam PN termasuklah pembangkang kecuali PKR dan DAP adalah seimbang.
Katanya, cadangan Najib untuk bekerjasama dengan Anwar juga mungkin akan diterima di kemudian hari.
“Saya fikir perkara utama yang kita boleh lihat dalam kenyataan Umno adalah kumpulan yang berpecah masih tidak bersatu dan kerana itu perlu cari jalan untuk bergerak ke depan secara keseluruhannya.
“Umno hanya kata ia akan terus menyokong kerajaan semasa, yang maksudnya sokong kedudukan status quo. Ia tidak kata ia akan sokong Muhyiddin atau Belanjawan 2021,” katanya.
Dr Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia juga bersetuju dan berpadangan gencatan politik mungkin akan terbatal sekiranya tuntutan Umno tidak dipenuhi.
“Najib sudah tidak berkuasa tetapi dia masih sangat berpengaruh dalam Umno. Ahli masih dengar cakapnya. Bagaimanapun, Umno masih dalam gencatan (politik) sementara.
“Politik tak boleh diramal di Malaysia. Tiada siapa boleh jangka apa akan berlaku,” katanya.
Tetapi, sekiranya kerjasama dengan PN kali ini bertambah baik, Najib mungkin tidak akan terlepas daripada tindakan, apatah lagi beberapa pemimpin dikatakan mendesak tindakan displin dikenakan ke atasnya kerana cadangan kerjasama dengan Anwar.
“Rasa curiga sudah ada. Anwar masih ‘persona non grata’ untuk penyokong setia parti. Mungkin akan ada pihak yang akan mendesak tindakan displin dikenakan ke atas Najib,” kata Amir daripada KRA.
Tambahnya lagi, jika benar surat kepada Istana yang didakwa ditulis Zahid dan Najib tulen, bekas perdana menteri itu akan berdepan lebih banyak masalah.
“Ini akan berlaku jika lebih banyak bukti terdedah yang mengambarkannya aktif bersubahat dengan Anwar kerana ia bertentangan dengan keputusan asal MT parti ‘tiada Anwar, tiada DAP’,” kata Amir.
Oh daripada Institut Singapura bagaimanapun tidak bersetuju, berpandangan yang Najib akan terus berpengaruh besar dalam Umno dan dilindungi Zahid, menyebabkan tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya.
“Najib sama kumpulan dengan Zahid, presiden Umno, jadi sudah tentu dia masih akan ada dalam permainan politik ini,” katanya.
Najib menerusi catatan di Facebooknya juga memberi amaran tentang sentimen akar umbi berkaitan kerjasama dengan PN yang boleh menjejaskan Umno.
“Umno perlu sedar wujudnya risiko ini dan ini yang saya nampak.
Bongok betul org UMNO.masih Sambung org yg dah didapati bersalah to mahkamah atas tuduhan terhadapnya
BalasPadam