Isnin, 5 Oktober 2020

JANGAN SEBAR BERITA PALSU I STANA MARAH

 



AMARAN UNTUK

SEMUA


Jangan sebar berita palsu libatkan Agong, kata Istana Negara

ISTANA Negara sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita tidak benar melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi kepentingan politik atau peribadi, kata pegawainya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata pihak Istana Negara akan membuat laporan kepada Polis Di-Raja Malaysia (PRDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), jika perlu, untuk siasatan lanjut

“Istana Negara sentiasa memantau dan memandang serius terhadap kenyataan tidak benar oleh beberapa individu kepada media yang menggunakan nama dan menyebarkan foto-foto Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Istana Negara melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu mencemarkan kredibiliti Seri Paduka dan Istana Negara, selain menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat ketenteraman awam.

“Istana Negara menyarankan rakyat agar tidak mudah panik dan percaya dengan berita palsu yang tersebar,” katanya lagi.

Rakyat juga dinasihatkan agar tidak berkongsi berita tidak benar yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong, tambahnya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut berita tidak benar yang dimaksudkan.

Ia bagaimanapun dipercayai merujuk pada hantaran sekeping foto di Twitter yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama seorang pemimpin kanan politik.

Hantaran itu sudah dipadamkan selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan ini.

Al Sultan Abdullah pada Jumaat berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara sejak 21 September lalu.

Baginda dirawat kerana keracunan makanan dan kemudian menjalani rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 September yang menunjukkan kecederaan akibat bersukan. – 5 Oktober, 2020.

YA AMPOON

YA MAULANA


1 ulasan:

  1. Tu lah kau tt, kau yg mulakan dulu. Kau up gambar nuar nak angkat sumpah depan potret YDP Agung.

    BalasPadam