Jumaat, 9 Oktober 2020

KADIR JASIN NAK APA?

 



KADIR JASIN

PERLI ATAU

BELI INSURAN

KAH KAH KAH


Tunggu saat Anwar 

jumpa Agong 

dengan tenang, 

kata Kadir Jasin


Semua pihak perlu menunggu saat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang Dipertuan Agong dengan penuh ketenangan, kata Datuk A Kadir Jasin dalam tulisan di facebook beliau.

Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, itulah cara terbaik yang perlu dibuat selepas Anwar membuat kenyataan beliau akan menghadap Yang Dipertuan Agong Selasa 13 Oktober ini.
 
“Seperti yang Anwar sendiri harapkan daripada kita maka kita akan menanti saat yang dijanjikan itu dengan penuh ketenangan,” kata tokoh wartawan negara itu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, semalam sekali lagi mengulangi dakwaan mengenai sokongan “majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan” baginya dilantik menjadi Perdana Menteri.

Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan dari pejabatnya di Petaling Jaya, Anwar berkata dia menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kerana memperkenankan dia menghadap Selasa, 13 Oktober, ini.

Katanya, pada majlis itu dia akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah Ahli Dewan Rakyat yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

KALAU PERLI

KITA KETAWA

KAH KAH KAH

KALAU BELI INSURAN

KITA LAGI KETAWA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan