Selasa, 20 Oktober 2020

KOBID TERUS MENYERANG

 


AWAS

KOBID TERUS

MENYERANG

Pekerja di zon PKPB wajib kerja dari rumah, kata Ismail Sabri

KERJA dari rumah diwajibkan untuk pekerja pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula 22 Oktober, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Keputusan Majlis Keselamatan Negara itu bakal melibatkan hampir sejuta orang pekerja. PKPB kini dikuatkuasa di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Keputusan itu dibuat disebabkan masih berlaku peningkatan kes Covid-19 di kawasan PKPB terutama di Sabah dan Selangor.

Maklumat jenis pekerjaan yang perlu kerja di rumah akan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI, tambah Ismail Sabri lagi. – 20 Oktober, 2020.



AWAS

2 kampung di Labuan dikenakan PKPD mulai esok




AWAS

Covid-19: Satu lagi sekolah ditutup di Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan