LANGKAH BAIK
UNTUK PENCERAHAN
AMIN
Peguam fail saman berhubung keputusan Agong tolak isytihar darurat
SEORANG peguam meminta campur tangan mahkamah untuk menentukan apakah tindakan Yang di-Pertuan Agong menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat adalah betul, lapor Malaysiakini.
Plaintif, Syed Iskandar Syed Jaafar, memfailkan saman permulanya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya defendan dalam tindakan undang-undang ini.
Dalam saman itu, yang diajukan oleh firma undang-undang Tetuan Kengadharan & Co bagi pihak Syed Iskandar, plaintif mahu mahkamah menafsirkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan bagi menentukan apakah Agong “menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri menasihatkan sebaliknya”.
Artikel 40 secara umum membahas tentang perlunya Agong bertindak sesuai dengan nasihat Kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum Kabinet.
Artikel 150 pula antara lain membahas tentang kuasa Agong untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi di mana keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam.
Plaintif juga mahu mahkamah menentukan kesahihan pindaan terhadap Artikel 150, yang memasukkan klausa antara lain, yang melarang mahkamah mendengar tindakan undang-undang berkaitan dengan isu pengisytiharan darurat.
“Ini merupakan litigasi kepentingan awam untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan,” kata plaintif dalam surat sebab samannya.
Minggu lalu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak permintaan Muhyiddin untuk mengiytiharkan darurat agar kerajaan dapat memerangi wabak Covid-19 tanpa diganggu oleh politik yang tegang.
Agong berkata pada pendapatnya tidak perlu ada dilaksanakan darurat, dan berkata kerajaan sudah melakukan tugas dengan baik pada masa ini dalam memerangi Covid-19.
Beliau juga mendesak ahli politik menghentikan kegiatan politik mereka dan bekerjasama untuk memerangi wabak tersebut dan juga untuk memulihkan ekonomi.
Pertempuran politik pertama Muhyiddin dijangka akan berlaku minggu depan apabila kerajaannya membentangkan Belanjawan 2021.
Sebarang langkah pembangkang untuk menggagalkan Belanjawan akan membawa maksud kurangnya kepercayaan terhadap kerajaan Muhyiddin. – 30 Oktober, 2020.
Ikut Perlembagaan Sultan, Gabenor dan Perdana Menteri tidak boleh di saman dan dibicarakan di mahkamah. Peguam yg saman Agong ni, tak baca bulu Perlembagaan ke....?
BalasPadamDalam kes 'Pengampunan Anwar Ibrahim', peguam tak saman Agong tapi menyaman keputusan yg dibuat tidak ikut procedure. Jadi, perbicaraan nanti, bertumpu kpd ikut atau tak ikut procedure pengampunan yg dah ditetapkan SOPnya.