Selasa, 6 Oktober 2020

MADEY BERKERJASAMA DENGAN KU LI


POLITIK IALAH SENI

KEMUNGKINAN UNTUK SELESAI MASALAH

AMIN

MADEY KERJASAMA

DENGAN  KU LI

INI REALPOLITIK

AMIN

INI NAMANYA

UNITED FRONT

CARAI MUSUH UTAMA HANCURKAN MUSUH UTAMA DULU SEBELUM TIBAI MUSUSH KEDUA

AMIN


Bolehkah Mahathir-

Muhyiddin kembali 

berbaik? 

Tak mustahil, 

kata penganalisis

Kenyataan tegas Dr Mahathir Mohamad tidak akan kembali bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin disebabkan tindakan perdana menteri menubuhkan kerajaan gabungan baru awal tahun ini perlu dilihat semula berdasarkan senarai “kawan dan lawan” dalam politik bekas pemimpin itu, kata penganalisis.

Mereka berkata, tidak mustahil Mahathir boleh berbaik semula dengan musuh politiknya seperti dilakukannya dahulu dengan beberapa pemimpin yang dikatakan mengkhianatinya.

Penganalisis politik Shamsul Amri Baharuddin berkata pada penghujung tahun 1980 an, Umno berpecah disebabkan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Mahathir sebagai presiden parti yang mana putera Kelantan itu dikalahkan dengan majoriti tipis.

“Begitu juga dengan Anwar, dia urus pengampunannya, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail jadi timbalan perdana menteri,” kata Shamsul kepada MalaysiaNow.

“Kita boleh lihat semua ini dengan sinis dan Mahathir penuh dengan pelbagai agenda tersembunyi.”

Dalam wawancara bersama akhbar Singapura The Straits Times yang disiarkan semalam, ahli Parlimen Langkawi itu berkata tidak boleh bekerjasama dengan Muhyiddin kerana presiden Bersatu itu kini menggunakan strategi politik seperti Najib Razak.

“Bagaimana saya dapat menerima Muhyiddin seperti itu?” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Mahathir dan Muhyiddin adalah dua watak utama yang menubuhkan Bersatu, parti serpihan Umno yang bekerjasama dengan pembangkang pada pilihan raya 2018 dan menumbangkan kerajaan Najib.

Pada Februari, kedua-dua pemimpin itu bertelagah dan Mahathir tidak bersama-sama partinya meninggalkan PKR, DAP dan Amanah untuk menubuhkan kerajaan dengan sokongan Umno, PAS, GPS dan beberapa bekas pemimpin PKR.

Shamsul menilai Mahathir sebagai seorang yang konservatif.

“Mahathir adalah manusia berwatak self-righteous, maknanya melihat dirinya sebagai manusia yang taat setia, benar, betul, baik dan lurus.

“Beliau menilai pemimpin-pemimpin seperti Abdullah Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Anwar melalui ukuran dan lensa nilai-nilai ideal berkenaan.

“Dalam kata lain Mahathir melihat pemimpin-pemimpin tersebut mempunyai kelemahan maka perlu diperbetul,” katanya.

Sementara Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dalam dunia politik tidak ada kawan atau lawan dan semuanya lebih berkisar kepada kepentingan peribadi semata-mata.

“Malahan politik adalah seni serba kemungkinan apatah lagi politik Malaysia adalah politik angka.

“Maka, tidak mustahil beliau kembali baik dengan pesaing politik sebagaimana dengan Tengku Razaleigh dan Anwar yang tidak pernah dijangka sama sekali.

“Permusuhan beliau adalah berteraskan kepada politik,” katanya.


TAK PERLU HAIRAN

 TAK PERLU TERPERANJAT

SEMUA  MUNGKIN

TERJADI BERLAKU

 DALAM REALPOLITIK

UNTUK JATUHKAN

 MUSUH UTAMA 

AMIN

KENAL  SAPA 

MUUSUH UTAMA

SAPA MUSUH KECIL

SEMUA BERES

AMIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan