NASIB MUHYIDIN
AKAN DITENTUKAN
OLEH
GENG MAHKAMAH
MALAM INI
AMIN
BN bincang kedudukan Muhyiddin, Umno tentu keputusan
KEDUDUKAN Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri hanya akan dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT Umno) Umno pada malam ini, kata ahli Parlimen parti tersebut.
Wakil rakyat itu mengesahkan ia dibincangkan dalam mesyuarat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) namun menegaskan ia hanya akan diputuskan MT Umno.
Salah seorang daripadanya Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin yang turut mengesahkan mereka membincangkan soal menarik sokongan terhadap presiden Bersatu itu.
Katanya pelbagai pandangan diluahkan wakil rakyat BN hari ini termasuk pendirian agar tidak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan juga DAP.
“(Bincang) tarik sokongan kepada Muhyiddin ini, ada juga pandangan itu. Macam-macamlah… tapi majoriti pandangan ‘No Anwar, No DAP’.
“Dalam keadaan sekarang kita tengah berbincang ada juga pandangan supaya kita dapat berbincang dengan Muhyiddin,” kata Zahidi kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat Umno itu.
Seorang lagi ahli Parlimen, bekas perdana menteri Najib Razak pula berkata keputusan muktamad akan diputuskan dalam mesyuarat MT malam ini.
“Kita (mesyuarat BN) tak buat apa-apa keputusan. Kita cuma mendapatkan pandangan daripada ahli Parlimen BN tentang pendirian kita dan hala tuju yang patut dijadikan sebagai ketetapan parti.
“Keputusan muktamad akan dibuat MT malam ini,” kata Najib yang juga ahli Parlimen Pekan.
Najib juga menegaskan pelbagai pandangan yang diutarakan ahli Parlimen BN dalam pertemuan lebih dua jam itu tidak boleh diterima.
“Tiada keputusan, macam-macam pandangan (dibangkitkan), tapi pandangan ini tidak boleh diambil kira, yang penting sekali keputusan (MT Umno) nanti,” kata Najib.
Beliau juga berkata, keutamaan perbincangan adalah Umno harus bertindak sebagai satu blok dan tidak boleh berpecah.
“Ini (pertemuan) kita sekadar buat percambahan fikiran, dengar pandangan-pandangan ahli Parlimen dansebagai ahli parti kita tertakluk pada keputusan parti dan kita pegang prinsip.
“Macan mana pun Umno tak boleh pecah. Mesti bertindak sebagai satu blok. Ini satu daripada pandangan yang boleh dikatakan didukung oleh semua pihak,” katanya.
Seorang lagi ahli Parlimen Umno Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada keputusan rasmi dicapai oleh ahli Parlimen BN pada petang ini.
“(Mesyuarat) sangat baik… Tiada keputusan, tidak bincang (Muhyiddin letak jawatan), kita bincang bagaimana untuk bergerak ke hadapan.
“Kita kena cari jalan, apa sahaja keputusan yang kita buat mesti berasaskan baik untuk rakyat dan negara,” kata ahli Parlimen Sembrong itu lagi.
Pertemuan itu dilangsungkan selepas mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya hari ini.
Ia susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah menolak permohonan kerajaan Muhyiddin melaksanakan darurat bagi menangani Covid-19.
Antara yang kelihatan hadir ke pertemuan hari ini adalah Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican, Shamsul Annuar Nasarah, dan beberapa lagi pemimpin BN lain.
Muhyiddin juga bertemu anggota Kabinet di kediamannya semalam dan mengeluarkan kenyataan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan juga akan membincangkan selanjutnya titah itu.
Yang di-Pertuan Agong semalam tidak memperkenan permohonan perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat kerana melihat kerajaan mampu menangani pandemik Covid-19.
Pada masa sama, baginda tidak mahu ahli politik mengganggu kestabilan kerajaan dan juga mengingatkan kepentingan usul Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentang minggu depan.
Peruntukan itu amat penting untuk menangani Covid-19 terutama untuk memastikan kelancaran usaha petugas barisan hadapan, titah baginda.
Perkembangan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Muhyiddin ketika sokongan majoriti ke atas perdana menteri itu di Dewan Rakyat menjadi persoalan.
Kerajaan pimpinan Muhyiddin memohon pelaksanaan darurat mengikut Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan. – 26 Oktober, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan