Khamis, 29 Oktober 2020

MUHYIDIN DAH BERANI

 


HANG INGAT

MUHYIDIN SAKIT

DIA DAH SEHAT

AMIN

MALAH TAMBAH

BERANI

AMIN

KINI TIBAI

GEROMBOLAN

AMIN




Muhyiddin paksa Umno pilih Hishamuddin sebagai TPM

Umno mendakwa Muhyiddin Yassin memaksa mereka agar menerima Tuan Haji Hishamuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri, dakwa orang kanan Najib .

Tuan Haji Lokman Noor Adam dalam siaran langsung menerusi facebook beliau malam tadi mendakwa, ia dimaklumkan Muhyiddin kepada Umno petang semalam.

“Pagi semalam Muhyiddin kata, beliau sedia terima siapa sahaja sebagai timbalan perdana menteri dari Umno kecuali Zahid Hamidi.

“Hari ini dia paksa Umno terima Hishamudidn Hussein pula jadi TPM,” dakwa Lokman, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam siaran itu.

Hishamuddin disifatkan oleh pemimpin dan ahli Umno sebagai individu yang menikam mereka dari belakang selepas mengetuai komplot membawa para ahli parlimen dari Umno lari meninggalkan mereka dan menyertai Bersatu ketika beliau masih kekal dalam parti itu.

Hishamuddin juga merupakan besan kepada  Mohamad Azmin Ali, Ketua Penerangan Bersatu yang juga bekas timbalan Presiden PKR yang mengkhianati parti itu.

Seorang aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin juga menzahirkan bantahan kepada cadangan Muhyiddin untuk memilih Hishamuddin.

“Mengkhianati Umno hanya merugikan ahli parti. Tetapi yang ini pengkhianat negara. Bagilah pencerahan wahai pengkhianat Umno. Jangan sampai BN gunakan duit haram dalam aktiviti parti,” tulis Zaharin sambil meletakkan gambar Hishamuddin.

Malaysia Dateline difahamkan, perlantikan pemimpin Umno sebagai timbalan perdana menteri adalah sebahagian dari syarat yang ditetapkan Umno kepada Bersatu jika mereka mahu sokongan dari Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

DRAMA MAKIN

HEBAT

KAH KAH KAH

ADA DARURAT

ADA AGONG

TAPI PALING

MENARIK 

RAMAI PELAKON

BANDUAN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan