ABAM KANTOI
KAH KAH KAH
NAJIB BOCORKAN
LAGI
KAH KAH KAH
CERITA BUKAN
MELELEH
TAPI MENIDIH
KAH KAH KAH
Ahli Parlimen BN tolak cadangan Najib untuk kerjasama dengan Anwar, DAP
Mesyuarat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menyaksikan perdebatan hangat berhubung cadangan penasihat mereka, Najib Razak untuk bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.
Sumber memberitahu MalaysiaNow, berdasarkan maklumat daripada sumber peringkat tertinggi Umno, cadangan bekas perdana menteri itu menyebabkan beliau mendapat kritikan hangat daripada ahli-ahli Parlimen BN.
Mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi parti Melayu itu malam ini, yang dijangkakan akan membuat keputusan sama ada akan kekal atau tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perbincangan ahli-ahli Parlimen BN itu berkisar tentang sokongan mereka terhadap kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin Yassin, sehari selepas Agong menitahkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat seperti dicadangkan perdana menteri.
Muhyiddin membuat cadangan itu untuk mengelakkan pilihan raya mengejut semasa musim pandemik Covid-19 selepas rayuan pegawai kanan kesihatan bagi mencegah kluster pilihan raya umum.
Terdapat kebimbangan sejumlah ahli Parlimen Umno tidak menyokong belanjawan dibentangkan bulan depan yang bakal menyaksikan kerajaan Muhyiddin tumbang dan pilihan raya terpaksa diadakan.
Titah Agong semalam memberikan peluang kepada musuh Muhyiddin untuk mengambil kesempatan, dengan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan sekumpulan kecil dalam Umno menggesanya meletakkan jawatan.
Antara ahli Parlimen anti kepada Muhyiddin dalam Umno ialah Najib bersama-sama presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.
Pada 16 Oktober, MalaysiaNow mendedahkan kedua-dua pemimpin terpalit dakwaan rasuah itu menulis surat kepada Agong, sebelum presiden PKR itu ke Istana Negara pada 13 Oktober.
Hujah ‘moral’ Najib
Dalam mesyuarat BN hari ini, cadangan Najib agar gabungan itu berkerjasama dengan Anwar untuk menggulingkan Muhyiddin mendapar tentangan hebat.
“Antara yang lantang membantah Najib ialah Noh Omar,” kata sumber sama kepada MalaysiaNow, merujuk kepada ahli Parlimen Tanjung Karang.
‘Mereka turut mempersoalkan Najib yang bercanggah dengan prinsip Umno untuk tidak bekerjasama dengan DAP,” tambahnya.
Bantahan lebih hebat berlaku apabila Najib mengatakan Muhyiddin perlu meletakkan jawatan disebabkan hujah “moral” dan “perlembagaan.”
Najib antara lain berhujah tentang kegagalan Muhyiddin untuk mendapat perkenan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
“Seorang menteri kanan kemudiannya berhujah mengatakan Anwar juga mempunyai isu moral selepas gagal memperincikan bukti mengukuhkan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti.”
Selepas mesyuarat BN hari ini, Najib memberitahu pemberita sebarang keputusan Umno malam ini akan dilakukan secara “en bloc”.
Apabila haji najib bercakap pasti menipu tak sudah. Sokong bang non tapi syarat jangan ada dap. Diam diam ekor bakal banduan ni meronggeng buat kerja.
BalasPadamMasa dia sign surat sokongan dulu ada ckp pasal tolak dap? Ada mintak pandangan MT umno ke?
Skrg lubang sudah pecah..mcm2 spin acah suci.hahahahahahaha
Umno tak erti political liability.
BalasPadamAda ke Abam kata dia nak kerjasama dengan najib??? tolong tunjuk sat??? Ini lah level TT buat cerita...tahap What the fuck!!!
BalasPadam