Isnin, 12 Oktober 2020

PILIHANRAYA PRESIDEN AMERIKA



 

PILIHANRAYA

PREIDEN AMERIKA

Berita makin menular makin merebak. Suasana heboh. Media tak habis habis memberi analisa. Pekara yang dibincangkan : Mazhab kanan dan mazhab kiri di Amerika Sarekat sedang bersedia  mengangkat senjata jika calon mereka  tewas. 

Pada Selasa 3 November warga Amerika akan mengundi untuk memilih Presiden ke 46. Undi pos berjalan awal. Warga Amerika di luar negara telah mula mengundi.  Presiden Donald Trump dari Parti Republican  sedang  bertahan dan berkubu  di Rumah Puteh. Musuh ketat Trump  yang ingin merampas Rumah Puteh ialah Joe Biden dari Parti Democrat.

Pilihan raya presiden kali ini dibaca sebagai  permulaan revolusi kedua untuk Amerika. Revolusi Amerika  pertama 1776 bilamana warga Amerika mengangkat senjata untuk membebaskan diri dari menjadi tanah jajahan Inggeris. Revolusi kedua – November 2020 -  kali ini musuh tidak sajelas tahun 1776.  Kalau dulu  jelas  angkat senjata menentang kaum Raja dan kaum feudal di London.

Revolusi  kedua Amerika November  2020  adalah dalam bentuk perang saudara antara ‘Amerika kanan dan Amerika kiri.’ 

DI Amerika pernah terjadi perang sudara dari tahun  1861 hingga 1865.   Pergaduhan tentang ajenda hak memiliki hamba abdi,  perebuatn ekonomi dan  nilai apa sabenaranya budaya dan sistem politik Amerika.  Wilayah Selatan Amerika yang mahu terus menggunakan tenaga hamba abdi telah  mengakat senjata menentang Washington untuk menubuhkan negara dan kerajaan sendiri.

Saya perlu jelaskan disini bahawa takrifan  kanan  dan kiri  ini pun agak tidak tepat.   Republican dan Democrat ini saperi Coco Cola dan Pepsi Cola. Mengikut takrifan kaum Marxis dua parti ini tidak banyak berbeza.  Kedua-dua parti ini  adalah parti penyokong sistem ekonomi kapitalis. Kedua dua parti politik ini mendapat dana sokongan dari kaum pemodal.

Kedua dua parti ini klim bahawa parti mereka lebih baik mengendalikan sistem kapitalis. Kedua parti ini klim bahawa mereka lebih berjaya untuk membentuk suasana  politik dunia demi perniagaan dan keuntungan  kaum pemodal  Amerika dan kaum pemodal antarabangsa. 

Jika ini yang diklim - apa yang membezakan dua parti ini sahingga para penyokong sedang  bersedia untuk mengangkat senjata? 

Dari pandangan Marxis dua parti ini tidak ada perbezaan idealoji. Republican dan Democrat hanya berbeza dari sikap. Republican lebih  konservatif. Manakala Democrat lebih liberal.  Republican menentang gerakan gay, lesbian atau homoseksual.  Republican  menentang kemasukan pendatang asing.  Republican menafikan pemanasan dunia. Republican menentang penguguran bayi. Manakala Democrat menyokong LGBT, simpatii terhadap pelarian perang  dan sedar akan bahaya pemanasan dunia. Democrat percaya  badan wanita adalah hak wanita bukan milik  Gereja.

Jika hanya perbezaan sikap kenapa penyokong sedang bersedia mengangkat senjata.

Untuk memahami politik Amerika  2020 kita wajib kembali melihat apa berlaku pada tahun 2016. Pada tahun 2016  Hillary Clinton  dari Democrat menjadi buah hati media. Dalam analisa  elite kapitalis, pemilik kilang senjata, pemain  saham di Wall Street – adalah cantik  tersusun dan indah  untuk pandangan dunia apabila Hillary  - saornng wanita  dinobatka sebagai Presiden.

Kaum pemodal liberal dan mazhab konservatif baru mahu Amerika dilihat sopan.   Dari segi  perancangan  elit politik dan elit ekonomi  Hillary amat molek untuk membawa image feminis. Ini sama saperti imej Barack Obama. Sosok hitam, liberal dan tidak menggugat politik dan kestabilan politik dunia.

Walhal dari fakta sejarah  dan statistic ,  Obama lebih banyak meledakkan  bom membunuh warga dunia ketiga berbanding jumlah campuran  total   yang mati dibunuh oleh  Bush  dua beranak. Justeru kaum  pemodal international mahu wakil mereka di Rumah Puteh yang sopan yang beradab. Adalah lebih senang kaum kapitalis menjarah dunia jika Rumah Puteh bersopan.

Semua perancangan menobatkan Hillary gagal apabila Donald Trump masuk dan menduduki Rumah Puteh. Kaum kapitalis Amerika menjadi gelabah, gugup dengan kesampaian Trump. Kini Rumah Puteh diduduki oleh seorang jantan yang kasar, lucah dan kurang sopan.

Saya adalah penyokong Donald Trump yang setia. Saya bukan menyokong  garis kanan yang dibawanya. Saya juga tidak menyokong sikap Trump yang kurang sopan.

Saya menyokong Trump kerana jantan ini jujur. Sosok ini bercakap dari rasa hatinya.  Inilah dia sabenarnya watak  dan sikap kaum kapitalis – kasar rakus  gelojoh untuk mendapat kekayaan. Ini watak Trump.  Inilah watak kaum pemodal. Inilah perangai  orang kaya. Inilah  contoh keangkuhan dollar, dinar dari sesiapa yang  memiliki kuasa.

Donald Trump tidak berlapik. Dia berkata benar dalam twitter.  Untuk saya Trump adalah seorang revolusineer garis kanan.  Saya penganut  mazhab garis kiri lebih mudah mengenali sosok saperti Trump.  Kontradiksi  miskin kaya  dan hitam puteh bertambah tajam dibawah Trump.  Musuh sademkian  lebih mudah untuk dikenali kerana ianya tidak menyamar.  Tidak memakai  ketayap.  Tidak menjadi Imam atau tidak berkhutubah. Apa dirasa itu dicakap.

 Belum pernah dalam sejarah Amerika  seorang Presiden   berkata  secara terbuka ‘ CNN pembohong…’ .  .. …Washington Post dan New York Times  akhbar kaki putar… Jangan percaya akhbar ini kerja mereka membuat onar…’   

Untuk pertama kali rakyat Amerika disedarkan bahawa selama ini media meniupkan  asap ganja untuk mereka  berkhayal. Media melalai dan memanaikan fikrah mereka.  Terima kaseh Doland Trump yang telah menaikkan semangat kemarahn kaum buruh Amerika. Amin.

Kejujuran Trump ini  menggerunkan kaum pemodal. Ini menakutkan elite politik. Kacau bilau  berlaku di Washington DC. Topeng kesopaan mereka selama ini ditelah dikoyak rabakkan oleh Trump. Mak Cik Elegan dan Pak Cik Tweed  yang minum Earls Grey Tea  dengan jari kelengkeng terangkat ketika memegang  cawan kini terperanjat besar apabila melihat Presiden  mereka  minum dari kole.  Mereka merasa terganggu. Mereka tergugat oleh wujudiah Trump di Rumah Puteh. Topeng liberal dan topeng sopan mereka selama ini telah ditelanjangi oleh Trump. 

Selama ini kaum pemodal telah menjual air jampi kepada kaum buruh, kelas buruh dan kelas bawahan di Amerika. Mereka menggunakan Parti Democrat yang di war war sebagai parti liberal  ‘kiri’ untuk kaum buruh, kaum pekerja  dan kelas bawahan. Garis politik ini telah dihuru harakan oleh Trump.

Kaum buruh kelas bawahan kulit puteh Amerika  amat senang mendengar  slogan -  Amerika untuk Amerika – Make America Great Again – Amerika First -  Orang Luar Keluar -  Pendatang Asing Bawa Masalah. Kelas bawahan kulit puteh yang selama ini  tanpa suara tetiba  terdengar bunyi  suara Trump. Inilah bunyi dan nada hati  dan cita rasa mereka  yang selama ini dihalang dan diserang  oleh media liberal saperti  Washington Post dan suku sakatnya.

Pada 9 September 2016 Hillary Clinton telah memanggil para  penyokong Trump sebagai ‘ a basket of deplorables ‘  - sebakul Pak Lekeh yang  bebal.  Ini lah pandangan  kelas elite Amerika terhadap kelas buruh di Amerika.  Justeru mereka berbondong bondong  mengundi Trump.

Untuk pertama  kalinya Presiden Amerika telah berkata bahawa syarikat Amerika yang membuka kilang di China  sabenarnya memperkuat  musuh Amerika  - China Merah. 

Mengikut pandangan Trump syarikat yang membuka kilang di luar negara  tidak patriotic. Syarikat jenis ini  tidak sayangan Amerika.  Trump bukan sahaja beretorik nasionalis tetapi membuktikan kata-katanya dengan mengeluarkan dana berbilion dolar menjemput pulang  kilang ini  ke Amerika.

Ha ha ha.  Slogan nasionalis dan pro rakyat bawahan ini mendapat sambutan hangat dari kaum bawahan kelas buruh kulit puteh Amerika. Merek berbondong bondong menyokong Trump. Mereka inilah yang sedang  bersedia untuk angkat senjata jika Trump gagal mempertahankan Rumah Puteh. 

Tidak cukup dengan ini Presiden Trump telah memulakan projek mendirikan tembok besar untuk menghalang kemasukan pendatang haram dari negara Amerika Latin dan negara lain.  Laluan dari  Mexico   sering dibolosi oleh pendatang haram. Tembok - jawapan Trump ini disambut hangat oleh pauk kanan yang sentiasa  benci kepada pendatang.

Penyokong Trump  terunggul ialah   NRA – Nationa lRifle Association. Badan Ngo ini  amat berpengaruh di Amerika. Mereka pelobi hak untuk warga Amerika ememilki  senjata.  Tidak ada  calon  Presiden Amerika yang berani menyerang NRA. Rata-rata ahli NRA  dari haluan  mazhab kanan. Malah ada diantara pecahan   kumpulan ini yang menjadi ektremis rasis  kanan yang benci kepada kulit hitam. 

Pada tahap ini seratus peratua ahli NRA akan mengundi untuk Trump. Amin

Suasana menjadi tegang apabila  Trump  mengeluarkan keyatan bahawa  udi pos yang sedang dijalankan di Amerika adalah satu penipuan.   Trump melihat undi pos ini  menyebelahi pihak lawan. Untuk itu Trump telah memotong dana kerajaan untuk mengendalikan  sistem  undi  postal. Ketua Pengarah Pos yang baru dilantik ialah sosok peminat Trump.

Dalam masa yang sama aktivis Republican sedang menyusun dan mengatur ahli ahli mereka untuk memantau tempat membuang undi. Mereka ini terdiri dari bekas tentera dan bekas pasokan keselamatan. Mereka cekap  menggunakan senjata.

Jelas  penyokong Trump sedang bersedia. Meraka sdnag  mengasah parang dan menyimpan makanan. Bagiamana pula dengan penyokong Joe Biden dari Parti Democrat.  Tunggu minggu hadapan. (TT)









1 ulasan:

  1. Apo kau besurah pasal amerika lak tt oi..dah kocut la tu esok ari selasa kah kah..dh tekelesup pipit kau tt dh panjang bulu dari batang kah kah kah

    BalasPadam