RAKYAT MULA MUAK
DENGAN MUHYIDDIN
RAKYAT MENYAMPAH
MELIHAT MUKA
TUAN HAJI KHAIRUDDIN
AMIN
HIDUP NAJIB
HIDUP BOSSKU
PANJANG KAN UMUR BOSSKU BOLEH
DUDUK LAMA
DI SUNGAI BULUH
KAH KAH KAH
Dakwa Tuan Haji Khairuddin
di mahkamah, kata Najib
MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tuan Haji Mohd Khairuddin Aman Razali patut didakwa di mahkamah, kata bekas perdana menteri Najib , kerana melanggar perintah kuarantin wajib membendung penularan pandemik Covid-19.
Najib membuat gesaan itu sehari selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata tiada pilih kasih dalam penguatkuasaan perintah dan arahan kerajaan mengenai kuarantin.
Katanya, biarlah mahkamah yang menentukan menteri dari PAS itu bersalah atau tidak, selepas balik dari satu lawatan ke Turki pada Julai lalu.
Dalam satu komentar di Facebook, Najib berkata beliau membuat gesaan itu bukan kerana hendak mengecam PAS tetapi kerana ramai orang tidak puas hati menteri itu tidak dikenakan tindakan.
“Dakwa menteri perladangan dalam mahkamah. Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan KKM (Kementerian Kesihatan) atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya.
Setakat ini polis masih lagi menyiasat pelanggaran kuarantin yang dilakukan oleh Tuan Haji Khairuddin, yang sudah lebih 90 hari, selepas diminta mengemaskan siasatan oleh pihak Jabatan Peguam Negara.
Semalam, dalam ucapannya Muhyiddin berkata beliau sendiri pun sekarang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas seorang menteri kabinet disahkan positif Covid-19.
“Covid 19 tidak mengenal pangkat atau darjat. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan oleh kerana itu SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa mesti dipatuhi oleh semua orang,” katanya dalam perutusan khas semalam.
Tuan Haji Khairuddin yang pulang dari luar negara pada 7 Julai setakat ini sudah dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan pada 7 Ogos.
Kementerian Kesihatan juga berkata pegawai kanannya hanya tahu mengenai pelanggaran yang dimaksudkan melalui laporan media.
Tindakan Tuan Haji Khairuddin melanggar kuarantin wajib mendapat perhatian umum dan diulas oleh Kementerian Kesihatan hanya selepas dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang juga bekas menteri portfolio sama di Dewan Rakyat pada pertengahan Ogos.
Komen awal Kementerian Kesihatan sebelum menjelaskan Tuan Haji Khairuddin dikenakan kompaun ialah perkara itu sedang disiasat.
Tuan Haji Khairuddin kemudian meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan memulangkan empat bulan gajinya sebagai menteri sebagai derma untuk Tabung Covid-19.
Tindakannya bagaimanapun terus dikecam kerana dianggap cuba menutup kesalahan, lebih-lebih lagi setelah pemimpin kanan PAS pun mempertahankan tindakan Tuan Haji Khairuddin tidak patuh undang-undang.
Menurut Najib, Tuan Haji Khairuddin perlu berdepan tindakan di mahkamah jika tidak isu itu akan diteruskan dimainkan oleh pelbagai pihak, termasuk pemimpin pembangkang.
“Jika kalah, masih boleh rayu. Hentikan modal propaganda PH (Pakatan Harapan) sebab saya dah bosan tengok (Lim) Kit Siang buat puluhan posting bagi isu yang sama,” katanya.
Najib yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International kini sedang menunggu rayuan sabitan dan hukuman ke atasnya.
Beliau dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. – 7 Oktober, 2020.
rakyat lihat najib takut rakyat bukan saja takut kepada rakyat, dia lagi lagi takut kepada rosmah, apa pun dia lebih baik dari atok semua piem dulu kini so rakyat nak pencuri nombo uno kembali jadi pie, tapi kali ini ngan syarat cari isteri yang slim melim, kah kah kab
BalasPadam