Isnin, 26 Oktober 2020

SALAH HARI BULAN

 



DALAM POLITIK

MACAM DALAM 

PERANG

SUASANA DAN MASA

WAJIB TEPAT

AMIN


Penolakan darurat bakal tentukan nasib Muhyiddin, kata penganalisis


KEPUTUSAN istana menolak permohonan Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mahu menjauhi perebutan kuasa dalam kalangan ahli politik dan membiarkan perdana menteri berdepan dengan Parlimen, kata penganalisis.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini dilihat semakin lemah selepas penolakan itu, dan semua sedang memerhati langkah seterusnya yang akan diambil oleh perdana menteri berusia 73 tahun yang baru lapan bulan memerintah.

“Muhyiddin dan kerajaannya yang tewas di sini. Beliau tidak buat banyak lagi untuk melawan Covid-19 dan ekonomi yang semakin teruk. Kredibiliti beliau amat terjejas.

“Pengundi akan semakin kurang mempercayainya,” kata penganalisis politik bebas Khoo Kay Peng.

Khoo berkata Agong  pasti sudah mengkaji situasi semasa dan menyimpulkan bahawa pandemik Covid-19, walaupun ia serius, tetapi tidak memerlukan pengisytiharan darurat.

“Ketua pengarah kesihatan dan pasukannya selama ini mengawal keadaan. Agong menghantar mesej jelas kepada Muhyiddin bahawa baginda tidak berminat untuk ditarik ke dalam sebarang pergelutan kuasa politik,” kata Khoo.

Cadangan pengisytiharan darurat itu dikatakan bertujuan menangani lonjakan kes jangkitan Covid-19, tetapi pengkritik mendakwa Muhyiddin menggunakan alasan itu untuk menghentikan sidang Parlimen dan proses demokrasi bagi terus berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre Hisommuddin Bakar berkata Agong membuat keputusan tepat dengan menolak cadangan darurat itu dan ia akan mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap perlembagaan beraja.

“Pada masa sama, keputusan itu menjadi tamparan kepada Kabinet Muhyiddin yang mencadangkan langkah sedemikian di mana rakyat menolaknya.

“Yang di-Pertuan Agong sudah mengingatkan ahli politik supaya menjauhi elemen yang boleh menggugat usaha kerajaan memerangi pandemik Covid-19,” kata Hisomuddin.

Sudah jelas dari awal lagi bahawa Muhyiddin hilang kawalan terhadap kerajaannya dan cadangannya untuk darurat mengesahkan perkara itu, kata pakar sains politik Dr Wong Chin Huat.

Untuk berdepan dengan Parlimen yang akan bersidang 2 November ini, dan lulus ujian mendapat kepercayaan menerusi undi terhadap Belanjawan 2021, Muhyiddin perlu mendapatkan sokongan dan perjanjian tambahan dengan blok Pakatan Harapan, kata Wong.

Hisomuddin juga percaya kerajaan Muhyiddin masih ada ruang untuk berunding bagi meluluskan Belanjawan 2021 dan menghentikan cubaan membawa undi tidak percaya terhadapnya. – 26 Oktober, 2020.

ANWAR DAN

GENG BADUAN

SALAH MASA

GAGAL MELESET

FRUS MENONGGENG

AMIN

MUHYIDIN JUGA

SALAH MASA

SEKARANG MALU 

AMIN

MEMBACA MASA

DAN KETIKA AMAT

PENTING DALAM POLITIK

AMIN

MEMERLUKAN

LEBIH DARI 

SATU KEPALA

LEBIH DARI SATU PANDAGAN

AMIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan