JELAS TUNTAS
WAJIB
SELAMATKAN
DIRI DULU
AMIN
Tajuddin: Wajar Untuk Zahid
Berusaha Selamatkan Diri
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah wajar untuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi “menyelamatkan diri” daripada pertuduhan mahkamah yang dihadapinya kini.
“Siapa yang tak mahu berusaha menyelamatkan diri masing-masing? Tidak hairan. Kalau Zahid hendak menyelamatkan diri dia, itu wajib dan tanggungjawab dia.
“Menjaga keselamatan diri, menjaga keselamatan keluarga. Kenapa dipertikaikan? Sama ada dia menggunakan partikah, ini kah, itu lain. Boleh diperlakukan, tetapi jika dia berusaha apa cara sekali, pun itu wajar.
“Tak kan kalau kamu dah sakit sampai nak mati tak pergi berubat? Kena berikhtiarlah cari ubatnya,” katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, hari ini.
Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan terhadap Zahid yang terpalit kes mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan