Rabu, 28 Oktober 2020

UMNO BELUM SEDAR LAGI

 


GEROMBOLAN

 KETUANAN MELAYU 

BELUM SEDAR 

SIAPA TUAN

KAH KAH KAH




Akar umbi bimbang Umno diketepikan Muhyiddin lagi

PEMIMPIN akar umbi Umno bimbang keputusan parti itu untuk kekal menyokong Perikatan Nasional (PN) akan menyebabkan parti itu diketepikan sekali lagi dalam kerajaan.

Mereka berpandangan demikian kerana kerana keputusan tersebut menunjukkan Umno masih mengalah kepada Bersatu, kata para pemimpin ini kepada The Malaysian Insight.

Oleh itu, keputusan Umno untuk membentuk perdamaian nasional tidak boleh dilakukan sebelah pihak sahaja tetapi perlu disambut oleh Bersatu, kata mereka

Salah seorang daripadanya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar Imran Tamrin menggesa Bersatu tidak lagi mengabaikan atau membuli partinya.

“Perdamaian politik tidak boleh disambut sebelah pihak sahaja, antara PN dan Umno perlu berdamai secara ikhlas. Perlu diambil kira oleh PN supaya Umno tidak dianaktirikan,” katanya.

Beliau juga menggesa satu rundingan meja bulat diadakan dengan semua parti agar Belanjawan 2021 dapat diluluskan memandangkan kerajaan PN hanya mempunyai majoriti yang tipis.

“Saya bimbang jika tiada rundingan dilakukan antara parti komponen kerajaan dan pembangkang, bajet akan gagal diluluskan,” tambah Adun Sungai Panjang itu.

Imran juga mengakui hubungan dengan Bersatu kini masih sukar walaupun Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya berdamai kerana mengesyaki akan ada percaturan politik dilakukan.

“Kena ingat hubungan Umno dengan Bersatu sudah pasti bukan mudah untuk duduk bersama, sebab Bersatu tubuh pada peringkat awal untuk lawan dan ganti Umno.

“Mereka ada matlamat untuk tarik ahli Umno kepada Bersatu dan tinggalkan saja Umno. Sebab itu Umno dengan Bersatu susah cari titik persamaan.

“Pada pandangan saya, keputusan MT untuk menyokong Muhyiddin adalah bersifat sementara dalam keadaan mengelak kemarahan rakyat dan kawal situasi Covid 19,” tambahnya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Segamat Bastien Onn juga berpendapat Bersatu perlu mengalah sepertimana sikap partinya pada masa ini.

“Umno berbesar hati dan mengalah kepada ketidakpuashatian perkara-perkara lalu. Kita nak pandang ke depan dan lupakan masa lalu.

“Jadi saya harap Bersatu juga serupa, dalam apa-apa hubungan mesti ada pihak yang mengalah dan memaafkan demi menjaga hubungan itu sendiri.

“Kita pegang agenda yang lebih besar iaitu rakyat, parti politik tubuh pun untuk rakyat,” tambah beliau yang juga exco Pemuda Umno.

Katanya, keputusan MT Umno pada Isnin itu bijak dan menunjukkan Umno tidak mahu mengganggu urusan Kabinet dalam memerangi wabak Covid-19.

“Kita tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti yang jadi punca kejatuhan sebuah kerajaan yang sedang memerangi wabak Covid-19.

“Ini adalah waktu perang untuk semua pihak termasuk pembangkang. Kita harus beri ruang kepada Kabinet berfungsi dengan baik,” jelasnya.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Mayang Pasir Mohamad Nazri Bin Abdul Latiff pula melihat keputusan parti pada Isnin itu hanya bersifat sementara bagi mengawal suhu politik semasa.

Beliau yakin Umno tetap akan mengutamakan kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional kerana partinya hanya akan menyokong Muhyiddin untuk penggal ini sahaja.

“Dalam politik sesiapa boleh jadi kawan dan lawan. Sokongan Umno kepada PN saya tidak lihat ia secara total untuk Bersatu dan Muhyiddin,” katanya.

Oleh itu Muhyiddin perlu memastikan Umno tidak lagi dibuli dan memenuhi tuntutan yang sudahpun disuarakan oleh partinya, kata beliau.

“Umno juga seolah-olah telah dibuli oleh Bersatu dalam beberapa isu. Kenyataan sebelum ini juga menyebut, Umno mahu kemahuan parti itu dituruti. Jadi Bersatu perlulah penuhi kehendak Umno.

“Saya yakin sokongan kepada PN hanyalah hingga PRU15 dan kemudian kita perkukuhkan Muafakat Nasional (bersama PAS) dan bukan bersama PN,” jelas Mohamad Nazri.

Beliau menyokong keputusan MT Umno Isnin lalu yang menetapkan parti itu kekal menyokong PN dengan beberapa syarat selepas mesyuarat lebih tiga jam.

Antara syarat itu ialah agenda perdamaian nasional yang menggembleng semua parti politik termasuk parti pembangkang.

Presiden parti Zahid Hamidi dalam kenyataan lewat malam Isnin itu berkata, MT Umno menyokong saranan Yang di-Pertuan Agong yang mahu ketegangan politik dikendurkan.

MT juga mahu kerajaan mengambil pendekatan “lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti” dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi, katanya.

Sokongan kepada PN itu bagaimanapun katanya perlu disertakan dengan penambahbaikan prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik, kata Zahid.

Namun pada masa sama MT Umno tetap menolak kerjasama dengan parti PKR dan juga DAP, seperti ketetapan terdahulu, tegasnya




SELAGI PENYAMUN

PEROMPAK

PENCURI JADI

PEMIMPIN

MASA DEPAN

GEROMBOLAN

AKAN BERAKHIR

KAH KAH KAH

RAKYAT HARAP

 NAJIB AKAN 

DILANTIK

 SEKALI LAGI 

 JADI PRESIDEN

 BARU TERBAIK

AMIN












1 ulasan:

  1. Antara Bossku dgn Bambontot ..siapa yang lebih SYUMUL & TABAYUN ..

    BalasPadam