Khamis, 1 Oktober 2020

UMNO TERAJANG MUHYIDDIN

 

JENG JENG JENG

MUHYIDDN AKAN

KENA TIBAI

KAH KAH KAH

SAPA AKAN TIBAI

KAH KAH KAH

TUNNGU LIHAT



Bukan kalau tetapi bila Umno akan tinggalkan kerajaan Muhyiddin

DARI sudut mana pun, Sabah menunjukkan bagaimana Umno dan Bersatu boleh menang pilihan raya tetapi bukannya dengan bekerjasama. Kedua-duanya dalam dua gabungan dan bersaing untuk menang, dengan Bersatu akhirnya mengatasi Umno untuk muncul juara.

Kerjasama yang rapuh itu boleh jadi isu dalam gabungan pemerintah di peringkat persekutuan tidak lama lagi ketika Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan tekanan supaya tidak lagi tunduk kepada Bersatu.

Kedudukannya sebagai presiden parti jadi taruhan, menjelang pemilihan parti yang akan diadakan tahun depan.

Zahid adalah seorang lagi presiden Umno yang tidak jadi perdana menteri dalam sejarah parti dan Malaysia. Sebelum beliau, Onn Jaafar yang juga pengasas Umno yang kemudian keluar parti pada Ogos 1951.

“Zahid mesti buat keputusan segera. Beliau sudah banyak beralah dan ini memburukkan imejnya dalam kalangan akar umbi. 

“Kalau terus macam ini, lebih baik beliau letak jawatan presiden parti,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insight.

Dalam kumpulan WhatsApp sesama mereka, ketua bahagian Umno mendesak parti menarik balik sokongan kepada gabungan kerajaan. Beberapa pemimpin Umno juga menziarahi Zahid di rumahnya di Country Heights di Kajang, Selangor.

Zahid memilih untuk tidak mengulas isu itu. Beliau baru-baru ini bagaimanapun berkata tidak dapat menghalang ahli Parlimen Umno sekiranya mereka menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, tujuh bulan selepas mereka setuju menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

The Malaysian Insight difahamkan Zahid dan Anwar bertemu minggu lalu tetapi tiada sesiapa menyebut mengenai pertemuan itu.

“Mereka ada berjumpa. Tengok dari sudut mana pun, pertemuan itu membayangkan bila-bila masa saja Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan terutama selepas apa yang berlaku di Sabah,” kata sumber parti.

Sumber mendakwa Umno disabotaj semasa kempen pilihan raya negeri Sabah, malah kalah di Telupid apabila sekutu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga sekutu Bersatu dalam Perikatan Nasional bertanding di kerusi itu.

“Mereka (Bersatu) janjikan jawatan kanan dalam kerajaan Sabah tetapi tidak tunaikan janji. Bung Moktar Radin terpaksa buat bising untuk dapat apa yang dijanjikan,” tambah sumber.

Bung, yang dilantik timbalan ketua menteri, juga diberi jawatan menteri kerja raya selepas tiga jam sebelum dilantik sebagai menteri perumahan.

Sumber dalaman Umno berkata Zahid boleh memutuskan kedudukan Umno dalam kerajaan seawal sebelum pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November. 

“Umno sudah beralah tiga kali, pertama dengan Muhyiddin (sebagai perdana menteri), kemudian menteri besar Perak dan sekarang ketua menteri Sabah. Tidak boleh ada lagi sekali atau Zahid habis,” kata seorang lagi sumber.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang dipecat Lokman Noor Adam pada Isnin memberi kata dua kepada Zahid sama ada menarik diri daripada kerajaan Perikatan atau berdepan dengan gerakan untuk disingkirkan.

Dalam satu rakaman video di Facebook, Lokman memberi masa seminggu kepada Zahid untuk membuat keputusan selepas Umno katanya, dibuli oleh Bersatu.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Mayang Pasir di Bayan Baru, Pulau Pinang, Nazri Abdul Latiff merasakan tidak semua pandangan Lokman harus ditolak.

Katanya, ahli Umno di akar umbi sebenarnya masih tidak faham hala tuju parti dalam kerjasama baharu ini. Mereka bimbang Umno akan jadi mangsa Bersatu, tambahnya.

“Umno mesti menunjukkan hala tuju yang jelas dalam kerajaan kerana kita parti yang mempunyai akar umbi kuat dan jentera besar. Kita perlu ke hadapan dan bukannya ke belakang.

“Kita ada jentera-jentera yang bergerak aktif untuk pilihan raya, tetapi seandainya kerusi-kerusi itu diserahkan kepada pihak lain dan menggunakan jentera parti Umno, apa perasaan jika dikhianati akhirnya?” katanya.

Beberapa ahli sains politik berkata keputusan Zahid menjadikannya presiden Umno yang paling lemah kerana kelihatan gagal mengawal parti.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Zahid hilang kawalan ke atas partinya sendiri, sementara ugutan Lokman menyuarakan pandangan banyak pihak dalam parti.

“Di bawah, kepimpinan Zahid berada di luar radar wawasan parti. Kepimpinannya lemah. Akar umbi masih tidak jelas apa pelan Umno dalam soal Perikatan Nasional, Muafakat Nasional atau kerajaan Muhyiddin.

“Beliau belum menerangkan dengan jelas kedudukannya kepada ahli Umno. Ahli akar umbi rasa era Zahid sebagai presiden adalah yang paling lemah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut Hisomuddin, ahli Umno mendesak parti menarik diri daripada gabungan pemerintah kerana ia lebih memudaratkan parti yang sudah sedia terpecah.

“Umno rasa sekiranya menarik sokongan, ia akan menekan Muhyiddin untuk membubarkan Parlimen. Mereka rasa tahap sokongan untuk Umno akan bertambah dan mereka akan ada suara yang lebih besar.

“Tetapi sekarang Bersatu dan PAS bergerak sendiri dan Umno rasa ketinggalan. Ada ketidaktentuan. Sekiranya bubar, akan ada perebutan untuk kerusi-kerusi Melayu. Ini akan menyulitkan rundingan pengagihan kerusi,” kata Hisomuddin.

Ahli Umno mendesak parti menarik diri daripada gabungan pemerintah kerana ia lebih memudaratkan parti yang sudah sedia terpecah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Oktober, 2020.
Ahli Umno mendesak parti menarik diri daripada gabungan pemerintah kerana ia lebih memudaratkan parti yang sudah sedia terpecah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Oktober, 2020.
Felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun berkata sekiranya Umno mengugut untuk keluar dari kerajaan Perikatan, ia akan menyukarkan parti kerana satu-satunya jalan lain yang ada ialah bekerjasama dengan Anwar.

“Sudah tentu ada akar umbi yang tidak suka Umno tunduk kepada Bersatu. Zahid berkira-kira untuk menarik balik sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin.

“Umno mungkin boleh bekerjasama dengan Anwar yang lebih karismatik berbanding Muhyiddin. Ini saja pun tidak baik untuk Umno,” katanya.

Ahli sains politik Dr Awang Azman Awang Pawi pula berkata Umno bukannya naif dan sedang membentuk semula dirinya menjadi sebuah parti yang mendengar suara akar umbi.

Katanya, Zahid mungkin akan mengatur kuasa dengan memenuhi kehendak akar umbi termasuk keluar dari bayang-bayang Perikatan.

“Bukannya Umno mabuk kuasa tetapi Umno dipermainkan dari segi prinsip dan semangat kerjasama.

“Ini langkah yang baik bagi Umno. Akar umbi marah walaupun pemimpinnya beralah. Ini langkah yang tegas kerana ahli di akar umbi mendesak (untuk tarik diri),” katanya.

Awang Azman berkata Umno sedang berkira-kira sama ada bersama Muhyiddin, atau Anwar, atau bergerak sendiri untuk mencetuskan pilihan raya awal kerana ia merasakan boleh menang besar kali ini.

“Umno perlukan masa dan momentum untuk bertindak balas. Ini gerakan akar umbi. Ada kemarahan luar biasa dalam Umno. Isu ini sudah ada sebelum Sabah lagi.

“Mereka sudah banyak beralah, tetapi sekarang, selepas Sabah, semua pihak boleh nampak. Umno jadi mangsa,” kata Awang Azman. – 1 Oktober, 2020.

MUHYIDIN ADA

PILIHAN 

AMIN

BUAT SATU

PENSEJARAN BRU

TOLAK TIM MAHKAMAH

TOLAK ABAM

SEMUA BERES

BOLEH RELAX

SAMPAI 2023

AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan