Selasa, 24 November 2020

AZALINA BELOT - BUBAR PARLIMEN

 


 JENG JENG JENG

MUHYIDIN

MAKIN DI TEKAN

AMIN

TIM MAHKAMAH

MAKIN

 BERTAMBAH?

AMIN



Timbang untuk bubar parlimen, kata Azalina

TIADA jalan lain untuk menyelesaikan ketidaktentuan politik Malaysia sekarang kecuali “menimbang” untuk mengadakan pilihan raya semula, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Satu-satunya jalan untuk politik kembali normal adalah dengan mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pembubaran Parlimen yang akan membawa kepada pilihan raya umum, katanya.

“Dalam hal ini, saya senada dengan seruan Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) agar semua parti politik mengetepikan perbezaan demi rakyat dan bersatu untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat kerana mandat rakyat adalah mandat yang keramat,” katanya, dalam satu tulisan di blognya.

Azalina yang juga timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata 13 negara sudah mengadakan pilihan raya di tengah penularan Covid-19, termasuk Singapura.

Malah beliau menjelaskan jumlah jangkitan Covid-19 antara tiga atau empat digit di republik itu sebelum pilihan raya pada 10 Julai lalu turun kepada satu atau dua digit sejak akhir Ogos.

Azalina juga mencadangkan tiga undang-undang baharu digubal untuk memastikan Malaysia tidak terjerumus dalam ketidakstabilan dan pergolakan politik.

Tiga undang-undang itu untuk mengawal lompat parti, tataurus parti-parti politik dalam gabungan kerajaan, serta sebuah akta menentukan tempoh penggal kerajaan seperti yang digubal di United Kingdom pada 2011.

“Mungkin hanya apabila keseimbangan politik dikembalikan dan kawal selia yang dicadangkan itu ada, barulah ahli politik boleh mengalihkan tumpuan mereka kepada apa yang diharapkan daripada mereka, iaitu mentadbir dengan bertanggungjawab,” katanya.

“Sehingga itu, Malaysia akan terus mengharungi masa terdesak dengan langkah yang putus asa.”

Jelas beliau, undang-undang sama seperti Akta Tempoh Penggal Parlimen di United Kingdom akan menetapkan bahawa usul percaya akan membawa kepada pilihan raya.

Azalina mencadangkan agar tiga undang-undang baharu itu digubal sekarang, ketika Parlimen masih bersidang.

Pandangan Azalina muncul ketika Dewan Rakyat dijadual mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis ini, yang akan sekali lagi menguji keyakinan yang ada pada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Undian itu dibuat ketika majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat semakin tipis, dengan 112 kerusi berbanding 108 kerusi di blok pembangkang.

Dua kerusi kosong susulan kematian penyandangnya iaitu Liew Vui Keong (Batu Sapi-Warisan) dan Hasbullah Osman (Gerik-Barisan Nasional).

Ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah dari Barisan Nasional pula mengumumkan tidak akan terlibat dengan perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan kerajaan Muhyiddin dan Perikatan Nasional tidak diputuskan terlebih dahulu.

Tanpa sokongan veteran Umno itu, Muhyiddin hanya ada 111 sokongan untuk meluluskan Belanjawan 2021 – dengan tanggapan beliau mempunyai dukungan padu semua baki 38 ahli Parlimen dari Umno. – 23 November, 2020.

 DAPATKAH

MUHYIDDIN SELAMAT

JENG JEG JENG

KALAU 

BUJET LULUS

SELAMAT

AMIN

KALAU TAK LULUS

JENG JENG JENG




Tiada ulasan:

Catat Ulasan