Jumaat, 13 November 2020

BERKHALWAT HARI K 241

 


KHALWAT KE 241


JUMAAT 13/11/2020
KITA MASUK KE HARI 241
BERKHALWAT 

KITA MASIH GAWAT
GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
GAWAT POLITIK

TIM MAHKAMAH
SEDANG BEKERJASAMA
DENGAN
TIM GPM

BUJET LULUS ATAU TAK

JIKA
DUA ATAU TIGA EKOR YB
DARI PN
DARI BN
DARI MN
TAK DATANG MENGUNDI
MAKA
BUJET TAK LULUS

BILA BUJET TAK LULUS
APA JADI

JENG JENG JENG

PAGI INI GUA RASA
MACAM DI KAMPONG
DARI DAPUR  GUA DENGAR
JANTAN BERKOKOK
MENDAYU DAYU
BILA GUA KELUAR
BETINA BERKETAK
PASTI BARU SELESAI 
BERTELOR
JANTAN SEDANG KAMAT
BAKAL DAPAT ANAK BARU

HOKKIEN CERAH KERING
SAEKOR KENG KENG
TERBANG DARI POKOK KE POKOK
KETIKA TERBANG INI 
KENG KENG AKAN MENJERIT
INI WATAK KENG KENG
TERBANG SAMBIL MENJERIT

PAGI INI TERKUKUR TAKDA
TERSEREMPAK
DENGAN ABANG PEMINAT TERKUKUR
AWAL PAGI DAH DATANG
BAWA BURUNG

ABANG INI MELATIH
BURUNGNYA BERLAGU
JUGA
DIA MEMASANG PERANGKAP
UNTUK MENJEBAK
YANG LAIN

BRO
PAGI INI
FIKIRKAN SATU YANG POSITIF
SEPANJANG HARI
KITA AKAN GUMBIRA

KALAU KELMARIN INDAH
JANGAN  BERHENTI
TERUSKAN

HARI INI ADA PAYAH 
INI TANDA ESOK
DATANG KEKUATAN

PAGI INI TAK AKAN DATANG LAGI
GUNAKAN SEPENUHNYA

LAKUKAN SESUATU 
HARI INI
DIHARI DEPAN
HIDUP KITA
AKAN BERTERIMA KASEH

IMPIAN BOLEH JADI KENYATAAN
KUNCINYA
KIAT SANGGUP
 MEMBURU IMPIAN

PERSEDIAAN TERBAIK
UNTUK ESOK
IALAH LAKUKAN 
YANG TERBIAK HARI INI

JANGAN SESAL
APA YANG TAK KITA 
SELESAI KELMARIN
BAGUN 
KITA TUNTASKAN HARI INI

BRO
HARI INI
BUKAN HARI BIASA
HARI INI MEMBUKA
PELUANG UNTUK
MENGKOTAKAN IMPIAN KITA

BRO 
JANGAN KOMPLIN HAL KELMARIN
BERSEDIA UNTUK ESOK
LAKUKAN TERBAIK
HARI INI

BRO
TAK PERLU TENGOK JAM
ITU KERJA JAM
KITA LAKUKAN
APA YANG PATUT 
KITA LAKUKAN

BUKAN KITA
NAK JADI TERUNGGUL
KITA HANYA
NAK JADI LEBIH BAIK
DARI KELMARIN

BRO
APA YANG KITA LAKUKAN
HARI INI
AKAN MEMPERBAIKI
SEMUA HARI ESOK KITA

BRO
SEBENARNYA
SETIAP PAGI
BAGUN DARI TIDUR
KITA BARU DILAHIRKAN
BUAT YANG TERBAIK
HARI INI

MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

  1. Yang monang menulih sejarah..
    Yang kalah tulih la puisi dgn kato kato semangat kahkahkah
    Mcm kau tt geng gagalis

    BalasPadam