KHALWAT KE 239
RABU 11/11/2020
KITA MASUK K HARI 239
BERKHALWAT
KITA MASUK K HARI 239
BERKHALWAT
KITA MASIH GAWAT
POLITIK KITA GAWAT
PARLIMEN SEDANG BINCANG BUJET
LULUS ATAU TIDAK
PALING MEMERANJATKAN
BERITA JUTA JUTA
UNTUK PROPAGANDA
KALAU BUJET TAK LULUS
APA JADI
PRU15?
ATAU
TUBUH KERAJAAN BARU
GUA SENDIRI RISAU
KALAU ADA PRU15
BAHAYA KOBID AKAN MELONJAK
KITA SESAMA MATI
AMIN
PAGI INI HOKKIEN TAK CERIA
KUALA LUMPUR BERJEREBU
MATA HARI NAK KELUAR
TERSELINDUNG
KENG KENG
TERBANG SAMBIL BERLAGU
DARI JAUH GUA DENGAR
SAYU SAYU
SUARA GAGAK
SEDIH KESAORANGAN
SIMPONI CENGKERIK BERMAIN
SAPERTI BIASA
DI POKOK ARA
RAMAI UNGGAS HINGGAP
KELUAR MASUK
BERKUMPUL
APAKAH DAH BERBUAH KEMBALI
BRO
KADANG KALA
BILA OMBAK DATANG
KITA TERALIH
LALU KITA TEMUI KEMBALI
TUJUAN ASAL
BRO
JANGAN BERIKAN KEPINGAN
HATI KITA
KALAU KITA TIDAK YAKIN
KITA MEMILIKINYA
BRO
DETIK KITA MEMBACA
AYAT INI
LEBIH BERHARGA
DARI APA YANG
KITA NILAIKAN
MARI KITA BERHARAP
KITA JATUH CINTA
DENGAN KEHIDUPAN
BRO
PERJUANGAN YANG SEDANG
KITA LAKUKAN
IALAH KESAH HIDUP KITA
BRO
JANGAN RISAU
BARANG HILANG
JIKA IANYA PERLU HILANG
KADANGKALA
KATA KATA YANG KITA TAKUT
HENDAK KELUAR
DARI MULUT KITA
ADALAH KATA KATA
YANG SELAMA INI
ADA ORANG MENUNGGU
KITA AKAN LALUI
ZAMAN PEDIH
UNTUK SAMPAI
KE TAMAN BAHAGIA
TINGGALKAN PEKARA LAMA
KERANA DISITU TEMPATNYA
BERHENTI SAJENAK
MARI RAYAKAN
KEHIDUPAN
JANGAN BUNUH BUNGA
DITAMAN HATI KITA
KERANA ADA ORANG
TAK MINAT BUNGA ITU
BRO
KADANG KADANG
SEKALI PANDANG RUPA
LEBIH TEPAT
DARI SERIBU KATA KATA
BRO
HARGA KITA TAK JATUH
KERANA
ADA ORANG TAK TAHU
NILAI KITA
MASANYA
HARI INI
KETIKANYA
SEKARANG
LAKUKANLAH
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
bro..
BalasPadamlu sembang ber degau2