Isnin, 16 November 2020

BERKHALWAT HARI KE 244

 



KHALWAT KE 244 

SENIN 16/11/2020

KITA MASUK KE HARI 244
BERKHALWAT

GAWAT
DUNIA MASIH GAWAT
KOBID SEDANG MEMAKSA
UMAT MANUSIA
BERFIKIR
TENTANG GAYA HIDUP
2016 2017 2019
YANG KINI HANYA INGATAN

EKONOMI DUNIA PARAH
IMPAK BESAR BARU BERMULA

KITA DI MALAYSIA
NEGARA PENGELUAR
AKAN MERASAKAN IMPAK 
EKONOMI MERUNDUM

IANYA BARU BERMULA
BUJET DI PARLIMEN
HANYA PANADOL
UNTUK KESAKITAN
SISTEM EKONOMI KAPITALIS

KALAU POLITIKUS
MASIH GILA KUASA
GILA NAK JADI PM
MAKA
HURU HARA 
AKAN MUNCUL
AMIN

PAGI INI
HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR DISELUBUNGI 
KABUS TEBAL
UJAN KELMARIN

KLCC HILANG
TIANG TALIKOM  HILANG
BANGUANAN 218 
DISELAPUTI KABUS TEBAL

OKESTRA UNGGAS
BERMAIN
SIMPONI CENGEKRIK BERLAGU
JANTAN BERKOKOK

HOKKIEN
YOU MAKE MY DAY

BRO
DUNIA KITA INI
PENUH DENGAN
SETAN  
BERJANGGUT
 BERJUBAH BERSERBAN

BRO
KASIHI SEMUA ORANG 
PERCAYA HANYA   
PADA BEBERAPA
SEMUANYA BETUL
TAPI 
TAK SEMUA JUJUR

CARA TERBAIK
UNTUK MENGELAK KEKECEWAAN
IALAH
JANGAN BERHARAP
APA APA DARI SESIAPA 

PELAJARAN PALING UTAMA
DALAM HIDUP
IALAH BELAJAR
UNTUK BERJIWA TENTERAM
TAK GELABAH

BRO
JANGAN AMBIL POT
KUTUKAN DARI SAPA PUN
DALAM DUNIA INI
KITA BUKAN DILAHIRKAN
UNTUK DIA

AKHIRNYA DALAM HIDUP INI
ADA TIGA PEKARA
PERTAMA  KASEH SAYANG KITA
KEDUA HIDUP KITA YANG DAMAI
KETIGA  BIARKAN IANYA BERLALU
KALAU IAYA BUKAN UNTUK KITA

BRO
DALAM DUNIA INI
KITA JANGAN BERHARAP
PADA ORANG LAIN
BAYANG KITA PUN
CABUT LARI
BILA KITA DALAM GELAP

TUJUAN HIDUP INI
BUKAN NAK LEBIH  BERJAYA
DARI MAMAT SEBELAH
TAPI
KITA NAK JADI LEBIH BAIK
DARI SIKAP KITA KELMARIN

BILA SAMPAI  SAAT
PENCERAHAN
KITA  SEDAR
 KITA TAK PERLU
TUNJUK TERER
PADA ORANG LAIN
MAKA DISAAT INILAH
KEBEBASAN KITA BERMULA

MILIKI FIKRAH
YANG LUAS TERBUKA
KEPADA APA SAJE
TAPI 
TIDAK TERIKAT
DENGAN APA APA

BRO
BUKAN SEMUA ORANG FAHAM
KENAPA KITA 
MENJALANI HIDUP MACAM INI
TAPI INI OK
 KITA NAK HIDUP
CARA KITA
BUKAN NAK BERI
SEMUA ORANG FAHAM
KENAPA KITA HIDUP MACAM INI

FIKRAH YANG
SEHAT MELIHAT SEMUA
DENGAN POSITIF
MINDA YANG BEBAL
MENYALAHKAN SEMUA

FIKRAH KITA
IALAH SEMUANYA
APA YANG KITA FIKIR
KITA AKAN JADI

BRO
SAYANGI DIRI KITA
SUPAYA KITA
BOLEH SAYANGI ORANG LAIN

CADANGAKAN PADA HATI
UNTUK BERBUAT BAIK
LAKUKAN BERKALI KALI
KITA AKAN BAHAGIA

GAGAHKAN DIRI
BIARKAN DIA PERGI
SABAR MENUNGGU
APA HAK KITA

BRO
BILA LU BACA INI
BUKAN SECARA
TAK SENGAJA
SEMUA AKAN INDAH
ALAM INI DISUSUN SADEMIKIAN

MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT



Tiada ulasan:

Catat Ulasan