KHALWAT KE 255
JUMAAT 27/11/2020
KITA MASUK KE HARI 255
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 255
BERKHALWAT
JUMAAT
BUJET LULUS
MUHYIDDIN SELAMAT
APA MAKNANYA
MAKNANYA
TAHUN DEPAN
SEBELUM PUASA
ADA PRU 15
INI BERTUJUAN UNTUK
DAPAT KEMBALI
SOKONGAN DAN MANDAT
DARI ORANG RAMAI
AWAS
PRU15 PERTEMPURAN
AKAN BERLAKU
BUKAN DI PADANG CERAMAH
BUKAN DI DEWAN CERAMAH
BUKAN DI JALAN RAYA
TAPI
DALAM ALAM SIBER
INTERNET
AKAN MENJADI WACANA
MEMBINA PERSEPSI
AMIN
PAGI INI HOKKIEN TAK CERIA
DARI JAUH GUA DENGAR
SALAKAN ANJING
DARI DUA BUKIT
TAK PASTI
APA YANG MENGGANGU MEREKA
MEREKA ADALAH
WARGA TETAP HOKKIEN
ANJING MENGAWAL WILAYAH
JIKA ADA SESIAPA
YANG TAK DIKENALI
MAKA MEREKA
AKAN MENYALAK
SEBATANG POKOK ARA
PAGI INI JADI TUMPUAN
BERPULUH-PULUH EKOR
BISING YANG AMAT BISING
MUNGKIN BURUNG PERLING
GUA TAK KENAL
KECIL DARI TIONG
BESAR DARI PIPIT
SEBESAR MERBAH
KEMUDIAN SEMUA BEREDAR
TERBANG BERKUMPULAN
BERPULUH PULUH
ARA JADI SENYAP
MACAM PARLIMEN KITA
SENYAP
SESUDAH BUJET LULUS
BRO
JIKA SETIAP HARI
KITA NAK TUNJUK HARGA KITA
MAKA KITA LUPA NILAI KITA
RAMAI KITA KITA
AMAT SENANG MEMBERI BARANG
TAPI
MEMBERI TUMPUAN
MEMBERI KESETIAAN
MEMBERI KEGIGIHAN
MEMBERI KEBENARAN
LEBIH BERHARGA
DARI MEMBERI BARANG
BRO
KELUARGA KITA
TAK SAMESTI SEMPURNA
YANG PENTING BERSATU
BRO
LU ADA KAWAN
YANG TINGGAL AMAT JAUH
TAPI
MASIH KAWAN TERBAIK
INILAH KAWAN NAMANYA
GUA BLOGGER
GUA PERLU PENGISIAN
LU KUTUK GUA
TERIMA KASEH
KERANA MENJADI PENGISIAN
UNTUK BLOG GUA
BRO
NI MEMANG CILAKA
SELALU TERJADI PADA GUA
GUA MENCARI CERMIN MATA
TAPI
GUA TAKDA CERMIN MATA
UNTUK MENCARI CERMIN MATA
BERI TUMPUAN
PADA YANG BAIK
SAYANGI DIRI KITA
BILA KITA LETIH
SAYANGI DIRI KITA
BILA KITA LEMAH
SAYANGI DIRI KITA
BILA KITA KECEWA
SAYANGI DIRI KITA
BILA SEMUA DAH OKAY
HIDUP INI BUKAN MEMANJANG
BUANG YANG BURUK
HANTIKAN MEMBEBEL MENGUMPAT
UCAPKAN SELAMAT TINGGAL
PADA SOSOK YANG TAK BERGUNA
BERIKAN MASA
UNTUK KAWAN KAWAN
YANG SENTIASA DISISI
JANGAN KORBANKAN
FIKRAH KITA
BRO
JIKA ADA MEMBER
YANG BERSEDIA BERDIRI SAMA
WALAU PUN KITA
MASIH KELAM KABUT
SOSOK INILAH
KAWAN YANG DIPERLUKAN
DALAM HIDUP
PERLAHAN SADIKIT
SABAR SADIKIT
BAWA BERTENANG
JANGAN RISAU
YAKINLAH PADA PROSES ITU
PADA HARI
YANG PALING CILAKA
KITA WAJIB BERTENANG
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN
SELAMAT BEKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan