CINTA TERLARANG
Untuk aku cinta yang agung ialah cinta yang gagal. Cinta kemudian kahwin , kemudian beranak , kemudian bercucu adalah cinta bosan lagi banal.
Cinta gagal ini menjadi lebih agung bila ianya cinta terlarang.
Di larang – satu satunya perkataan awal yang aku belajar dalam darjah satu. Dilarang terkencing merata-rata. Dilarang berambut panjang. Makin lama di sekolah semakin banyak aku diberitahu perkara yang dilarang. Makan babi dilarang. Minum arak dilarang. Hisap rokok dilarang.
Bila aku naik darjah dua aku beli rokok cap Talipon untuk dihisap. Bila aku sampai umur 18 tahun aku membeli sebotol Harimau. Bila aku sampai ke London aku mula pandai memesan ‘ full English breakfast’. Lagi dilarang lagi nak mencuba.
Tahun-tahun 60’an kita heboh tentang ganja. Ini ketika pop yeah yeah sedang rancak. Ketika Beatlemania sedang memuncak. Majalah Life dan Newsweek membuat laporan berjela-jela tentang ganja. Tahun 1969 bila pulang bercuti aku membeli dua kartus ganja dari kedai mamak di stesen kereta api Kuala Kangsar. Lagi dilarang lagi aku ingin mencuba.
Sebagai jawapan kesemua yang dilarang maka pada tahun 2007 di Bau Bau Cafe Pasar Seni aku paparkan papan tanda – Wilayah Dilarang Melarang. Amin
Tapi ini bukan kesah isap ganja. Ini kesah cinta. Kesah cinta terlarang.Tahun 1966 aku dalam tingkatan tiga. Aku belum pernah jatuh cinta lagi. Cinta monyet pun tidak. Tapi kawan aku seorang budak China bernama Lee Keong berminat nak jatuh cinta dengan anak manager panggung wayang Ruby Theatre di Kuala Klawang.
Aku beri sokongan kuat. Aku selalu menemani Lee bila dia cuba-cuba bertemu dengan Amoi yang comel dan kiut ini. Aku berharap cinta Lee dibalas. Kalau cinta ini menjadi maka aku dapat menumpang nasib – dapat menengok wayang free.
Sayang sekali cinta Lee Keong ditolak. Untuk menambah kekecewaan Lee si Amoi kiut ini telah memilih Ragu anak lelaki India dari tingkatan empat.
‘ Opposite poles attract each other...’ kata-kata Lee untuk menyedapkan hati. Entah dari mana Lee dapat falsafah ini. Orang Puteh suka Orang Itam. Amoi China suka pada Mamat India. Cinta tahun 1966 ini cinta monyet. Tak perlu beli kondom. Cium pipi pun tak dapat.
Ketika aku menjadi pelajar di kota London – aku buat banyak kerja. Bukan untuk mencari cinta tapi cari duit untuk hidup. Mulanya aku bekerja sebagai pelayan di Desaru Restaurant di Old Compton Street – tengah tengah wilayah Soho – wilayah lampu merah London . Kemudian berpindah ke Garuda Restoran 150 Shaftesbury Avenue West End London. Lima minit menapak ke Soho.
Menjadi pelayan restauran di London cukup menarik terutama di wilayah West End. Wilayah ini dipenuhi dengan panggung teater. Berselirat teater disana sini. Ini wilayah bercanda canda. Wilayah restoran, pub dan cafe. Wilayah mencari cinta. Segala macam jenis cinta boleh ditemui disini. Cinta suka kena rotan pun ada. Cinta suka kena ikat pun ada. Tepok dompet tanya Awang dalam seluar.
Di Garuda aku bertemu pelbagai makhlok. Pelbagai jenis manusia. Untuk pengetahuan umum – gaji sebagai pelayan di restoran milik orang Asia ini bukan mahal. Pendapatan pelayan menjadi lumayan kerana ada tip. Tip ini duit sedekah dari pengunjung restoran yang gembira kerana khidmat melayan yang cemerlang. Duit tip ini dikumpulkan dan dibagi sama rata antara pelayan.
Lumayan – memang lumayan. Saku aku tak pernah kosong.
Restoran Garuda ini dilihat ‘ Chic dan Trendy ‘. Klien yang datang pastilah mereka yang berduit. Atau warga Eropah yang nak merasa masakan Melayu Indonesia. Nak beralih selera dari makanan kebiasaan di rumah. Kuncinya disini ialah beralih selera. Nak makan benda yang tak pernah dimakan. Atau nak makan makanan yang dilarang dimakan.
Dari segi rating Majalah Time Out restoran Garuda ini tersenarai sebagai salah satu restoran Malaysia-Indonesia yang terbaik di London. Aku sendiri setuju. Di Garuda aku temui gulai dan masakan Melayu Minang yang terbaik yang pernah aku nikmati. Di Garuda aku temui Udang Goreng Tepong terbaik dalam dunia.
Terletak di West End maka Garuda selalu didatangi oleh bintang filem, penyanyi pop , aktor aktress pelakun teater. Roger Moore pelakun The Saint pernah sampai. Penyanyi pop George Micheal pernah sampai. Megawati sebelum menjadi Presiden pernah sampai. Usman Awang ketika menziarah London juga pernah makan di Garuda.
Aku ingat lagi malam itu - Sabtu malam Ahad. Musim bunga tahun 1990. Dari dinding kaca ternampak saorang Mamat sedang menunggu. Aku kenal muka Mamat ini. Selalu muncul di TV. Aku pernah melihat Mamat ini berlakon dalam film Maurice ( 1987 ).
Hugh Grant datang nak makan di Garuda. Ini sebelum Hugh Grant diingati kerana ... fuck fuck fuck fuck .... dialok pembukaan Four Weddings And A Funeral yang dibuat tahun 1994. Salepas filem ini nama Hugh Grant meledak sedunia.
Malam itu Hugh Grant datang dengan awek. Aku membuka pintu. Kemudian menyediakan satu meja untuk berdua. Awek Hugh Grant malam itu seorang Minah mungkin dari Pakistan mungkin juga dari India. Apa yang aku pasti awek Hugh Grant malam itu bukan Minah Salleh.
‘What do you recommend.... ‘ Dia bertanya tentang apa yang terbaik untuk menjamu selera.
Satay pergedel, udang goreng tepong atau keropok sebagai pembuka selera. Untuk hidangan saterusnya aku bersurah tentang ikan bawal masak sambal, cumi cumi isi, sayur masak asam, chicken with sambal source, squid with sambal source. Juga aku terangkan apa itu Nasi Goreng, Mee Goreng dan Laksa Singapura.
‘ What is this sambal source? ‘
Malam itu pertama kalinya Hugh Grant dan aweknya menikmati masakan Melayu. Aku hanya memerhati mereka makan dari jauh. Pelayan dibenarkan melihat tapi bukan memandang.
Di London akhbar tabloid biasanya meninggalkan talipon kepada pelayan restoran. Jika ada bintang filem , penyanyi pop atau orang kenamaan yang masuk ke restoran si Pelayan boleh beri maklumat kepada akhbar. Maklumat ini akan dibayar.
Aku bayangkan esok pagi di muka depan akhbar The Sun terpampang tajuk ‘ Hugh Grant with Asian Lady? atau ‘ Who is Hugh Grant New Beau.’ Ya ampoon tugas aku melayan pelanggan dengan harapan mendapat tip yang lumayan. Bukan jual maklumat.
Kemudian Hugh Grant datang lagi beberapa kali ke Garuda. Kami mula berkenalan baik. Setiap kali datang makan malam dihujung minggu dia minta aku melayan.
‘ Where is Isham... ooo Isham how is my Mee Goreng tonight...’
Mamat ini suka betul dengan mee goreng. Setiap kali dia datang dengan Minah. Aku kurang pasti Minah baru atau Minah yang sama. Tapi yang aku pasti bukan Minah Salleh.
Aku curi curi pandang meja Hugh Grant. Aku lihat Minah ini cun bergetah. Tapi bukan pelakun kerana tak pernah aku lihat mukanya mucul di Tv. Bukan juga dari kelas kelas akedemia. Mungkin Minah pejabat atau peminat Hugh Gant. Hanya Guru Nanak yang tahu.
Yang jelas mereka kelihatan intim. Berdua di satu meja melayani sebotol Chablis - air anggur puteh. Satelah lebih dua jam mereka pulang. Pulang ke rumah siapa aku tak ambil pot. Yang aku sedar ada sakeping kertas lima pound tinggal diatas meja. Amin.
Dalam tahun 1991 Spike Lee pengarah Mat Hitam dari Amerika membuat filem Jungle Fever. Ha ha ha. Ramai tak faham apa makna Jungle Fever. Jungle Fever maknanya Sosok Kulit Puteh suka bersegama dengan sosok Kulit Hitam. Jangan lupa ada juga Yellow Fever. Ini Mat Saleh yang suka bersegama dengan orang Asia – China, Melayu, Jepun Siam atau Korea.
Ketika filem Jungle Fever muncul aku dengar khabar angin bagaimana Robert di Niro telah dilempang oleh Naomi Campell di sebuah Hotel di Berlin. Rupa rupanya Di Niro juga terkena penyakit Jungle Fever dari model berkulit hitam yang tersohor itu.
Kesah Di Niro kena lempang ini saheh kerana aku mendengar surah ini dari perawi feshen pakaian. Dari saorang pereka tektil kota London. Komuniti feshen ini tidak besar. Kalau mereka tidak di Cat Walk di Paris atau di Milan mereka membawang dalam Cafe di Soho.
Dalam cerita filem Jungle Fever kita lihat Amerika telah moden dan maju tetapi masyarakat kulit hitam Amerika masih tidak suka jika ada ahli masyarakat mereka yang berkahwin dengan Minah Saleh. Masih wujud prejudis yang terpendam.
Orang Hitam mesti kahwin dengan Orang Hitam. Orang Puteh jangan kahwin dengan Orang Hitam. Ini sama macam cerita filem Guess Who’s Coming to Dinner 1967. Minah Salleh dengan Jantan Negro dalam kesah cinta terlarang.
Tetiba bulan Oktober 1992 kota London heboh. Tabloid rancak menjadi jadi. Ketua Pengarah Pendakwa Raya United Kingdom yang baru dinobatkan oleh Baginda Queen dengan gelaran Sir telah terjerumus dalam cinta terlarang.
Apa yang dilakukan oleh Sir Allen Green ialah percubaan untuk melangan pelacur di wilayah King Cross dalam kota London. Di United Kingdom tidak salah bertogel dengan pelacur. Yang salah ialah mengganggu lalu lintas. Gangguan ini berlaku apabila bakal pelanggan memberhentikan kereta tepi jalan dan berunding tentang harga dari dalam kereta. Ini dipanggil ‘curb crawling’.
Ketika skandal ini pecah kawan-kawan aku dikampus heboh berbincang. Kenapa Sir Allen ini mencari cinta terlarang. Sosok ini pangkat tinggi. Banyak duit. Wal hal Sir Allen boleh angkat talipon Miss Moscow pun berkejar datang.
Aku bertambah hairan kenapa Sir Allen perlu meletak jawatan. Aku pelik dengan budaya orang kapir ini. Tidak ada kes polis. Tak ada apa apa dakwa dakwi. Siti Pelacur pun tak wujud. Hanya laporan media.
Aku terangkan pada kawan-kawan Mat Saleh kalau di Malaysia kes saperti ini senang selesai. Sap sap sui. Menteri, peguam mahu pun hakim jika dituduh melaggan pelacur dia boleh minta maaf kemudian pergi Umrah. Semua beres. Tak perlu letak jawatan. Cinta terlarang diteruskan. Amin.
Waktu berjalan. Musim berubah. Aku selesai belajar tapi masih berkerja di Garuda. Hugh Grant tidak kelihatan datang ke Garuda. Aku hanya mendengar bahawa dia sibuk dengan filem baru. Bulan March 1994 Four Weddings And a Funeral dibuka dipanggung. Aku menonton. Wow. Filem ini berjaya dipanggung dan dimata pengkritik. Nama Hugh Grant melonjak lonjak sedunia.
Kemudian aku dengar hugh Grant pergi ke Holywood. Dia disamakan saperti Cary Grant - kacak bergaya – juga pelakon pendatang dari United Kingdom ke Holywood.
Aku - satelah berkelana 20 tahun - saperti ikan Salmon aku pulang ke tempat aku dilahirkan. Garuda, Soho, King Cross dan Old Compton Street hanya terpahat menjadi ingatan.
Tetiba pada 27 Jun 1995 aku terbaca berita peminat Mee Goreng Garuda ditangkap polis di Los Angles. Hugh Grant terlibat dalam cinta terlarang. Bila aku amati berita ini aku yakin percaya dan saheh. Hugh Grant ditangkap dalam kereta bersama Estella Marie Thompson a.k.a Divine Brown seorang Minah Kulit Hitam.
Aduh! Hugh Grant memang masih lagi diserang oleh Jungle Fever. Dari laporan berita dikatakan Minah ini sedang cuba menghisap pedang Hugh Grant bila polis berkereta sampai.
Lalu aku teringat kembali kepada Sir Alllen Green. Kenapa agaknnya sosok sosok ini mencari cinta terlarang. Aku teringat kembali ketika aku menyorok dalam belukar menghisap rokok Talipon pada tahun 1958. Jawabnya keseronokkan. Seronok ialah kerana ada risiko kena marah oleh emak abah. Apa yang dilarang membawa risiko. Risiko menjemput nikmat seronok.
Saperti kata kawan aku Lee Keong yang cintanya di tolak – opposite poles attract. Yang hitam suka yang puteh, yang puteh suka yang hitam. Lagi dilarang lagi seronok. Lagi tak boleh lagi nak dicuba.
EPILOK
Pada Jun 2018 Hugh Grant berumur 57 tahun bernikah dengan Anna Eberstein 39 tahun. Minah ini bukan berkulit hitam. Minah ini berambut blonde dari Sweden.
Penyakit Jungle Fever Hugh Grant secara resmi diumumkan tamat. Tapi aku yakin virus Jungle Fever masih berterbangan. (TT)
DISIARKAN DI PORTAL
MALAYSIANOW.COM
Bro, dlm sumer surah2 cinta lu, lu hanya menempel dicelah kisah cinta orang. Main tuwi tepi je. Balik umah main pedang sendiri dgn fantasi minah bergetah milik org lain. Kahkahkah.
BalasPadamBak kata orang melayu yang haram tu yang sedap tu.. Masa roger more datang kat restoran garuda tu ada tak pelayan tanya roger..more..roger..more kot la dia nak order tambah. Aritu ada kisah terlarang sunni-syiah. Smpai kurus kering tak makan kawan tu. Itu belom hebat lagi cinta paling agung last mesti minum racun atau terjun jambatan atau salah sorang bejalan langgar dinding. Cinta terlarang yang sume orang dah rasa masa mula² cukup umo dulu becinta dengan tangan itulah cinta pertama...
BalasPadamBab Appendik
BalasPadamBab LARANGAN terlebih Terlarang akan meledak tidak lama lagi, sampaikan ada yg dalam kategori Klasified...orang orang ni adalah yg terpower sekali...jentik sikit aje, beratus ratus jadi mayat kat Libya lah, Irak lah di negeri Afrika lah...
Bayangkan, George Belukar yg Kecik, terpaksa togel satu grup uni kelab tengkorak dan tulang sambil cak wow berjemaah cerita segala macam berdepan cawamgan khas...kalu tak camne nak duduk kerusi empok rumah yg putih melepak?
Mana yg skandal berskandal tertiba ini sebabnya ialah, kalau mau masuk kelab kena ada kes di khalayak ramai. Nanti baru ada kita-jaga-sama-kita...budak lama KK takde ke?
Masalah nya sekarang...there's new sheriff in town, the Don is here...
Ko kan berbulan bulan mengikut si Jeffrey tu yg gantung sendiri...tu lah gang dia...
Masalah nya, orang yg tau benda benda ini takleh tidur until justice is done...
Kah... Kah... Kah...
Epilok, epilok...kota london tu salah kota terlarang...ko survive kot tu ya
Bak kelab tengorak dan tulang... nombor keramat mereka ialah dua dan dua dan tiga... cuma tengok betul betul rtm diorang...kalau Alif tu kira satu, Ba tu kira dua, Ca tu kira tiga, apa dapat?
BalasPadamKelab kita-jaga-kita ni kelab yg besar cuma ko dan aku je tak boleh join...diorang paling terra apa? Dia tayang Awang dia depan depan ko pun ko tak akan perasan...dlm bahasa england apa? Cukup setakat ni, biar gua pi muntah dulu pikir pasal orang orang macam ni...yeee...
Ha lawak lawak.
Padam