Isnin, 9 November 2020

DUIT DUIT DO IT

 



DUIT DUIT

DO IT

KAH KAH KAH

WOIT

DARI MANA

DATANG DUIT

KAH KAH KAH

MUSTAHIL 

TAK TAHU

KAH KAH KAH


Kerajaan akan 
berhutang untuk
 laksana Belanjawan 2021,
 kata Dr Mahathir
PUTRAJAYA akan terpaksa meminjam untuk melaksanakan Belanjawan 2021, yang memperuntukkan perbelanjaan sehingga RM322.5 bilion untuk tahun depan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu akan menyebabkan hutang kerajaan bertambah sehingga RM1.3 trilion, yang sekiranya tidak dapat dibayar semula akan mengakibatkan negara jatuh bankrap, kata bekas perdana menteri.

“Saya bimbang. Ini satu belanjawan yang sangat besar tetapi dari mana kita akan dapat duit untuk menampungnya. Hutang kerajaan akan jadi RM1.3 trilion.

“Bolehkah kita bayar?” tanyanya dalam satu tulisan terbaru di blognya, hari ini.

Dr Mahathir yang pernah jadi menteri kewangan dua kali, termasuk ketika krisis ekonomi 1998, meminta Putrajaya untuk menjelaskan pendapatan kerajaan di tengah krisis Covid-19 yang akan digunakan untuk Belanjawan 2021 nanti.

Katanya, peruntukan RM322.5 bilion adalah yang terbesar pernah diatur oleh kerajaan.

“Saya bukan orang kewangan. Angka besar ini sukar dipercayai. Nampaknya kerajaan akan beri duit kepada semua orang, kaya dan miskin, yang bekerja dan yang menganggur.

“Persoalan yang saya hendak tanya, dari mana duit ini datang. 

“Defisitnya dikatakan lebih kurang RM85 bilion. Ini lebih besar daripada peruntukan RM69 bilion untuk pembangunan,” katanya. 

Dr Mahathir juga menarik perhatian bagaimana syarikat minyak negara Petronas dan sektor pelancongan, yang selama ini memberi pendapatan lumayan kepada kerajaan, juga merana akibat Covid-19.

“Semua industri terjejas terus. Saya tidak fikir cukai pendapatan dan korporat akan cecah dua pertiga daripada pungutan biasa seperti waktu biasa (sebelum ini),” katanya, serta mengingatkan wabak ini tidak akan berakhir apabila beralih ke tahun baru.

Menurut Dr Mahathir, unjuran pemulihan ekonomi selepas Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan terlalu optimis.

“Saya boleh fikir banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kos dan menambah pendapatan.

“Tetapi saya rasa menteri kewangan sudah pertimbangkan semuanya,” katanya.

Namun katanya, rakyat tetap juga nampak tidak gembira, berdasarkan reaksi mereka terhadap Belanjawan 2021.

“Saya harap belanjawan ini akan dipinda untuk menjadikannya lebih realistik.

“Selepas itu bolehlah kita sokong. Kita tidak perlu dirasuah untuk beri sokongan. Kita tidak perlu menyebabkan berlakunya krisis,” katanya, merujuk pada sokongan pembangkang di Dewan Rakyat.

Potong gaji, bantu yang memerlukan

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata ada wajarnya jika gaji mereka yang berpendapatan tinggi dalam kerajaan dan swasta dipotong 10% ketika banyak orang hilang pekerjaan dan tiada mata pencarian.

Katanya, inilah masa untuk mereka yang berpendapatan tinggi berkorban sedikit.

“Duit itu boleh digunakan untuk menyalurkan makanan kepada mereka yang menganggur dan mereka yang tidak berpendapatan,” katanya.

Tambahnya, golongan ini lebih merasai kesan pandemik Covid-19 sehingga terpaksa hidup bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pada masa sama, Dr Mahathir yang juga ahli Parlimen Langkawi mencadangkan gaji serta elaun menteri dan anggota Parlimen dipotong selepas dinaikkan beberapa kali dalam tempoh 15 tahun lalu. – 9 November, 2020.

TIGA PUNCA

DUIT

AMIN

PERTAMA

 PINJAM

NAK TIPU MAKCIK

GUNA SUKUK

ATAU JUAL BON

AMIN

KEDUA

 CUKAI

DUIT RAKYAT

AMIN

KETIGA 

JENG JENG JENG

CETAK DUIT

KAH KAH KAH

NAK DILIHAT

 MOLEK

AMIN

NAK BAGI

RAKYAT 

CUNT PIUS

AMIN 

NAK BAGI

KAK BIBAH 

SENYUM

AMIN

PANGGIL

CETAK DUIT

QUANTITATIVE

 EASING

KAH KAH KAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan