MAKIN BERAT
GELISAH RESAH
AMIN
NORMAL BARU
TAK SELESA
TAK SERONOK
MEMBOSAN
AMIN
Tiada kehidupan normal selagi ada Covid-19 – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, masyarakat perlu hidup bersama kehadiran virus Covid-19 dan mula mengamalkan norma baharu.
Masyarakat juga, katanya, perlu akur arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan untuk mengekang virus tersebut daripada terus merebak.
“Tidak akan ada perkara atau kembali kepada kehidupan normal lagi.
“Ini (PKPB) adalah normal baharu sebab virus sudah ada dalam kalangan masyarakat. Jadi kita kena hidup dengan virus ini dan terima normal baharu untuk terus hidup,” katanya ketika ditanya sama ada PKPB akan diteruskan selepas sebulan dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia.
Menjelaskan perkara itu, Dr Noor Hisham berkata, PKPB adalah pilihan terbaik kerajaan dalam memastikan pandemik ini dapat dibendung.
Katanya pelaksanaan PKPB adalah lebih baik daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia lebih membawa kesan positif khususnya kepada sektor ekonomi negara.
“Kami gunakan PKPB dan lihat kesan positif contohnya jumlah jangkitan telah menurun dan kita kena pastikan kita bendung jangkitan itu. Biasanya kita akan putuskan rantaian dan ia akan berkurangan dengan jelas.
“Itu strategi kita kita tapi kita harap dengan memperketatkan pergerakan dari zon kepada zon lain dan daerah ke daerah lain, itu cara terbaik untuk mengekang penularan Covid-19.
Masa kobit la darah semua jalan. Pantang terselak la.
BalasPadamNak pulak romen waktu tengah rambang. Taim anak2x tengah belajar online. Perghhhhh rasa nikmat switseventin.
Nota-
Hang kalu nak rasa nikmat duniawi terai la beristhree