SERANGAN
BELUM SAMPAI
SETAHUN
AMIN
KITA DAH PARAH
DUNIA DAH PARAH
AMIN
PKPB: Rakyat semakin gelisah
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara mulai 9 November hingga 6 Disember kecuali di Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak (kecuali Kuching) mula meresahkan rakyat. Ramai yang panik dan terkejut apabila PKPB yang selama ini hanya dilaksanakan di beberapa buah negeri secara terpilih seperti Sabah dan Selangor secara tiba-tiba dikuatkuasakan hampir di seluruh negara.
Walaupun PKPB diberikan banyak kelonggaran berbanding pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini termasuk membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial beroperasi seperti biasa namun kesan PKPB ini dalam kehidupan
seharian rakyat dilihat masih besar sekali gus mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat.
Antara kegelisahan utama sekarang ialah, PKPB dikhuatiri boleh menutup terus “periuk nasi” sekelompok besar masyarakat kita seperti pekerja swasta dan yang bekerja sendiri. Pada ketika ini pastinya para majikan sudah mula bercongak-congak untuk mengurangkan kos operasi dan kerugian perniagaan dengan sama ada mengurangkan jumlah pekerja atau melaksanakan pemotongan gaji.
Para peniaga baik di pusat membeli belah atau di tepi jalan juga gelisah kerana pelanggan semakin berkurangan. Pengusaha hotel dan pekerja industri pelancongan seperti di Melaka dan Langkawi juga gelisah kerana sudah tentu segala tempahan akan dibatalkan. Pengusaha pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas ekspres juga hampir lumpuh kerana tiada pergerakan rentas negeri.
Penutupan sekolah pula bakal beri kesan langsung kepada pengusaha dan pekerja kantin serta pengusaha bas dan van sekolah yang pastinya akan hilang pendapatan secara total, dan ramai lagi dari pelbagai sektor seperti pembangunan, ekonomi, perkhidmatan dan pendidikan akan tergugat punca pendapatan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan