SAPA BELASAH
SAPA
KAH KAH KAH
MUHYIDIN KENA
ATAU
NAJIB KENA
KAH KAH KAH
Menteri Umno ‘dibelasah’ Kabinet kerana tak sokong darurat, kata Puad
MENTERI Umno “dibelasah” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan penyokongnya dalam Kabinet kerana mereka tidak menyokong usaha mendapatkan pengisytiharan darurat, kata Mohd Puad Zarkashi.
Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno, mendakwa kejadian itu berlaku dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu menerusi aplikasi Zoom.
Katanya, menteri Umno diserang kerana tidak mengamalkan “tanggungjawab bersama” dalam menyokong pengisytiharan darurat meskipun Yang Di-Pertuan Agong sudah menolaknya.
“Kalau ada kejujuran politik sudah tentu menteri-menteri Umno tidak dibelasah dalam Zoom cabinet meeting Rabu lalu.
“Umno jadi sasaran kerana menteri Umno menyokong keputusan (Agong) menolak pengisytiharan darurat. Kononnya menteri Umno tidak mengamalkan collective responsibility (tanggungjawab bersama),” kata Puad dalam kenyataan hari ini.
Ahad lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak permintaan pengisytiharan darurat dibuat Putrajaya selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja, berkata ia tidak diperlukan dalam usaha melawan Covid-19.
Bagaimanapun, Muhyiddin semalam, sekali lagi mengulangi yang darurat diperlukan untuk menghalang Pilihan Raya Kecil Batu Sapi bulan depan dan PRN Sarawak akan datang bagi mengelakkan lonjakan kes Covid-19.
Puad dalam kenyataan hari ini pula mendedahkan sebab Umno bermesyuarat dua kali minggu lepas adalah untuk mengukuhkan pendirian parti mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional walaupun dipinggirkan banyak kali. – 1 November, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan