Selasa, 3 November 2020

PROJEK REKONSILASI MUHYIDIN GAGAL

 


MUHYIDIN 

MAKIN SUSAH 

MAKIN GOYAH

 MAKIN PARAH

AMIN

APA AKHIRNYA

KEMANA ARAH

SEKARANG

AMIN

BN tolak perjanjian

 keyakinan dan

 pembekalan

BARISAN Nasional tidak bersetuju dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dicadangkan pembangkang, kata beberapa ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz berkata 43 orang wakil rakyat BN secara kolektif menolak cadangan CSA dibuat pembangkang.

“Kami memutuskan untuk menolak CSA? Mengapa kami perlu adil untuk mereka? Ketika mereka dalam kerajaan mereka tak adil untuk kami,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui selepas mesyuarat ahli Parlimen BN di PWTC, hari ini.

BN mempunyai 43 orang wakil rakyat daripada 222 kerusi Parlimen, dengan Umno menyumbang 39 kerusi, bakinya daripada MCA (2), MIC (1) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (1).

Perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) adalah kerajaan dalam situasi Parlimen digantung yang mana pihak pembangkang bersetuju untuk tidak mengundi menentang kerajaan minoriti dalam undi tidak percaya atau urusan belanjawan tetapi masih berhak membantah rang undang-undang lain.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuklah Liew Chin Tong (DAP) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) menggesa CSA ditandatangani menjelang pembentangan dan pengundian Belanjawan 2021.

Antara tuntutan yang dipercayai jadi terma CSA dicadangkan adalah peruntukan saksama untuk semua ahli Parlimen berjumlah RM3.8 bilion.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menambah yang jika mereka menguatkan pembangkang dengan CSA, ia akan memberi kesan buruk kepada BN pada pilihan raya akan datang.

“Mengapa kami mesti beri kepada mereka? Ia akan bunuh kami. Apa yang mereka buat pada kami, kami buat pada mereka,” katanya kepada wartawan.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan kenyataan sumber yang berkata kerajaan Perikatan Nasional sudah memulakan rundingan untuk CSA sejak awal Oktober menjelang pembentangan Belanjawan 2021 kerana bimbang ia ditolak dalam Dewan Rakyat.

Belanjawan 2021 akan dibentangkan Jumaat ini.

Sumber memberitahu rancangannya adalah “menjual” belanjawan tahun hadapan kepada ahli Parlimen sebagai “belanjawan perpaduan” untuk “memerangi pandemik Covid-19.”

Awal hari ini, Azalina Othman daripada Umno juga menolak idea CSA kerana ia tidak terpakai dengan situasi Malaysia.

Kerajaan majoriti tipis Muhyiddin Yassin kini berdepan cabaran besar selepas beberapa wakil rakyat Umno mengancam menarik sokongan kepadanya bersama-sama blok politik lebih kukuh terdiri daripada BN, PAS dan GPS.

Agong awal minggu ini menasihati semua politikus supaya menyokong Belanjawan 2021 bagi mengukuhkan usaha memerangi Covid-19 kerana dana itu diperlukan pasukan kesihatan negara.

Pada Ahad lalu, Muhyiddin juga menggesa semua parti politik mengetepikan semua perbezaan mereka dan bersatu mengundi menyokong belanjawan era pandemik itu. – 3 November, 2020.

BRO

POLITIK INI

SENI SEGALA

KEMUNGKINAN

AMIN

TERUS RUNDING

TERUS BINCANG

TOLAK ANSUR

AMIN

KALAU TIDAK 

KERAJAAN RUNTUH

AMIN

PRU15 

KITA SEMUA MATI

KHALAS



1 ulasan:

  1. Kah kah kah
    Sedap molek sungguh
    Syukur
    Segala pujian kepada Allah SWT
    Kah kah kah
    Manusia ini amat kernel,
    Ingat boleh goncang negara,
    Msia kian mala dan petaka
    Politik tikus makan diri,
    Rakyat tengok saban hari,
    Kalau Titus ini kita dapat kumpul di satu pulau, baling dua tan covid alangkah bahagia semua, betapa nikmat kalau sekalian semua mampos macam minum racun Titus, kah kah kah pasti msia akan lebih aman lebih meriah lebih senang lebih tenteram manusia kah kah kah

    BalasPadam