RAKYAT MAKIN
PARAH
AMIN
HIDUP MAKIN
TERDESAK
AMIN
POLITIKUS MASIH
GILA KUASA
AMIN
2,200 pekerja Malindo Airways akan diberhentikan
KUALA LUMPUR: Susulan daripada syarikat penerbangan di seluruh dunia mengurangkan pekerja akibat pandemik COVID-19, Malindo Airways Sdn Bhd juga tidak terkecuali dalam mengambil langkah itu.
Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid dijangka akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.
Syarikat penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.
"Proses pemberhentian kerja kakitangan yang terbabit dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai," kata laporan itu.
Pada 9 Oktober lalu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO), Tony Fernandes, berkata langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.
Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan