Jumaat, 6 November 2020

TETAP ADA NUMBO

 



 TRUM KLIM

DIA ADA NUMBO

KAH KAH KAH

TAPI AMERIKA

TAKDA AGONG

NAK TUNJUK

PADA SIAPA?

KAH KAH KAH



Trump tidak mahu kalah,

 dakwa undi pos tidak sah



Presiden AS Donald Trump berucap dari bilik sidang media di White House, yang pertama sejak malam pilihan raya pada Selasa. – Gambar EPA, 6 November, 2020.

DONALD Trump tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah kalah apabila mendakwa tanpa sebarang bukti beliau sepatutnya sudah menang pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) “dengan mudah” sekiranya dikira kertas undi “yang sah”.

Kebanyakan saluran berita televisyen di Amerika bagaimanapun memilih untuk menyampuk siaran ucapan Trump dan membuat penjelasan ketika beliau berucap dari bilik sidang media di White House.

“Kalau dikira undi yang sah, saya menang dengan mudah. Kalau dikira undi yang tidak sah, mereka boleh merampas pilihan raya ini daripada kita dengan mengira undi yang masuk lambat,” kata Trump.

Ini adalah ucapan pertama Trump sejak malam pilihan raya pada Selasa.

Beberapa rangkaian berita televisyen antaranya ABC, CBS dan MSNBC berhenti menyiarkan ucapan Trump, yang mereka sifatkan sebagai berbohong kepada rakyat Amerika dan boleh menghancurkan amalan demokrasi.

“Sekali lagi, kami bukan hanya mencelah presiden AS tetapi terpaksa membetulkan beliau,” kata penyampai berita Brian Williams.

Pakar perundangan yang ditemuramah oleh saluran berita pula menjelaskan tidak wujud istilah “undi sah” atau “undi tidak sah” seperti yang dihebohkan oleh Trump dan kemnya. 

Apa yang ada ialah undi pos di sesetengah negeri tidak boleh dikira awal tetapi hanya boleh dikira pada hari pengundian pada Selasa, jelas mereka. Sesetengah negeri pula menerima undi pos sehingga beberapa hari selepas hari pengundian.

Calon naib presiden Mike Pence yang menjadi regu Trump dalam pada itu menyokong dakwaan kononnya mereka telah ditipu dalam pilihan raya ini.

Trump dalam ucapannya mengulangi dakwaan sebelum ini kononnya ada penipuan dalam proses pengiraan undi yang masih berjalan apabila undi untuk pesaingnya Joe Biden naik mendadak selepas undi pos dikira.

Namun penganalisis menjelaskan mereka yang mengundi pos kebanyakannya memang penyokong Demokrat yang bimbang dengan penularan Covid-19.

Kebanyakan mereka yang mengundi secara fizikal di pusat pengundian pula adalah penyokong Trump yang terpedaya dengan dakwaannya menafikan pandemik ini.

Covid-19 sudah menjangkiti hampir 10 juta penduduk Amerika dengan lebih 235,000 kes kematian.

Persaingan ke White House kini bergantung pada keputusan di lima negeri yang masih mengira undi, dengan baki penentuan 71 undi. 

Biden kini mendahului dengan 264 undi, sementara Trump mengumpul 214 undi. 

Sesetengah media bagaimanapun tidak mengambil kira undi dari Arizona yang proses pengiraannya masih berjalan, menjadikan Biden mendahului Trump dengan 253-214.

Biden kini mendahului tipis dengan kelebihan 1% di Nevada yang memberikan 6 undi. 

Biden pula semakin menghampiri Trump di Georgia, dengan hanya tidak sampai 2,000 undi di belakang. Georgia menawarkan 16 undi untuk persaingan ke White House.

Biden juga mengekor sangat dekat di belakang Trump di Pennsylvania yang mengumpulkan 20 undi.

Awal hari ini, Trump melepaskan kemarahannya di Twitter dengan memberi amaran akan mengheret proses pengiraan undi pemilihan presiden ini ke mahkamah.

Twitter bagaimanapun menanda komen Trump itu sebagai “mengelirukan”.

Peguam negeri Pennsylvania Josh Shapiro sementara itu mengecam usaha Trump dan kelompoknya mencabar proses pengiraan undi ke mahkamah di negeri-negeri yang beliau hampir kalah.

“Ini undi yang sah. Semuanya akan dikira,” katanya kepada MSNBC.

Jelas Shapiro, tindakan Trump mengheret petugas pilihan raya ke ranah politik adalah kempen politik, manakala beberapa pengulas lain menyifatkannya muslihat ke mahkamah hanya bertujuan mengelirukan penyokongnya sendiri.

Agensi berita Associated Press sementara itu menjelaskan tuduhan Trump mengenai penipuan tidak berasas dan dibuat tanpa sebarang bukti. Media lain juga amnya bergelut menjelaskan kedudukan undi pos yang sudah diterima dalam sistem pilihan raya mereka. – 6 November, 2020.

 TRUMP NAK

TUNJUK NUMBO

PADA MEDIA

KAH KAH KAH

TAPI MEDIA

TAK LAYAN

KAH KAH KAH

TRUMP PATUT

BELAJAR DARI

ABAM MACAM

MANA CARA  

PUTAR MEDIA

KAH KAH KAH




1 ulasan:

  1. Baca news by FOX punyaan si Rupert betapa dia berpengaruh di beberapa benua. Ia terbukti haluan kanan tebas haluan kiri macam tuh jer kalau dorang nak...

    Ini bukti kuat president ke prime minister ke chancellor ke semua harus patuh ikut acuan pemegang saham media kalau tidak akan disailang.

    Bab mat songel dia ingat putar pada media sedangkan ia sebalik nya....ie. Dia yang kena putar

    Cer tengok video girl pinay yang tanya dia r you gay....dia putar punya lah putar tak boleh keluar ayat hitam putih YES or NO dia pusing pinay tuh senyum sinis kat dia. Cer rewind video tuh.....

    BalasPadam