MULA MULA
KLIM ADA
KAH KAH KAH
SEKARANG TERIBA
JADI TAKDA
KAH KAH KAH
INI NAMAMYA
MAT PUTAR ALAM
AMIN
Tiada sokongan
Umno untuk Anwar,
kata sumber Pakatan
SUMBER dalaman Pakatan Harapan menafikan laporan berita yang menyatakan bahawa 10 ahli Parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan baharu, lapor Astro Awani.
Laporan itu memetik sumber yang berkata bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh, sokongan yang dinyatakan bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga dianggap palsu.
“Kami menafikan laporan berita itu.
“Maklumat itu juga palsu,” kata sumber tersebut dalam satu kenyataan kepada Astro Awani hari ini bagi membantah laporan saluran berita itu sebelum ini.
Dalam pada itu, pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil menyelar Astro Awani kerana menyiarkan berita tidak berasas tanpa pengesahan.
“Awani bikin berita berdasarkan satu sumber yang tidak diketahui, tanpa pengesahan.
“Untuk dapatkan penafian,
“Ini dinamakan taktik ‘fishing expedition’,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu di akaun Twitter.
Sebelum ini, sebuah laporan Astro Awani mendedahkan bahawa Anwar mendapat sokongan dari 10 ahli Parlimen Umno bagi mendapatkan bilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Laporan itu berkata bahawa ahli Parlimen Port Dickson merancang untuk menyerahkan akuan berkanun (SD) yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sumber itu mendakwa bahawa Anwar mempunyai sokongan 113 ahli Parlimen. – 13 Disember, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan