Sabtu, 12 Disember 2020

ANWAR MASIH ADA SOKONGAN 120 AHLI PARLIMEN

 

KUKUH DAN YAKIN

ANWAR ADA 120

AHLI PARLIMEN

AKAN SOKONG

AMIN

 PELIK 

TETAPI BENAR

 PAJERO  

BOLEH TRBANG 

KAH KAH KAH


Tular perbualan pemimpin kanan PKR hilang kepercayaan terhadap Anwar

Pemimpin kanan PKR termasuk daripada sayap pemudanya, yang merupakan jentera penting dalam mendapatkan sokongan rakyat bertindak menyelar Anwar Ibrahim selepas beberapa kali dikecewakan oleh presiden mereka, menerusi satu perbualan tular dilihat oleh MalaysiaNow.

Perbualan dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu jelas menunjukkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati terhadap Anwar, selepas kegagalan membuktikan dirinya mempunyai sokongan majoriti untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam tangkap layar perbualan yang dilihat MalaysiaNow, dua pemimpin utama Pemuda PKR mengkritik tokoh politik veteran itu mengatakan ahli akar umbi parti dipermainkan dan berterusan bergaduh sesama sendiri sedangkan imej Anwar kekal sebagai “dewa”.

A: Sebab tu Anwar akan dikelilingi orang macam tu, yang sanggup jadi pak turut. Tapi akhirnya parti tak dapat berkembang sebab akar umbi dikecewakan.

B: Ya, memang ramai kecewa.

A: Memang susah nak jadi PM, sebab ramai dah serik, berjuang habis-habisan lepas tu dipaksa tarik balik, haha…

Malah, pemimpin-pemimpin sayap itu menyindir mereka labelkan sebagai “kaki ampu”.

A: Kena cepat draf kenyataan jilat sampai licin, haha..

B: Boleh, Anwar pemimpin kami. Kami percaya Anwar ialah Imam MahdiA: Ada dua ketidaktentuan yang ajaib dalam dunia ini:

1. Bila Anwar nak jadi PM.

2. Bila bateri jantung * nak habis.

B: Hahaha betul

A: Anwar pergi istana naik Pajero. Lepas tu, Pajero terbang lompat pagar istana.

Perbualan itu berlaku dalam satu kumpulan WhatsApp yang turut disertai oleh pemimpin kanan PKR.

Beberapa pemimpin PKR yang turut serta dalam kumpulan itu ketika dihubungi mengesahkan kesahihan perbualan tersebut.

Bagaimanapun, MalaysiaNow tidak dapat mendedahkan identiti sementara menunggu komen mereka.

Salah seorang daripada mereka, pada bulan lalu membuat kenyataan secara terbuka menyuarakan kekecewaan terhadap barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang enggan bangun berdiri dalam undi belah bahagi sewaktu undi Belanjawan 2021.

Arahan saat akhir oleh Anwar kepada ahli Parlimen Pakatan Harapan pada 26 November lalu menyebabkan mereka duduk selepas undi belah bahagi diusul, yang akhirnya diluluskan dengan mudah melalui undian suara.

Jika mereka berjaya menggagalkan belanjawan, ia akan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Para penyokongnya sebelum ini merasakan Anwar perlu diberi peluang kedua untuk menawarkan dirinya ke jawatan perdana menteri selepas gagal membuktikan sokongan dimilikinya ketika mengadap Agong pada Oktober.

Pertama kali Anwar mendakwa dirinya mempunyai majoriti pada 23 September ketika kempen pilihan raya negeri di Sabah berlangsung.

Beliau kemudian mengisytiharkan dirinya mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” dan kerajaan Muhyiddin tumbang.

Beberapa pemimpin PKR turut mempersoalkan kegagalan Anwar untuk mendapatkan 14 kerusi untuk parti itu bertanding di Sabah dalam perbualan itu.

PKR bekerjasama dengan Warisan, tetapi parti yang berpusat di Sabah itu hanya memberikan tujuh kerusi untuk PKR walaupun Anwar sendiri yang membuat permintaan secara peribadi kepada Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

PKR hanya memenangi dua kerusi pada pilihan raya negeri Sabah.

Salah seorang pemimpin mengatakan dia dan dua lagi ahli Parlimen cuba untuk menghalang sidang media Anwar pada 23 September yang mendakwa dirinya memiliki angka.

“Tetapi Anwar dakwa ada 120 ahli Parlimen. Jadi, kalau tiga ahli Parlimen yang tarik ‘handbrake’ tak jadi apa-apa,” katanya

“Saya tak mahu kedengaran terlalu pesimistik, tetapi sebenarnya kita memang dipermainkan oleh Anwar (bukan Istana atau Umno,” tambahnya.

MAKIN RAMAI

SEDAR SIAPA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

TAPI DAH 

TERLAMBAT

PAKATAN HARAPAN

SUDAH JATUH

AMIN 

DARI AWAL LAGI 

BLOG TT TELAH  MENERANGKAN

SAPA ANWAR

TAPI TT DITIBAI 

AMIN

DITUDUH MAKAN

 DEDAK MADEY 

DEDAK AZMIN

JILAT MADEY 

JILAT AZMIN

AMIN

SEKARANG SEMUA

KEBENARAN MUNCUL

TAPI SAYANG

DAH TERLAMBAT KERAJAAN 

PAKATAN HARAPAN

 DAH RUNTUH

AMIN



1 ulasan:

  1. Syukurlah, yang buta-buta ikut Anwar Ibrahim dah sedar, Anwar sebenarnya tamak, gila kuasa dan sangat bodoh, iaitu IQ kurang daripada lobak merah.

    BalasPadam