Khamis, 3 Disember 2020

BERKHALWAT HARI KE 261

 



KHALWAT KE 261

KHAMIS 3/12/2020

KITA MASUK KE HARI 261 
BERKHALWAT

PADA PAGI 3/12/1974
HARI SELASA
YANG  LUAR BIASA
GUA TAHU GUA BERADA
DI MANA

JAM 9.30 PAGI 
GUA SAMPAI 
KE DATARAN MERDEKA 

GUA NAMPAK
DI HUJUNG PADANG
KAIN RENTANG TELAH
DIPASANG

KAIN RENTANG KLASIK
YANG SEJARAH TIDAK AKAN
MELUPAKAN

MENTERI BUKA BANYAK GEDUNG
RAKYAT MAKAN UBI GADUNG

KAIN RENTANG INI DIIKAT
PADA  TIANG PAPAN TANDA
KEPUTUSAN KRIKET

KETIKA INI
DATARAN MERDEKA
SELALU MENJADI
PADANG KRIKET

INI DEMO
ANAK MUDA PELAJAR
BERSETIA KAWAN
DENGAN  ORANG KAMPONG
DI UTARA TANAH MELAYU

MUSIM HUJAN
MEREKA MISKIN 
KELAPARAN

SEJARAH MEMANGGIL INI
DEMO BALING 1974

APA YANG BERLAKU
SETERUSNYA ADALAH
SEJARAH
AMIN

PAGI INI HOKKIEN MURAM
KUALA LUMPUR DI BAYANGI
OLEH AWAN MENDUNG
MATA HARI TAK MENCUL

TERKUKUR BERLAGU
DARI JAUH 
JANTAN BERKOKOK

AH!
SUASANA INI DICERIAKAN
OLEH MURAI
MURAI YOU MAKE MY DAY

BRO
MEMBER YANG SETIA
IALAH SOSOK  YANG SAMA
BERJALAN DENGAN KITA
KETIKA YANG LAIN
MENINGGALKAN KITA

KAWAN YANG SETIA
WALAU PUN SENYAP
MASIH SELESA

KITA SEMUA INI
ADA DAPAT HADIAH
TAPI ADA  ORANG 
TAK PERNAH BUKA
KOTAK HADIAH ITU

DUNIA INI
MACAM   ROKET APOLLO
IANYA DATANG
TANPA BUKU MANUAL

BRO
HIDUP INI MACAM
BASIKAL ADA 10 GEAR
TAPI RAMAI
TAK MEGGUNAKAN

PEMBOHONGAN  
 DALAM DUNIA INI
KADANGKALA IANYA
ADALAH KETAKUTAN KITA

HIDUP INI
BUKAN MACAM TV
ADA REMOTE KONTROL
KITA  KENA BANGUN
DAN UBAH

TARIK NAFAS CINTA
KELUARKAN TERIMA KASEH
SEDUT KEMBALI
NAFAS CINTA

SENAMAN UNTUK HATI
IALAH TUNDUK
MENGANGKAT SOSOK
YANG JATUH

PALING SENANG  MEMBUAT
PADANG PASIR
DARI MEMBUAT HUTAN

ADA SOSOK
SUKA BUAT RIBUT
BILA HUJAN DATANG
JANGAN MARAH

BRO
BILA HANG NAMPAK
ADA ORANG MASAM MUKA
HADIAHKAN PADA DIA
SATU SENYUMAN

LAKUKAN HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan