Rabu, 30 Disember 2020

BERKHALWAT HARI KE 288

 



KHALWAT KE 288

RABU 30/12/2020
KITA MASUK KE  HARI 288
BERKHALWAT 

2020
AKAN KITA TINGGALKAN
DALAM MASA DUA HARI
2021
AKAN SAMPAI

KITA AKAN TERUS
MENGINGATI 2020
WUHAN  CHINA MERAH
DAN
KOBID
SEMUA INI
TIDAK AKAN HILANG 
DARI INGATAN KITA

KITA JUGA AKAN
INGAT PADA
KEJATUHAN PAKATAN HARAPAN
KITA AKAN INGAT
BETAPA ANWAR IBRAHIM
TIDAK SABAR SABAR
HENDAK MENJADI
PERDANA MENTERI
PUNCA 
PAKATAN HARAPAN JATUH
AMIN

HARI INI
KOBID MASIH MENGGANAS
KUALA LUMPUR
WILAYAH PADAT
MENJADI ZON BAHAYA
AMIN

PAGI INI
DI TEPI PAGAR GUA DENGAR
JANTAN BERKOKOK

DALAM HOKKIEN
GUA DENGAR DARI DUA BUKIT
DUA JANTAN BERKOKOK
MAKNANYA MEMANG
RAMAI AYAM TINGGAL
DI HOKKIEN

PETANG  KELMARIN
LEPAS UJAN GUA MASUK HOKKIEN
BISING BUNYI KATAK
GUMBIRA HUJAN LEBAT TURUN
PAGI INI DITEMPAT YANG SAMA
SEMUA KATAK SENYAP
KEMANA MEREKA PERGI ?

BRO
KALAU KITA DIHAKIMI
OLEH AHLI KELUARGA
TERASA AMAT PAHIT

JANGAN HANYA BERHARAP
HIDUP AKAN BERUBAH
BANGUN DAN BUAT

MAKIN BERUMUR
MAKIN KITA SEDAR
EMAK KITA SAHABAT TERBAIK

BRO
JANGAN KITA MERASA MALU
DENGAN EMPAT PEKARA
PERTAMA:  KITA PAKAI PAKAIAN LAMA
KEDUA: KAWAN  KITA ORANG TAK BERADA
KETIGA : EMAK ABAH DAH TUA
KEEMPAT :  KEHIDUPAN KITA TAK LUMAYAN

PERSAHABATAN YANG TEGUH
TAK PERLU KITA
JUMPA SEMBANG TIAP HARI

BRO
ADA SOSOK YANG  SETIA
PADA KAMU HANYA
UNTUK MENDAPAT SESUATU
DAH DAPAT
DIA TAK AKAN SETIA LAGI

SENANGKAN HATI SEDIH
DENGAN BERLABUN
DENGAN SOSOK 
YANG MENGGEMBIRAKAN

BRO
KAMU ADA HARGA
KAMU AMAT BERNILAI

PAGI INI
MARI KITA TERSENYUM
CARI APA SAJA
UNTUK TERSENYUM GEMBIRA

HIDUP INI IDAH
JIKA KITA
PANDAI MENCARINYA

BRO
BERUBAH ITU MOLEK

SEPATAH PERKATAAN
BOLEH MENGUBAH SUASANA
HARI INI UNTUK KITA

BRO
INGAT SEMUA TERIMA KASEH
LUPAKAN SEMUA KUTUKAN

BRO
MAT BEBAL TAK PERLU
DIBERI PENERANGAN 
MEREKA  HANYA MAHU DENGAR
APA YANG MEREKA NAK DENGAR

ENJOY DE MENJOY
LAKUKAN  HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan