Ahad, 27 Disember 2020

BERKHALWAT KE HARI 285

 




KHALWAT KE 285

AHAD 27/12/2020

KITA MASUK KE HARI 285
BERKHALWAT

CUTI PANJANG
MENYAMBUT KRISMAS
ANAK SEMUA BANGSA
BANGSA SEMAU AGAMA
SATU DUNIA
TELAH
SELESAI MENYAMBUT
MAULUDUL RASUL
NABI ISA
AMIN

TAPI DUNIA
MASIH BELUM TENTERAM
GAWAT KOBID 
MASIH BELUM DI BENDUNG

VEKSIN DIKATAKAN
TELAH SAMPAI
TAPI KECURIGAAN
MAKIN MENEBAL
TIDAK ADA KEYAKINAN
TERHADAP VEKSIN

DI MALAYSIA
YANG MENIMBULKAN
KERESAHAN IALAH
KENAPA HARGA
JUAL BELI VEKSIN INI
DI RAHSIAKAN

KENAPA RAHSIA?
PASAL APA RAHSIA?
APA YANG NAK DI RAHSIAKAN
RASUAH?
KOMISEN ?
APA ? APA?
BAHAYA BAHAYA BAHAYA
AMIN

PAGI INI CUACA CANTIK
DILUAR KELIHATAN
LANGIT INDAH
HARI YANG MENJANJIKAN 
PANAS

GUA TERNAMPAK
4 EKOR TIONG
DITENGAH JALAN TEPI BLOK
SEDANG MEMAGUT 
SERPIHAN MAKANAN

DARI JAUH
GUA DENGAR TERKUKUR

PAGI INI
GUA BERJALAN DENGAN JIRAN
DIA ADA TIGA EKOR ANJING
TAKTAK DAN EZI
AMAT SUAI DENGAN 
TOR DAN ULFA

KETIKA GUA MENGETIK INI
DILUAR TERANG
DAN  GUA DENGAR
AMAT KUAT KICAUAN MURAI
TAK HENTI HENTI

INDAHNYA DUNIA INI
MURAI 
YOU MAKE MY DAY

BRO
PAGI INI
KITA MULAKAN HARI
DENGAN SENYUMAN

SENYUMAN
IALAH LENGKOK
YANG AKAN MELURUS
SEMUA PEKARA

BRO
SOSOK YANG GAGAH
AKAN TERSENYUM
DALAM KESUSAHAN

SENYUMAN
IALAH ANAK KUNCI
YANG AKAN MEMBUKA
SEMUA HATI

PAKAIAN 
YANG PALING INDAH
IALAH SENYUMAN

BRO
SEMUANYA BELUM HABIS
SEHINGGA LU
TAK MAHU LAGI MENCUBA

BRO
DALAM HIDUP INI
KITA BUAT KEPUTUSAN KECIL
DENGAN BANTUAN KEPALA
KITA MEMBUAT KEPUTUSAN BESAR
DENGAN BANTUAN HATI

BRO
DALAM HIDUP INI
KITA PERLU KAWAN
KAWAN ITU
ADALAH HARTA KARUN KITA

BRO
KITA TAK HILANG APA APA
SEMUA NILAI YANG KITA MILIKI
SEMUA TERSIMPAN SELAMAT
DALAM ALMARI HATI

BRO
JANGAN SESEKALI
TUJUKAN SANGSI 
PADA DIRI SENDIRI
KETAWAKAN DIRI  SENDIRI TAK PA
TAPI BUKAN SANGSI

JANGAN SIMPAN
HATI KITA
DALAM PLASTIK

BRO
SOSOK YANG TERUS BERSAMA
KITA SEHIDUP SEMATI
IALAH DIRI KITA
KALAU KITA TAK SUKA
DIRI KITA
MAKA KITA  AKAN SENTIASA
BERSAMA ORANG YANG
KITA TAK SUKA
AMIN

BRO
BILA KITA  PERGI BELAJAR
ITU HANYA LAKUNAN CUBAAN
UNTUK KEHIDUPAN
DIMANA LU NANTI 
AKAN JADI WIRA

TAK ADA SESIAPA
DAPAT MEMBEBASKAN
DIRI KITA
MELAINKAN KITA SENDIRI

HANYA MEREKA
YANG BERANI PERGI JAUH
AKAN TAHU  
BERAPA JAUH DIA BERANI PERGI

BRO
HITUNG HIDUP INI
DENGAN BERAPA  RAMAI KAWAN
BUKAN BERAPA TAHUN
HITUNG HIDUP KITA
DENGAN
BERAPA BANYAK KITA SENYUM
BUKAN BERAPA KALI 
KITA  MENANGIS

BRO
JANGAN RASA
KESAORANGAN
SATU DUNIA INI
ADA BERSAMA KITA

DIMANA PUN
KITA BERADA
JADILAH SOSOK YANG BAIK

BRO
TAK PERLU JADI HEBAT
TAK PERLU NAK BERSINAR
TAK PERLU JADI 
MACAM ORANG LAIN
HANYA
PERLU JADI DIRI SENDIRI

BRO
KALAU HANG NAK SAMPAI 
KE LANGIT
PANDAI MENCANGGUNG DULU

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan