Khamis, 24 Disember 2020

BERKHALWAT MASUK KE HARI 282

 



KHALWAT KE 282

KHAMIS 24/12/2020

KITA MASUK KE HARI 282
BERKHALWAT

ESOK KRISMAS
ESOK MAULUD NABI ISA
SATU DUNIA TAK CERIA

AH!
BETAPALAH SEDIHNYA
HATI KANAK KANAK
TAK DAPAT BERTEMU SANTA

DI UK  WARGA DI KUNCIGERAK
DI AMERIKA ANGKA
KEMATIAN BERTAMBAH

PERANCHIS MELARANG
WARGA UK MASUK
KERANA DILAPORKAN
KOVID BARU YANG LEBIH GANAS
TELAH MUNCUL DI UK

KOBID BARU INI
BERKEMUNGKINAN
MENYERANG KANAK KANAK
AMIN

KITA MASIH BETEMPUR 
DENGAN KOBID
BERITA BAIK VEKSIN
AKAN SAMPAI
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR

KUALA LUMPUR
PECAH DUA
ARAH KE  BUKIT BANTING
AMAT CERAH
ARAH KE  PJ  SHAH ALAM
AWAN HITAM BERKUMPUL

DARI JAUH GUA TERDENGAR
IBU AYAM BERKETAK
KEMUDIAN SUAMINYA BERKOKOK
PASTI DAH SELAMAT BERTELOR

BURUNG HOW WOW
BISING
BURUNG BELATUK 
PUN KEDENGARAN
WARGA ANJING PAGI INI
TAK MUNCUL
ENTAH KE MANA 
MEREKA BERTANDANG

SAEKOR KENG KENG
KEDENGARAN KUAT
KENG KENG 
YOU MAKE MY DAY

BRO
KEGUMBIRAAN
IALAH  BILAMANA
APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA BUAT
BERJALAN DENGAN HARMONI

AKSI KITA TAK SAMESTINYA
MEMBAWA KEGUMBIRAAN
TAPI
TANPA AKSI KEGUMBIRAAN 
TAK MUNCUL

BRO
KETIKA INI
SEMUA  INDAH DAN GUMBIRA
KALAU BERI PERHATIAN
KITA AKAN TERNAMPAK

BRO 
JADI DIRI SENDIRI
ORANG LAIN 
SEMUA DAH KENA AMBIL

BRO
JATUH TUJUH KALI
KALI KE LAPAN TERUS BANGUN

BRO
MUSTAHIL TAK NAMPAK
POKOK TUMBUK
DI CELAH BATU

BILA MASA SUSAH
BERGANTUNG PADA
HARAPAN

BRO
HALANGAN MASALAH
BUKAN MINTA KITA BERHENTI
ITU  PEMANDU

TAKDA  KUASA LUAR
YANG BOLEH MENJADIKAN
KITA SEDIH  MARAH  LEMAH
MANAI TAK BERTENAGA
JIKA KITA TAK BENARKAN

BRO
JANGAN BERI KUNCI
BAHAGIA
PADA ORANG LAIN

TUMPUKAN FIKRAH
DARI MASALAH
KEPADA
PENYELESAIAN

PELUANG TIDAK 
DATANG MENGETUK PINTU
KITA WAJIB SEDIAKAN PINTU

DALAM SEMUA YANG PAYAH
PASTI ADA PELUANG

BUKAN APA YANG KITA PANDANG
TAPI APA YANG KITA NAMPAK

BRO
HIDUP INI MACAM CERMIN
KITA SENYUM
DIA 
AKAN SENYUM KEMBALI

LAKUKAN 
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

  1. blog merapu...fahaman sonsang hishamudin rais....enough is not..not wanting to waste my time anymore...this will be my last visit... adios....fuck you

    BalasPadam