Selasa, 22 Disember 2020

GARIS POLITIK TEPAT

 


GARIS POLITIK

TEPAT

AMIN

MENGGALANG

PERSERIKATAN 

BESAR BARU

AMIN



Walaupun tewas, PH, Warisan dan Tun M bersatu hari ini

Walaupun tewas dalam pengundian hari ini, Pakatan Harapan (PH) berjaya membina ‘grand coalition’ dengan semua pembangkang yang lain hari ini, kata Timbalan Presiden AMANAH,  Salahuddin Ayub.

“Berakhir sudah undi belah bahagian. 111/108. Kita dah buat yang terbaik.
 
“PH kukuh bersama rakan-rakan yang lain. The war is still on.

“Kita bina grand coalition hadapi cabaran seterusnya,” kata beliau menerusi twitter beliau.

Kesemua Ahli Parlimen dari pembangkang hari ini  mengundi menolak Belanjawan 2021.

Ini termasuklah PKR, DAP, Amanah, Warisan dan juga penyokong Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini bermakna, semua pembangkang bersatu hari ini mengundi menolak Belanjawan 2021.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Belanjawan 2021 untuk bacaan kali ketiga selepas 111 menyokong usul itu manakala 108 lagi menolaknya, seorang Ahli Parlimen pula tidak hadir.
 
Keputusan undian secara belah bahagi itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,  Azhar Harun jam 3.55 petang ini.

BILA  GARIS TEPAT

KERJA POLITIK

AMPOH DIBUAT

AMIN



2 ulasan:

  1. Bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat.
    Tewas hari ini dan runtuhnya muafakat yang lepas patut diambil pengajaran dan tauladan untuk
    semua MP yang memegang amanah rakyat untuk menegakkan kerajaan rakyat untuk rakyat.

    Bukan mengutamakan idea malaon saekor itu untuk jadikan dia PM. Rakyat bukan undi kamu sebagai MP untuk kamu angkat dia sebagai PM tapi untuk perjuangkan hak kebajikan rakyat, baiki ekonomi, hapus cukai yang memiskinkan semua orang, hapus monopoli kroni, projek rundingan terus, hapus jakim yang telan berjuta duit rakyat, hapus segala projek yang mengkayakan kroni.

    Malaon seekor gila jawatan PM itu tak berguna pun. ada tidak menambah tiada tidak berkurang.

    BalasPadam
  2. Masalahnya bergabung pon kalah jugak bro. Nak bergabung punya la susah, tapi kalah jugak. Nak gagalkan bajet boleh la nak bergabung, untuk benda lain jgn harapla. PKR dah takkan percaya ngan Madey dan Madey hanya akan percaya pada dia sendiri atau anak dia saja. DAP dan Amanah sembang saja..pastu jilat Anwar balik. Bunyi tajuk mmg best..Front United tapi nak buat tu mmg mustahil dah. Salahkan Anwar pon best..tapi setakat utk sedap hati je la, walhal seluruh rakyat Malaysia sedar Madey yang letak jawatan.

    BalasPadam