ISRAEL SAUDI
DAN AMERIKA
Tahun depan pada 20 Januari 2021 Joe Biden akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Sarekat ke 46. Joe Biden dari Parti Democrat mengalahkan Donald Trump dari Parti Republican dalam pemilihan Presiden Amerika 2020.
Kita lupakan apa yang sedang dilakukan oleh pasukan peguam Donald Trump yang mahu menggagalkan pemilihan Joe Biden melalui tindakan mahkamah. Di belakang tabir keputusan telah dibuat.
Hakikatnya Joe Biden dengan bantuan ‘ daulah terpendam - deep state’ , media arus perdana , teknoloji gergasai bersama oligarki telah berjaya mengalahkan Donald Trump. Amin.
Perserikatan empat kuasa ini telah berjaya menobatkan Joe Biden. Sama saperti Obama, Joe Biden juga dipilih untuk mewakili kaum pemodal kerana sosok ini dilihat sopan , berhemah dipecayai memiliki imej yang ‘lembut’ untuk menjadi ‘muka depan’ kaum pemodal antarabangsa yang mahu menjarah harta kekayaan dunia.
Wajah Joe Biden tidak menggangu gugat perjalanan warga di Wall Street.
Dari stratiji kaum pemodal adalah lebih molek dilihat Orang Hitam mengebom mati orang hitam di Afghanistan dari Orang Putih membuat kerja bunuh membunuh. Joe Biden yang berhemah akan dilihat mulia dikaca mata rakyat dunia. Berbanding dengan Trump yang lucah dan celupar dilihat membawa bahaya kepada modal.
Pemilihan siapa menjadi Presiden di Amerika tidak ada membawa apa apa makna yang fundumental yang boleh mengubah keadaan ekonomi, politik dan sosial majoriti warga Amerika menuju ke ruang yang lebih elok.
Gula-gula pilihan raya ini di ding-dongkan empat tahun sekali dengan bijak, licik dan teratur.
Tujuan pemilihan ini untuk memberi harapan kepada orang ramai bahawa negara Amerika Sarekat sebuah negara yang demokratik. Rakyat di Amerika setiap empat tahun sekali diberi peluang untuk membuat pilihan sosok mana yang diberi mandat untuk memimpin mereka.
Dalam masa yang sama pilihan raya Presiden di Amerika akan ditakrif dan digunakan sebagai contoh unggul ciri ciri negara demokratik. Ciri demokrasi ini wajib dijadikan ikutan dan tauladan oleh negara-negara lain terutama di dunia ketiga saperti Malaysia. Tanpa pilihan raya negara itu akan dianggap tidak demokratik. Ada pilihan raya dianggap negara pengamal demokrasi dan kebebasan.
Pilihanraya kini disamakan maknanya dengan demokrasi. Pilihanraya disamakan dengan kebebasan. Pilihanraya disamakan sebagai bebas bersuara, bebas berkumpul dan berpersatuan. Negara yang ada pilihanraya ditakrif sebagai menghormati hak asasi manusia.
Dua sosok - dari Parti Repbulican dan Democrat - yang bertanding sabenarnya tidak memiliki perbezaan dasar yang hakiki. Amat payah lagi sulit untuk warga dunia membezakan rasa Coca Cola dengan rasa Pepsi Cola. Biden Pepsi atau Trump Coke atau Biden Coke dan Trump Pepsi. Mustahil dapat dibezakan kerana dua-dua dasar parti yang mereak anuti adalah sama.
Dua parti ini mewakili kepentingan kelas kaum pemodal. Mewakili kepentingan pasaran mencari untung. Dua-dua parti politik ini klim bahawa dibawah parti mereka sistem ekonomi kapitalis akan dikendalikan dengan lebih baik. Keuntungan akan belipat ganda.
Beza yang jelas hanyalah ketika berkuasa Trump memberi arahan menembak penunjuk perasaan di arah kepala. Manakala Biden yang akan dapat kuasa memberi arahan tembak di bahagian dada. Satu tembak di kepala dan satu lagi tembak di dada untuk warga Amerika. Untuk warga dunia arahan mereka sama – bom sampai lumat. AminDalam politik khususnya politik pilihan raya di Amerika ada satu lagi kuasa di belakang tabir. Kuasa ini jelas dilihat dan diketahui ramai. Tetapi tidak ramai yang berani menyuarakan apa yang mereka nampak.
Kuasa ini begitu berkuasa sekali hinggakan tidak ada sesiapa di Amerika berani berkata benar apabila berhadapan dengan kuasa ini.
Semua orang tahu. Semua orang buat buat tidak tahu.
Kuasa yang memiliki kuasa besar di Amerika dan dalam dunia hari ini ialah kuasa Zionis Israel. Zionisma ialah kuasa yang sedang mendominasi politik, militer, diplomasi dan ekonomi dunia kita hari ini.
Bersama kuasa Zionis ini ada satu lagi kuasa untuk menjadikan kuasa tiga serangkai. Kuasa ini ialah kuasa Islam. Islam Saudi ini dikenali sebagai Wahabi.
Tiga kuasa inilah yang sedang mengharu birukan dunia Arab. Tiga kuasa ini bukan hanya membuat kacau di dunia Arab malah bertanggung jawab membuat kacau di seluruh dunia. Kuasa imperialis Amerika, dibantu oleh Zionis Israel dengan sokongan idealoji Wahabi.
Betul ke Saudi ini berkuasa dan berpengaruh?
Buktinya cukup senang. Tak perlu kajian mendalam. Tak perlu ijazah PPE ( Politic Philosophy Economy) dari Oxford Universiti atau dari UITM. Untuk Amerika negara tanpa pilihanraya adalah negara tidak demokratik. Saudi Arabia semenjak diwujudkan oleh Inggeris pada tahun 1930 tidak pernah ada pilihan raya. Tetapi Rumah Putih senyap tak memberi apa apa komen.
Media Amerika – New York Times, Los Angles Times, Wall Street Journal dan kaum kerabatnya tidak pernah menimbulkan atau mengkritik Saudi Arabia. Media Amerika hanya berupaya membuat laporan acah acah sahaja berbanding laporan maut mengenai Cuba atau Venuezula. Kenapa?
Jawapan senang sahaja. Kerana Saudi ini adalah sebahagian dari projek Zionis – Anglo- Amerika.
Dalam tahun ini sahaja kita telah membaca dua pembunuhan yang dijalankan oleh Amerika. Pada 3 Januari 2020 Major General Qasem Soleimani telah dibunuh atas arahan Presiden Trump. Qasem adalah sosok ke dua terpenting dalam hiraki kepimpinan politk Iran sesudah Presiden.
Pada 27 November 2020 yang baru berlalu Mohsen Fakhrizadeh telah dibunuh. Mohsen ialah saintis dan pakar tenaga nuklear Iran.
Apa tujuan pembunuhan ini.Sekali imbas kita lihat bahawa Qasem dibunuh kerana sosok ini memiliki kebijaksanaan dalam hal militer. Iran musuh Amerika maka Qasem wajib dimatikan. Manakala Mohsen dibunuh kerana sosok ini pakar nuklear. Amerika tidak mahu Iran memiliki senjata nuklear. Maka Mohsen wajib dimatikan.
Tetapi hakikatnya di belakang pembunuhan ini ialah Zionis Israel dan Saudi. Zionis dan Wahabi menganggap Iran sebagai musuh utama mereka justeru Iran wajib dimusnahkan. Yang memiliki kuasa untuk menyerang musnah Iran hanya Amerika.
Pembunuhan ini bertujuan untuk menjemput Iran melakukan serangan balas. Dari segi perancangan Zionis -Wahabi - pada perhitungan mereak pasti Iran akan bertindak balas.
ZionisWahabi berharap Iran akan mengarahkan jaringan atau anak buahnya untuk melakukan serangan balas . Saperti yang berlaku pada tahun-tahun 70’an dan 80’an. Kelab malam Le Belle yang dikunjungi oleh soldadu Amerika di bom di Berlin pada 5 April 11986. Pada 18 Julai 1994 bangunan pejabat Isreal-Argentina dibom di Beunos Aires. Seramai 865 tewas dan ratusan cedera.
Apa sahaja tindakan balas dari Iran akan memberikan alasan kepada Amerika untuk bertindak. Zionis-Wahabi hanya melakukan provokasi. Mereka mahu Amerika berperang dengan Iran. Ini cara Zionis-Wahabi bekerja.
Lihat bagaimana kerajaan Saddam dijatuhkan. Lihat bagaimana Muammar Gadafy dibunuh. Lihat hingga sekarang Syria masih lagi dalam kancah perang . Semua ini adalah projek Zionis-Wahabi.
Pasti ramai pembaca akan menuduh bahawa Hishamuddin Rais anti Islam. Menuduh tulisan ini tidak bertanggung jawab. Mustahil Saudi negara syumul Islam - penjaga kubur Nabi dan Kaabah - akan bekerja sama dengan Zionis Israel. Ramai akan menuduh tulisan ini adalah fitnah.
Untuk memahami duduk perkara bukan satu yang susah. Kita hanya memerlukan fikrah rasional. Buangkan emosi yang memandulkan fikrah.
Saudi Arabia ini diwujudkan oleh kuasa Inggeris pada tahun 1930. Ini sebagai stratiji pisau dibawah perut Kerajaan Ottoman. Kuasa imperial German- Hungary-Austria berjaya mengalahkan kerajaan Ottoman pada tahun 1914 . Banyak wilayah Ottoman jadi rebutan. Saudi jatuh ke tangan Inggeris. Maka lahir apa yang kita kenali sebagai Saudi Arabia.
Saudi wujud bersama ajaran Islam Islam Wahabi. Ajaran Islam Wahabi ini dimunculkan dari pandangan sosok pemikir dan ilmuan Islam yang bernama Muhamd bin Andul Wahab ( 1703-1792)- justeru dipanggil Wahabi.
Apa yang menjadikan Saudi Arabia penting dari stratiji geo-politik kuasa imperia ialah bahan bakar petrolium. Wilayah yang kita kenali sebagai The Kingdom of Saudi Arabia terdapat bahan bakar minyak.
Minyak adalah penjana ekonomi. Tanpa bahan bakar minyak ekonomi dunia tidak bergerak. Saudi mengeluarkan 12 juta tong minyak sehari. Satengah dari pengeluaran minyak dunia datang dari telaga minyak Saudi Arabia.
Tanpa bahan bakar minyak sistem ekonomi kapitalis tak dapat bergerak. Tanpa bahan bakar minyak dari Saudi Arabia sistem ekonomi kapitalis tak berjalan. Justeru Saudi menjadi penting dalam geo-politik sistem ekonomi.
Amerika dibawah Presiden Nixon telah membuat perjanjian dengan Kerjaaan Saudi dimana minyak yang dijual dari Saudi wajib dibeli dengan dolar. Hakikatnya jual beli minyak hanya akan menggunakan dolar. Ini berlaku sesudah Nixon membatalkan nilai dolar disamakan dengan nilai emas. Ini permulaan apa yang dikenali sebagai petrodollar.
Amerika akan memastikan kerajaan Saudi tidak diganggu gugat. Perjanjian ini memastikan keselamatan Saudi dijaga oleh Amerika.
Apa sangkut paut semua ini dengan apa yang berlaku sekarang? Apa sangkut pautnya Zionis dengan Wahabi dengan Iran dan apa yang berlaku sekarang?
Semuanya ikat berikat. Semuanya memainkan peranan dalam dunia kita hari ini. Kita lihat sejarah bagaimana Zionis-Wahabi berkembang seiring dengan kekuatan petrodolar. Tunggu minggu hadapan.(TT)
Walau apa pun yang dipepotkan oleh media, Terump akan angkat sumpah untuk kali kedua pada 12pm EST 20 Jan 2021.
BalasPadamMamat yg jadi pewatak Bidin akan dikenakan tindakan undang-undang tentera. Bidin yg sebenar sudah tinggal dunia ini...ramai yg cuba lari tapi akan masuk pukal ketenteraan...sama jugak, tribunal ketenteraan atas treason, sedition, subahat dengan musuh serta korupsi.
Dunia akan diatur semula...