Ahad, 20 Disember 2020

KENYATAAN TEPAT DARI AMANAH

 

 

KENYATAAN INI

TANDA MAT SABU

AMANAH  DAP

DAH SEDAR

 SAPA ANWAR

AMIN

Amanah mahu 

ramaikan kawan,

 kurangkan musuh, 

kata Mat Sabu

PARTI Amanah Negara tetap akan terus memperjuangkan gabungan yang disertainya, namun dalam keadaan lebih ramai rakan berbanding musuh politik, kata presidennya Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, pemilihan rakan baharu itu bagaimanapun akan berteraskan prinsip perjuangan keadilan dan integriti.

“Amanah akan terus memperjuangkan prinsip gabungan, kita mesti ramaikan kawan kurangkan musuh.

“Kawan yang kita nak ramaikan mesti ada prinsip untuk mencapai keadilan kepada semua, integriti untuk bentuk kerajaan yang lebih baik kalau kita dapat kuasai (kerajaan) semula,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam persidangan tahunan Amanah Wilayah Persekutuan di ibu pejabat parti itu di ibu negara, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, hanya dengan cara itu gabungan Pakatan Harapan (PH) yang disertai bersama PKR dan DAP akan memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun begitu, Amanah juga tegasnya tidak akan meninggalkan rakan politik sedia ada.

“Peranan kita harus ramaikan kawan kurangkan musuh barulah kita dapat sokongan majoriti.

“Kawan yang ada jangan kita tinggalkan kawan yang baru mesti ditambah…ini mesti ada pada kita supaya lebih kuat dan berprinsip. Banyakkan kawan untuk bina kekuatan baharu,” katanya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Mohamad bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa PH tidak lagi membuang masa melayan ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mereka berkata, ahli-ahli Parlimen PN yang bersikap opportunis itu hanya mengambil kesempatan dan memperalatkan PH.

Mohamad dan Lim juga berkata, pembangkang memerlukan anjakan politik baharu, susulan kegagalan mereka menghalang Belanjawan 2021 daripada diluluskan. – 19 Disember, 2020.

 BAWA MASUK

MUDA

BAWA MASUK

PEJUANG

BAWA MASUK 

PARTI SABAH

BAWA MASUK

PARTI SARAWAK

AMIN

BARU BETUL

SATU PAKATAN

PAKATAN  RAKYAT

PAKATAN HARAPAN

RAKYAT

AMIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan