BERAT
MAKIN
BERAT
Perdana Menteri
bakal jadi pembangkang
di negeri sendiri
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal menjadi pembangkang di Johor.
Ujarnya ketika dihubungi berkata situasi yang melanda negeri Perak semalam yang kini bertiup kencang di Johor bakal merubah landskap politik di sini.
“ Muhyiddin adalah salah seorang Adun di Johor dan dalam keadaan yang majoriti tipis seperti di Johor ini beliau harus memilih jalan sama ada untuk menjadi pembangkang atau meneruskan agenda menjadi kerajaan.
“Serangan balas boleh berlaku seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang Adun Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) untuk membalas dendam atas apa yang berlaku di Perak.
“Ia juga seperti mana amaran yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen untuk membalas dendam di Johor sejurus kegagalan Ahmad Faizal Azumu melepasi undi percaya di DUN Perak semalam.
“Pertembungan ini akan membuatkan perlawanan semakin terbuka selepas krisis Bersatu dan Umno ini dizahirkan melalui protes terhadap Menteri Besar (MB) di Perak,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang berkata pertembungan tersebut dijangkakan akan berlaku pada hari Ahad kerana berlakunya undia dalam Belanjawan Johor.
“Esok (Ahad) adalah penting yang akan membuktikan keabsahan antara pertembungan Bersatu Umno ini dan kita akan lihat apa yang berlaku.
“Sekiranya gabungan di Perak ini berjaya dilakukan di Johor bermakna ia akan melakar sejarah baharu apabila Perdana Menteri menjadi pembangkang di Dun negeri beliau sendiri.
“Bagi kami apa yang paling utama adalah untuk memastikan segala keperluan dan kebajikan rakyat terus menjadi agenda utama dari pihak kami,” ujarnya lagi.
Al kissah tak lama lagi beg akan sampai.Yang Beeruk (YB) akan melompat-lompat dengan penuh gumbira, berteriak -teriak perpaduan ummah adalah penting demi agama dan bangsa.PeeM pun bernafas lega.
BalasPadamWoiii bila nak berkahwin umno dgn dap pkr!. Nak buat Peraduan cipta lambang bendera regu baru ni. Lukis roket ganti keris tamingsari .takpong nak lukis bendera hamno ada peluru roket.keris kasi buang la..zaman sekarang org guna roket peluru. Kahkahkahkah
BalasPadam