Selasa, 1 Disember 2020

MUHYIDIN WAJIB BUAT PILIHAN RAYA


 

TOK MAT

CAKAP BETUL

AMIN

WAJIB ADA PRU

AMIN

TAPI BAHAYA KOBID

AMIN


Muhyiddin perlu dapat mandat baru, kata Tok Mat

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat menerusi PRU, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, kerajaan PN sekarang sering dipersoalkan kerana mempunyai majoriti tipis dan keadaan itu tidak berapa baik.

Justeru, beliau yang dikenali sebagai Tok Mat bersetuju dengan hasrat Muhyiddin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik Covid-19 berakhir adalah tepat.

“Oleh itu, mandat baharu daripada rakyat itu penting kerana rakyat mahu lihat supaya kerajaan mesti kerajaan yang mempunyai mandat yang kuat.

“Rakyat sedar, bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Justeru hasrat yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik kerana untuk mendapat mandat daripada rakyat, bukan atas desakan mana-mana pihak,” lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Kelmarin, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kerajaan berhasrat untuk mengadakan PRU-15 sejurus berakhirnya penularan pandemik Covid-19 di negara ini berakhir.

PRU WAJIB

AMIN 

JIKA TIDAK

KERAJAAN

MUHYIDDIN 

SELAMAT KERANA

SOKONGAN

 MAT KOBID

KAH KAH KAH

BUKAN SOKONGAN

RAKYAT

AMIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan