TT DARI AWAL
MENCILAKAKAN
NAJIB
KHALAS
TT JUGA MEMBERI
INGATAN AKAN
BAHAYA DARI
CHINA MERAH
AMIN
TT JUGA SELALU
MENULIS TENTANG
BAHAYA PEMIMPIN
KENA PAU
AMIN
INI BUKTINYA
KHALAS
Malaysia tanggung RM678 juta setahun kerana skandal kerajaan Najib
MENTERI Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu Dewan Rakyat, jumlah itu termaktub dalam perjanjian bagi projek Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Pipeline (TSGP).
Jelasnya, perjanjian ditandatangani Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) itu menggariskan bayaran prinsipal RM438.28 juta dan faedah sebanyak RM240.42 juta setahun.
“Sehingga sebarang keputusan berkaitan pampasan dan aspek perundangangan yang berkaitan dimuktamadkan, (SSER) perlu menyelesaikan pembayaran bagi mengelakkan implikasi perundangan akibat kegagalan pembayaran memandangkan pinjaman ini juga dijamin oleh kerajaan,” katanya.
Bagaimanapun, kedua-dua negara masih berunding untuk memuktamadkan jumlah pampasan manakala pelaksanaan projek itu juga masih dibincangkan antara entiti perniagaan Malaysia dan China, katanya.
Tambahnya, tujuh rundingan antara kerajaan Malaysia dan China masih gagal membuahkan sebarang hasil bagi memuktamadkan amaun pampasan dan pelaksanaan projek RM3.47 bilion itu.
“Berdasarkan pengesahan pakar teknikal tempatan jumlah yang boleh dituntut oleh China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) berdasarkan kerja-kerja awalan yang telah dilaksanakan hanyalah berjumlah RM1.12 bilion sahaja,” katanya.
Beliau menjawab soalan Yusmadi Mohd Yusoff yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan status hutang dua projek saliran paip petroleum itu.
Dua projek bernilai RM9.41 bilion itu diklasifikasikan sebagai “fail merah” oleh pentadbiran Najib, yang kemudian dikesan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengandungi syarat luar biasa yang merugikan kerajaan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika itu mendedahkan fail merah ini “disorok” dan hanya boleh diakses oleh pihak tertentu di kementeriannya.
Dua projek itu dibatalkan selepas pentadbiran Dr Mahathir Mohamad mengesan terma yang merugikan kerajaan.
Ia susulan kontraknya hampir dibayar penuh oleh Kementerian Kewangan walaupun hanya 13% kerja siap setakat Mac 2018, setahun selepas projek bermula pada April 2017.
SSER adalah anak syarikat Kementerian Kewangan yang ditubuhkan khusus untuk menjalankan projek yang diluluskan oleh pentadbiran Najib pada 2016.
Kontrak itu diberikan kepada China Petroleum Pipeline Engineering Company Ltd (CPPE) dengan syarat antaranya 85% nilai projek perlu dibayar pada 1 Mac 2018.
Lim pada awal Jun 2018 mendedahkan perkara mencurigakan melibatkan jadual pembayaran bagi kedua-dua kontrak tersebut.
Katanya ia berdasarkan timeline milestone (pencapaian masa) dan bukannya berdasarkan kemajuan kerja yang progresif (progressive work completion milestones).
SSER yang ditubuhkan pada Mei 2016 dipengerusikan oleh Mohamed Irwan Serigar Abdullah, yang juga ketika itu ketua setiausaha perbendaharaan. Beliau letak jawatan pada Mei 2018, dua minggu selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Sebulan selepas PH menumbangkan Barisan Nasional, Lim mula membongkar “fail merah” yang ditinggalkan oleh Najib di Kementerian Kewangan.
Najib menafikan projek itu tidak mengikut prosedur, seperti yang didedahkan oleh Lim. Katanya, dua projek itu ada kaitan dengan komitmen China mengimport barangan bernilai AS$2 trilion dari Malaysia untuk tempoh lima tahun.
Lim bagaimanapun menegaskan dakwaan Najib tidak benar serta tiada dokumen yang menunjukkan demikian.
Dua projek itu ditandatangani oleh Irwan tanpa mengikut proses kerajaan dan nasihat perundangan kerajaan, kata Lim.
Projek pertama, MPP melibatkan pembinaan 600km paip petroleum antara Jitra, Melaka dan Port Dickson, dianggarkan bernilai RM5.35 bilion.
Projek kedua, TSGP pula melibatkan pembinaan 662km talian paip gas antara Terminal Gas Kimanis dengan Sandakan dan Tawau, dianggarkan bernilai RM4.06 bilion.
Lim turut mendedahkan projek MPP tidak mendapat kelulusan hak daripada Petronas manakala projek TSGP tidak memperolehi tanah yang diperlukan.
Selepas dua projek itu dibatalkan, pentadbiran Dr Mahathir merundingkan pampasan yang perlu dibayar oleh SSER kepada CPPE serta jumlah bayaran yang telah dibuat yang perlu dipulangkan semula oleh syarikat China itu.
Pada April 2019, SSER didenda RM18 juta atas enam kesalahan melibatkan kedua-dua projek melanggar peraturan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. – 22 Disember, 2020.
Kalau skandal altontoya/fgv felda/1mdb/paip gas/ambank owner mati/morais/ media kasi hot keluarkan.. Memang menggelupur jibby. Skandal paling dia takut. Kejap lagi para cyber upahan jiby akan twist balik. Pastu akan timbulkan isu menjuarai rakyat, epf la, air banjir la.. Mcm2. Apo nak heran, duit berbillion dah dia sakau dlm felda, 1mdb dll.. Tu pasal dia goyang telur je bayor pasukan imej dan komunikasi cyber dia. Kahkahkahkah
BalasPadamZaman keemasan siminanjung tanah melayu dalam perasuahan ialah zaman jiby ler. Kahkahkahah.
Dari pegawai kementerian sampai opis boi.. Enjoi menjoi melaksanakan rasuah. Kahkahkahkah
TT pun macam atok jugak asyik meratib nama NAjib jer...KAKAKAKAKAKAKA
BalasPadam