Selasa, 8 Disember 2020

PERAK - AKAN SUDAHNYA

 


KERJASAMA

UMNO DAP

PEKARA BUKAN

MUSTAHIL

AMIN 


Umno akan terus 

sokong Perikatan Nasional 

di Perak


UMNO akan terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk di Perak bersama Bersatu dan PAS, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan mengumumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat malam ini.

“Mesyuarat MKT juga telah membincangkan tentang senario politik negeri Perak.

“Mesyuarat memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional negeri Perak yang melibatkan Adun (Ahli Dewan Undangan) Umno, PAS dan Bersatu perlu dipertahankan,” kata Ahmad dalam kenyataan ringkas selepas mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan lanjut tentang bagaimana parti itu akan menyokong kerajaan negeri ketika desas desus mengatakan Umno akan meletakkan calon sendiri sebagai Menteri Besar Perak.

Bersatu dalam satu kenyataan yang menyusul tidak lama selepas itu bagaimanapun berkata pendiriannya mengenai pembentukan kerajaan Perak akan dibincangkan dengan PAS sebagai rakan sekutu dalam Perikatan Nasional.

“Semua keputusan yang bakal diambil Bersatu berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung,” kata setiausaha agung Bersatu Hamzah Zainuddin.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini, membincangkan hala tuju dan pendirian parti dalam senario politik semasa.

MPT Bersatu dalam mesyuarat sama, kata Hamzah, sebulat suara setuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan PAS melalui Perikatan Nasional untuk “mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.”

MPT Bersatu juga mengulangi kekesalan kerana Umno dan PH tidak menyokong usul percaya terhadap bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden parti, pada Jumaat lalu.

Sementara itu, media mememetik Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin berkata mesyuarat sepakat menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar.

“Sebulat suara Saarani sebagai menteri besar Perak,” katanya, seperti dipetik media ketika meninggalkan Menara Dato Onn selepas mesyuarat. 

Beberapa ahli MT Umno yang lain enggan mengulas, manakala Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin meminta media menunggu pengumuman rasmi parti.

Saarani juga enggan menjawab pertanyaan media mengenai hal itu.

Media petang tadi melaporkan Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak di Ipoh, dipercayai untuk mempersembahkan nama calon menteri besar untuk perkenan tuanku.

Kerajaan Perak diterajui timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu jatuh pada Jumaat lepas selepas Adun Cenderiang itu kehilangan majoriti dalam usul undi keyakinan majoriti ahli dewan terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Timbalan presiden Bersatu itu gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul itu selepas hanya 10 Adun menyokong, 48 tidak menyokong manakala satu lagi berkecuali setelah undian secara bertulis dijalankan terhadap usul yang dikemukakan Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Bharu).

Pada Ahad, New Sunday Times melaporkan DAP dan PKR sebagai berkata mereka akan bersedia bekerjasama dengan musuh utama mereka Umno untuk membentuk kerajaan di Perak.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak secara terbuka menyatakan mereka bersedia bekerjasama dengan Umno.

Amanah turut dijangka menyokong kerajaan dipimpin Umno.

Kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Umno timbul ketika presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu wartawan di Ipoh hari ini partinya sudah bersedia untuk membuat penyelarasan politik baharu di negeri itu.

Kejatuhan Faizal terjadi apabila ketegangan meningkat antara Umno dan Bersatu di peringkat nasional, walaupun kedua-dua parti bersama dalam kerajaan di tengah spekulasi bahawa Umno sedang berusaha menjatuhkan kerajaan negeri yang dipimpin Bersatu. – 7 Disember, 2020.


WAJIB TEROKA

POLITIK BARU

PASCA PRU14

PASCA KOBID 

UNTUK 

KESEJAHTERAAN

KITA BERSAMA

AMIN

1 ulasan:

  1. DAP + UMNO .. Geng Mahkamah .. kerajaan banduan .. kah kah kah

    BalasPadam