KITA TUNGGU
ADA KES KE
ATAU
KES BUANG
MACAM KES
TENGKU FRAUD
AMIN
Lima termasuk timbalan ketua pengarah ditahan SPRM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk seorang timbalan ketua pengarah kerana disyaki terbabit dalam skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa Minyak Gred Berat di perairan Malaysia.
Turut ditahan seorang setiausaha bahagian parti politik dan tiga pengarah syarikat perkapalan berhubung kes sama.
Kelima-lima individu berusia antara 35 hingga 54 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya malam tadi.
Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu didapati menyalahguna kuasa dengan mengeluarkan surat pengecualian kepada syarikat-syarikat tertentu tanpa pengetahuan dan kelulusan Menteri Pengangkutan.
Tambahnya, ketua pengarah jabatan terbabit sendiri tidak mengetahui berhubung pengeluaran surat pengecualian itu, sedangkan beliau sebelum ini sudah mengeluarkan surat arahan larangan penggunaan ‘Single Hull, Double Bottom’ dalam mengangkut minyak Gred Berat di Perairan Malaysia.
“Terdapat banyak rungutan dan aduan diterima daripada pengusaha-pengusaha kapal lain yang sudah pun bertukar kepada Double Hull, Double Bottom.
“Ini selaras dengan piawaian antarabangsa bagi mengelakkan kebocoran dan pencemaran laut kesan dari tumpahan minyak oleh kapal jenis ‘single hull’,” katanya.
Menurut sumber, kelima-lima suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan suspek, tetapi enggan mengulas lanjut. – MalaysiaGazette
Nak rasuah kena rasuah betul betul. Jangan rasuah ciput. Nanti kena gelak. Rasuah beratus juta, bertrilliunn okey. Orang melayu akan bangga tunjuk jari jempol kepada perasuah yg berjaya dapat ratus billiun! Walapong kena hokom masuk jail mereka akan disanjung! Itulah budaya tradisional melayu jaman sekarang. Malayu bangga bangang.kahkahkahkah
BalasPadam