Selasa, 1 Disember 2020

SIAPA MENANG - SIAPA KALAH

 


SIAPA KALAH 

DAN 

SIAPA MENANG 

Media arus perdana  di Amerika saperti  The New York Times, Washington Post, USA Today , The Wall Street Journal termasuk stesen  saperti CNN, CBS , NBC atau ABC semuanya telah mengumumkan Joe Biden sebagai pemenang pemilihan Presiden 2020 untuk   menggantikan  Presiden Donald Trump.

Donald Trump  bersama  tim  para peguamnya yang di kepalai oleh Rudy Guilaini – bekas Datuk Bandar New York -  masih cuba menggagalkan kemenangan Joe Biden. Tim Trump dan para penyokong Trump terus  menganggap pilihan  raya 2020 ini penuh dengan penipuan undi.

Secara terang lagi lantang  mereka mengumumkan  – Kemenangan Donald Trump telah dicuri. Ketika tulisan ini digarap    Donald Trump masih enggan ‘concede’ atau mengaku kalah.

Dalam sistem politik Amerika tidak  ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) saperti di Malaysia. Pengumuman resmi akan diumumkan oleh Kongress.  Kemenangan  bukan melalui undi popular tapi jumlah undi electoral  dari negeri-negeri yang dikumpulkan.  Setiap negeri memiliki jumlah electoral votes yang berbeza-beza. Pengumuman ini  akan berlaku dalam bulan Disember. 

Bulan November salepas mengundi  dipanggil ‘ waktu peralihan’. Ini waktu  sebelum Presiden baru masuk   ke Rumah Puteh secara resmi sesudah mengangkat sumpah pada 20 Januari.

Di Amerika -  disetiap negeri ada perundangan dan atur cara tersendiri dalam menjalankan pemilihan Presiden atau  Dewan Senat atau Dewan Kongres.  Ada  52  negeri di Amerika – cara mengundi ada persamaan dan ada perbezaan.

Ketika tulisan ini digarap  28 November 2020 secara resmi Presiden Amerika masih lagi Donald Trump.  

Saya menyokong Donald Trump. Saya memberikan simpati. Biar saya  beri pencerahan agar tidak ada kecelaruan kenapa saya bersimpati dengan  Donald Trump.

Simpati saya bukan kerana garis kanan  yang dibawanya. Simpati saya bukan kerana Trump  menyokong kuat Israel dan Zionisma. Simpati saya bukan kerana  Trump kaya dan lucah. Bukan. Bukan dan tidak.

Saya faham dan saya sedar siapa dia Trump.  Saya tahu dan faham semua Presiden Amerika ini mewakili apa. Untuk kepentingan siapa.   Amerika ialah negara kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis  Amerika yang melimpah ruah merayau dan menjarah  ke seluruh dunia  mencari untung . Amerika ialah kuasa imperialis. Kuasa ekonomi Amerika ini dipasak, dijaga dan dikawal lebih dari 800 pengkalan tentera Amerika dimerata pelusuk dunia.

Dari pandangan kaum kiri  imperialisma  ialah puncak akhir perkembangan  sistem ekonomi kapitalis -  atau – the highest stage of capitalism .  Kaum kiri dan  kaum Marxist percaya dan yakin sistem kapitalis ini akan  membunuh  sistem itu sendiri.  Hukum-hukum  ekonomi, hukum sosial dan hukum sejarah sedang  menunjukan bahawa sistem ekonomi kapitalis ini sedang menuju ke arah maut. Amin.

Pada hemat pembacaan saya untuk pertama kalinya dalam sejarah 200 tahun Amerika -  dunia dapat melihat apa sabenarnya kuasa imperialis  yang dikepalai oleh   United States of America. Dunia melihat bagaimana sistem ekonomi kapitalis  bergerak mencari laba. Bagaimana aparachik politik dan jentera ekonomi sistem kapitalis  merancang dan menyusun agenda  untuk memastikan semua laba masuk ke kantung mereka.

Saya berharap apa  yang sedang dilakukan oleh Donald Trump  ini akan memberi penjelasan  dan pencerahan tentang apa  sebenarnya  Presiden Amerika. Siapa di belakang Presiden Amerika.  Apa itu sistem ekonomi kapitalis. Dan kita dapat memahami secara tuntas  apa makna imperialis. 

Semenjak  berjaya   menewaskan Hilary Clinton dan dimashorkan pada Januari 2016 sebagai Presiden  Donald  Trump telah digudam tanpa henti-henti.  Sebelum mengangkat sumpah lagi media arus perdana Amerika telah menyerang Trump. 

Kes seksual meraba perempuan, kes tak bayar cukai, kes main pelacur, kes suka kencing panas pelacur – semua dihimpapkan  ke atas kepala  Donald Trump. 

Paling licik ialah serangan dimana  telah diolah  satu naratif bagaimana  Trump telah dituduh sebagai ajen Rusia. Trump dikatakan menang pemilihan ke Rumah Puteh tahun 2016 kerana sokongan gelap bawah tanah dari  Rusia dan Putin. 

Trump digudam  dan dibantai oleh media Amerika dengan apa yang dikenali sebagai Rusiagate. Ini sama   saperti Presiden  Nixon berhadapan dengan  Watergate pada tahun 1973/74.  Nixon akhirnya meletak jawatan untuk mengelak dari dipecat. 

Rusiagate digunakan oleh media  untuk memecat Trump. Tetapi segala usaha gagal. Badan perisik Amerika – National Security Agency akhirnya memberi laporan  bahawa tidak ada apa-apa hubungan antara Rusia, Putin dengan  Trump. Kemenangan Trump tidak ada pertalian dengan Rusia atau Putin.

Kenapa Donald Trump diserang?   Siapa dibelakang serangan ini ? Apa tujuan projek menjatuhkan  Donald Trump. Apakah Trump ini  diserang kerana dia  saorang sosialis.  Atau Trump saorang Marxis?

Sayugia diberitahu disini bahawa Presiden Amerika -  atau sesiapa sahaja yang menduduki Rumah Puteh mewakili kepentingan kaum pemodal.  Presiden Amerika dipilih untuk mewakili kepentingan syarikat gergasi dunia. Tidak ada – malah mustahil akan ada Presiden Amerika yang akan berani membuat dasar, membuat kenyataan  yang dilihat sebagai bersimpati kepada warga dunia yang tertindas.

Dunia akan kiamat jika seorang sosialis  menjadi Presiden Amerika Sarekat.

Justeru kenapa Donald Trump dibalun tanpa henti henti.

Jawabnya kerana Presiden  Donald Trump jujur. 

Kaum pemodal dan kaum kapitalis  Amerika tidak mahu Presiden yang jujur. Contohnya  Trump memperlihatkan cinta kaseh sayang kepada Israel secara terbuka. Menyokong Israel untuk menjadikan Baitul Muqadis sebagai ibu negara Israel.   

Ini kejujuran Trump. Cara jujur  Trump ini salah. Presiden Amerika seharusnya  tidak perlu dilihat secara terbuka menyokong Zionis Israel. Menyokong Zionis ialah wajib. Tapi cara menyokong wajib berlapik-lapik. Harus bermuka-muka dengan rejim Arab yang lain. Tidak sepatutnya  dunia melihat Amerika menjadi budak suruhan Zionis  Israel. 

Pada 3 April 2017 Presiden Sisi disambut oleh Trump ke Rumah Puteh. Trump  berkata  Presiden Mesir ini ‘ very close to me....’   Trump berkata  benar dan jujur. Presiden Amerika tidak seharusnya menobatkan ditaktor secara terbuka. Ditaktor yang dibenci rakyat tak perlu dijemput ke Rumah Puteh.  

Trump menambahramai  lagi  warga dunia mengambil sikap anti-Amerika. Sentimen anti Amerika merebak. Ini bahaya untuk kaum pemodal.

Dasar Amerika ialah  memberi sokongan kepada semua Presiden atau Perdana Menteri  dari  Asia, Afrika atau Amerika Latin yang anti kaum buruh, anti komunis , yang anti nasionalis, yang anti sosialis dan pro kapitalis. Tetapi sokongan ini wajib disalurkan  secara  kabur dan gelap. Amerika wajib dilihat demokratik. Jangan naikkan  darah kemarahan rakyat saperti Amerika dipukul kalah di Indo China.

Selama  Trump di Rumah Puteh  pelbagai rupa  penjenayah , pembunuh, perasuah , kleptokrat  dijemput ke Rumah  Puteh termasuk Najib. Ini  membahayakan dasar luar Amerika yang mahu dilihat demokratik. Amerika tidak mahu dilihat pro ditaktor secara terbuka.

Lihat bagaimana  Trump meninggalkan Perjanjian  Paris tentang iklim dunia  yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Perjanjian ini telah ditandatangani oleh 153 negara pada 4 November 2016. Trump jujur. Perjanjian ini akan merugikan kaum pemodal Amerika.   

Pada pandangan musuh Trump  - Amerika tidak seharusnya meninggalkan perjanjian itu. Biasanya Presiden Amerika akan  menanda tangani pelbagai janji tapi hanya tinggal janji. Ini cara Amerika. 

Hakikatnya selama 4 tahun ini politik  dan ekonomi  Amerika menjadi kacau bilau. Donald Trump di Rumah Puteh telah menghuru harakan   Amerika.

Justeru  musuh Donald Trump berkumpul.  Mereka  bersatu hati bersetia kawan  menggalang united front untuk memastikan Trump tewas dalam pemilihan Presiden 2020.

Siapa musuh Trump?

Musuh utama yang sentiasa dilihat jelas ialah media arus perdana Amerika. Media arus perdana Amerika dari awal lagi telah menunjukan sikap. Wajib disedari media ini  ada tuan pemilik. Media ini mewakili kepentingan tuan pemilik dan  kaum pemodal.

Media ini hanya muka depan. Di belakang media arus perdana Amerika yang menyerang Trump ialah kaum oligarki  - oligarchy.  Dan tuan pemilik  gergasi teknoloji. 

Apa dia oligarki ?  Oligarki adalah pemilik kuasa yang sebenarnya dalam politik sistem ekonomi kapitalis.  Kumpulan kecil  oligarki inilah yang memberi arahan dalam struktur politik dan ekonomi. Mereka terdiri dari   gulungan  elit, bangsawan, feudal, agamawan, pemilik bank, pemilk industri , pemilik media – mereka inilah  yang sabenarnya pemilk kuasa.

Presiden Amerika  hanya wakil mereka. Presiden Amerika dinaik atau diturunkan demi kepentingan  kaum kapitalis.

Manakala gergasi teknoloji adalah pendatang baru muncul semenjak era internet. Mereka ini pemilik Face Book, Twitter, Amazon dan syarikat gergasi yang menjadi kaya raya melalui internet dan  media sosial.

Media, oligarki dan gergasi teknoloji ini telah bersatu menentang  Trump.  Tiga  kumpulan ini telah bersepadu menghalang Trump masuk sekali lagi ke Rumah Putih.   Kumpulan ini  menyokong  Joe Biden sebagai wakil baru mereka di Rumah Putih. 

Justeru  dari sini saya harap pembaca faham bahawa  pilihanraya itu semua adalah sandiwara untuk  orang ramai.  Pemilihan Presiden itu hanya teater untuk mengolah  persetujuan orang ramai bahawa mereka  dikatakan ada pilihan. Walhal – rakyat Amerika  hanya ada dua pilihan Coca Cola atau Pepsi Cola. 

Donald Trump cuba menjadi Oren Jus kini sedang dibantai untuk diganti.

Lihat bagaimana  Twitter telah menutup akaun Trump. Lihat bagaimana semua  berita  rasuah Hunter anak lelaki Joe Biden tidak mendapat ruang di media arus perdana Amerika. Face Book dan  Twitter melupuskan dan menghalang semua berita berkenaan kes rasuah Joe Biden dan anaknya.   Ini kuasa baru dari gergasi teknoloji.

Justeru  saya melihat kejujuran Donald Trump sebagai  kuliah politik untuk memahami apa itu Presiden Amerika. Apa itu pilihan  raya. Dan diapa sabenarnya  berkuasa di belakang Presiden Amerika. 

Satelah memahami pemilihan Presiden Amerika maka tidak susah untuk kita bersama memahami persamaan  politik  pilihanraya di Malaysia. Amin. (TT)


PEREMPUAN MEMBUAT TUDUHAN
SALAH LAKU SEX  TRUMP


1 ulasan:

  1. sial kau lah si Trump kalah. what the fuck la lu TT

    BalasPadam